Kisah XVII

Humor Series 7936

♥

"Maaf, Billion tak dibenarkan masuk." Suara Noah selamba sambil mengikis kukunya. Lagaknya sebagai pengawal bertugas di rumah Zachary ternyata tidak padan dengan telatahnya. Billion hanya mencebik. Sahabatnya yang lain sudah pun masuk kedalam. Kedengaran suara mereka ketawa jelas kedengaran.

"Boleh aku tahu kenapa?" Suara Billion tak puas hati.

"Kau lupa? Zachary tak pernah benarkan kau jejak kaki ke rumahnya. Buat-buat lupa ya..." Suara Noah bersahaja. Dia masih lagi giat menggilap kukunya.

Billion tak pernah lupa. Dia selalu ingat. Malang sekali Lucinda tidak pernah sekali mahu mengingat. Selalu benar dia mengajak Billion ke rumahnya. Billion tidak boleh menolak. Kalau tidak Lucinda akan merajuk. Pujuknya bukan senang. Dia perlu diumpan ke restoran mahal ataupun diberikan hadiah. Billon sudah naik bosan sebenarnya melayan kerenah kebudakan Lucinda. Kenapalah dia tak boleh matang seperti Cynthia.

"Billy kenapa tak masuk?" Suara Lucinda tiba-tiba.

"Maaf Puteri, Zachary tak benarkan." Suara Noah bersahaja. Kali ini dia berhenti menggilap kukunya.

"Benarkan dia masuk..."

"Tak boleh sa-"

"Bagi Bill masuk! Bagi Bill masuk! Bagi Bill masuk!"

Dia sudah mula. Lucinda sudah pun bermula merengek seperti anak kecil. Lainnya dia tidak menghentakkan kakinya kuat. Billion tak sukakan semua ini. Pasti ia akan berakhir dengan sesuatu yang tidak enak. Perlahan-lahan dia berundur setapak dua ke belakng. Sudah banyak kali perkara buruk menimpa pada dirinya jikalau Lucinda merengek sebegini.

"Noah..." Suara Mirian dibelakang Noah. "Benarkan Billion masuk." Sepatah perkataan saja sudah pun meremukkan perasaan Biliion. Kalau diikutkan hati mahu saja meninggalkan rumah puaka ini. Dia tak mahu berdepan dengan Zachary.

Dengan lemah semangat lagi, dia melangkahkan kakinya ke dalam rumah Zachary kerana tangannya ditariknya Lucinda. Dia tak boleh bayangkan apa yang akan ditimpa olehnya sebentar nanti.

Usai pasangan itu masuk, Noah bersuara Mirian. "Kenapa kau benarkannya?"

"Sebelum kepala saya pening dengar Lucinda merenggek, saya lebih nantikan bila tiba waktu Zachary marahi mereka..."

"Nakal..." Noah menyiku lembut pinggang Mirian. Pembantu rumah itu hanyak manpu tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience