Kisah VII

Humor Series 7936

♥

Billion berjalan lenggang menuju ke tempat yang dijanjikan. Kini setelah lama berjalan dia telah tiba ditempat yang dijanjikan. Di pusat membeli belah. Matanya melilau mencari orang yang berjanji untuk berjumpanya. Tetapi orangnya? Tiada.

"Hish, menyusahkan betullah!" Rungut Billion sendirian. Langkahnya bergerak untuk mencari orang yang dijanjinya. "Janji nak jumpa di sini. Tapi tak ada! Menyusahkan oranglah!" Suaranya sengaja ditinggikan. Biarlah apa orang nak mengata. Dia tidak peduli. Janji hatinya puas.

Setelah lama mencari (kira-kira setengah jam) akhirnya Billion jumpa juga orang yang dicari. Dibahagian permainan kanak-kanak. Terus saja dia menuju ke arah tersebut. "Ian!" Jeritnya. "Ian! Apa masalah kau! Janji nak jumpa dibawah tapi kenapa kau merayau sampai ke tingkat tiga!?"

Ian yang dimarahi merupakan sahabatnya. Dia merupakan kekasih buat Cynthia. Perangainya seratus peratus bercanggah dengan Billion. Tambahan pula Zachary senang berdamping dengannya. Ian menenangkan jiwa berbanding dengan Billion yang menyakitkan jiwa. Ian hanya tersenyum pada Billion. Dirinya memeluk erat pada satu anak patung beruang berwarna hitam. "Hai, Billion!"

"Hai?" Satu urat telah timbul pada dahi Billion. Ian tahu tak yang dia telah mungkir janji? Boleh lagi tersengih tanpa sebarang sebab. Sebelum sempat Billion melepaskan marahnya kedengaran sepasang suara perempuan sedang berbual dengan teruja sekali berdekatan. Dia kenal pada suara tersebut. Tidak perlu lihat pun dia sudah tahu siapa.

"Nichele!?"

Billion suara tak puas hati. Seraya itu kedua-dua perempuan itu muncul disebalik rak anak patung. Seperti Ian, mereka juga memeluk anak patung beruang. Michele memberikan senyuman pada Billion.

Sama seperti Cynthia dan Lucinda yang mengabungkan nama mereka kepada Cyndel, Nichele pula merupakan gabungan nama daripada Nichole dan Michelle. Berbeza dengan Cyndel, mereka bukannya kembar sebaliknya merupakan sahabat arkab yang tidak boleh berrenggang. Nichole berambut hitam seperti Ian dan bermata biru. Michelle pula berambut perang seperti teh susu yang sentiasa diikat sanggul. Matanya pula hijau menawan. Gelaran Nichele diberikan oleh Billion seperti mana dia memberi Cyndel gelarannya. Kini nama tersebut telah pun sebati.

"Kenapa Bill?" Suara Nichole. Wajahnya dibenamkan pada kepala anak patung beruang itu. Baunya dihidu. Tiba-tiba kepalanya diangkat. Cepat-cepat wajahnya menoleh pada Ian. "Aku nak yang ni, boleh?"

Apa ni!? Billion tidak percaya apa yang didengar. Malah dia juga tidak percaya apa yang dilihat!

"Boleh."

Jawab Ian sepatah mematahkan perasaan Billion. Biar benar lelaki ni? Dia kayu tiga!? Cynthia pula bagaimana?

"Ian!" Merengek pula Michelle. Dia menghampiri pada Ian. "Jangan belikan Nichole patung beruang! Belikan untuk aku!"

Apa ni!? Sekali lagi Billion tidak percaya apa yang didengar serta dilihatnya. Perlahan-lahan matanya beralih pada Ian. Menantikan sesuatu yang tak diduga (atau duga?) keluar dari mulut Ian.

"Boleh!"

TIDAKKK!!! Dia bukan kayu tiga tetapi kayu sepuluh! Tak sangka begini ciri-ciri lelaki yang diterima oleh Zachary. Cynthia pun sama bodoh! Apa yang nak jadi!? Kenapa Ian yang dipilihnya? Paling tidak pun pilihlah Valerik!

"AAACHHUM!"

Valerik bersin tiba-tiba sewaktu menghidangkan kek pada pelanggan. Dia dapat rasakan air liurnya mendarat pada wajah pelanggannya.

"Abang!"

Jerit adiknya, Valerie dari kaunter bayar. "Kenapa bersin di depan pelanggan?"

"Ada orang mengata aku..."

Itu saja yang mampu dikeluarkan dari mulutnya.

Bukannya Billion nak bangga diri, walaupun perangainya menyakitkan jiwa tetapi sekurang-kurangnya cintanya pada Lucinda jujur. Tidak bagi Ian. Dia sememangnya pandai berlakon. Di hadapan Zachary, Nichele merupakan sahabat Ian sejak dulu lagi. Itu sebabnya mereka sangat 'akrab'.

"Bill," Suara Ian mengembalikan Billion ke alam fana. "Ada apa panggil ke mari?" Kata-katanya diakhiri dengan senyuman. Mana tidaknya diri diapit oleh Nichele, siapa yang tidak bahagia? Lagi pun dia ada seorang lagi bukan?

"Oh, tu..." Billion menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat perangai Ian main kayu sepuluh membuatkan dia lupa apa niatnya kemari. Ceh, tak guna kau Ian! Hatinya berdecit tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience