Kisah III

Humor Series 7936

♥

Cynthia hanya perhatikan pasangan bodoh dihadapannya dengan meluat. Jujurnya dia tidak sukakan Billion. Lelaki ini miang. Bagaimana dia kemari? Dasar penghendap betul. Bukannya apa, disebabkannya kembar, Billion kadang kala tersalah. Pernah sekali lelaki itu terkucupnya. Merabanya juga pernah. Mujurlah dirinya pelajari seni mempertahakan diri. Ada pernah sekali lunyai Billion dikerjakan. Ayah juga tidak berkenan Lucinda memilih Billion sebagai kekasih hati. Tetapi apa boleh buat, Lucinda berkeras juga mahu teruskan hubungannya. Alasan ayahnya lagi menarik. Semuanya kerana dia tidak mahu Xavier (sepupu Billion) menjadi keluarga menantunya.

"Bill! Jangan habiskan kek aku!"

"Mana ada...aku ambil satu sudulah..."

"Satu sudu kau banyaklah!"

"Tak..."

"Ya..."

"Tak..."

"Ya!"

"Tak!"

Cynthia menghentak meja sekuat hatinya. Perbuatan itu langsung membekukan pergaduhan bodoh pasangan itu. Biarlah mata yang memandang janji mereka diam. Pasangan bodoh itu perhatikannya dengan pelik.

"Cyn...kenapa?"

"Tak ada apa-apa..."

"Jadi kenapa kau menghentak meja kuat tiba-tiba?"

"Kau menjengelkan. Terutama sekali kau Bill!"

Billion tersedak. Kenapa pula tiba-tiba saja. Perempuan ini memang cari pasal. "Apa salah aku kali ini?" Matanya merenung tajam pada Cynthia. Gadis itu juga sama. Masing-masing tidak mahu mengalah. Bunyi sedutan straw jelas kedengaran menyedut angin disebalik ketulan ais. Ia berlanjutan sehinggalah-

"Luce, hentikan..."

"Ia menjengkelkan..."

Serentak mereka marahi Lucinda. Sekurang-kurangnya kali ini mereka sependapat. Lucinda hanya ketawa. Mulutnya masih lagi menyedut straw itu. Bunyinya disambungkan. "Pedulikan aku. Sambung sajalah apa yang dibuat tadi."

"Baiklah, kalau Luce berkeras aku jujur saja." Cynthia merenung kembali pada Billion. Saat itu sang pria mengeluh. Biar betul perempuan ni. "Kau sambung lagi!?" Wajahnya ditekup. "Baiklah, aku mengalah..."

"Mengaku pun..."

Billion mencebik tidak puas hati. Selalu benar dia dikalahkan oleh perempuan ni. Apa-apa sajalah. Katakan saja. Kek kekasihnya diambil lalu disumbatkan semua ke dalam mulutnya.

"Bill, kek aku! Kenapa kau habiskan!?"

Cynthia pula tersenyum puas. Melihat wajah masam Billion gembirakan hatinya. Inilah masanya, dia akan mengorek segalanya keluar daripada Billion. "Baiklah, aku dapatkan rasakan kau perlu beritahu aku-"

"Cynthia!" Suara Lucinda marah tiba-tiba.

"Maaf..." Cynthia berdehem sekali dua sebelum bersuara semula. Billion hanya mempamerkan muka meluatnya. "Baiklah, aku dapatkan rasakan kau perlu beritahu kami-"

"Begini..." Suara Billion diperlahankan. Disebabkan itu pasangan kembar itu menghampirinya. "Pulang dari sekolah tadi aku nampak Zachary..."

"Apa dia!?"

"Cepatlah beritahu!"

"Pasti dah sedia nak dengar?" Billion sengaja mengusik pasangan tersebut.

"Cepatlah!" Jerit pasangan itu kuat tanpa peduli orang sekeliling. Seperti biasalah. Apa mereka pedulikan. Billion hanya menarik nafas sedalam yang boleh sebelum bersuara.

"Zachary ke hotel cinta...bersama-sama Felton..."

"APAAA!!!!!"

Jerit pasangan itu serentak. Seraya itu mereka berdiri lantas menghentak meja sekuat hati. Jus oren Cynthia tumpah di seragam sekolah Billion.

Biar benar? Ayah dan Felton...ke hotel cinta? Pipi kembar itu sudah pun kemerahan kerana mula berfikirkan bukan-bukan. Billion ditengah pula tersengih perhatikan telatah kembar tersebut. Sedia maklum Felton merupakan ketua pembantu rumahnya serta pembamtu peribadi ayah...jangan katakan...

"Betullah...mata aku nampak sendiri..." Suara Billion tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience