Kisah XIX

Humor Series 7936

♥

Kumpulan itu berseronok meluangkan masa di ruang tamu. Kebanyakkan mereka berbual kosong serta mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Semuanya berhibur melainkan Bill. Dirinya tertidur setelah kepalanya pening saat berhadapan dengan Zachary.

"Luce..." Suara Valerie lembut. Dia terperanjat apabila melihat Lucinda mengambil gambar Billion tertidur. "Tak baiklah..."

"Bill comellah..." Punat camera ditekannya. Valerie hanya mampu mengeluh melihat situasi itu. Itu hanya untuk sementara saja. Valerie telah pun sertai yang lain membuka balutan hadiah yang dibungkus dalam keadaan comot oleh Billion. Masing-masing mendapat sebuah anak patung beruang.

"Comel!"

Nichele bersuara gembira. Patung beruang mereka dipeluk. Cynthia juga gembira akan hadiah patung beruangnya. Lucinda juga sama. Yang perempuan suka akan hadiah yang diberikan manakala kumpulan lelaki pula kebanyakkannya merungut.

"Beruang merah jambu?" Suara Caleb (kawan Billion) kecewa. Dia tergelak melihat keadaan patung beruangnya. "Ada sesiapa nak tukar?" Tiada jawapan diberikan padanya. "Val?" Soalnya pula Valerik. Sahabatnya itu hanya mengeleng kepala. Patung beruang emasnya dipeluk kemas.

"Aku tak nak merah jambu..."

Matanya tertoleh pada Billion. Dia tidur. Caleb mula tersengih lalu bangun ke arah Billion. Anak patung beruangnya ditukarkan dengan anak patung beruang hitam milik Billion.

Ian, Valerik dan Kaine tergelak besar melihat situasi itu. Saat itu Billion terbangun. Bangunnya dia, terlihat sebuah anak patung beruang berwarna merah jambu di atas pehanya. Masih lagi dalam keadaan mamai, dia meneliti patung tersebut.

"Tak sangka kau minat warna merah jambu..." Suara Zachary dibelakangnya tiba-tiba. Bila entah dia turun dari tingkat atas. Tahu-tahu dia sudah berada di belakangnya. Mata si ayah kekasihnya seolah-olah tak percaya apa yang dilihatnya. Billion hanya bisukan dirinya. Rona merah mula timbul pada pipinya. Apa boleh buat, dia tertidur. Andai dia berjaga semestinya dia tidak mahu warna tersebut.

"Siapa nak tart!?" Suara Nichole ceria. Tangannya menatang sekotak besar. Di dalamnya mengandungi tart coklat yang dibuat semalanan bersama-sama dengan Michelle serta Ian. Semua yang berada termasuk Zachary mengalihkan tumpuan pada Nichelle. Michelle sedang mengagihkan tart.

Sambil menyumbat sedikit tart ke dalam mulutnya Cynthia bersuara pada ayahnya. "Pagi tadi ayah pergi ke hotel buat apa?"

"Hotel?" Suara Zachary hairan. Keningnya diangkat sebelah cuba memahami soalan Cynthia. "Ayah pergi ke hostel adalah, jumpa adik kamu..."

"Oliver?" Soal Lucinda pelik. "Kenapa?"

"Saja melawat. Lagipun dia teragak nak makan tart coklat. Tu yang ayah suruh Felton buatkan..."

Alamak...pasagan itu terpana buat seketika. Zachary hairan melihat telatah anaknya. Seolah-olah melihat hantu pun ada. "Kenapa-"

"Siapa mahu tart!?" Suara Felton ceria. Sedulang tart dibawa ke ruang tamu. "Ni ada lebih. Jemput makan..."

Nichelle dan Valerie teruja melihat keadaan tart tersebut. Keenakannya terjalas dilihat. Tart yang dibuat oleh Felton lebih besar daripada hasil Nichelle. (Nichelle membuat tart mini). Bukan itu saja, terdapat juga buah beri diletakkan di atas tart coklat itu menambahkan serinya. Yang lelaki juga terliur melihatnya. Tart coklat hasil tangan Felton kelihatan begitu sempurna sekali.

"Baiklah, siapa nak?" Suara Felton ceria sambil memotong tart tersebut.

"Saya!"

"Nak! Nak! Nak!"

Pelbagai reaksi diberikan oleh mereka. Zachary terhibur melihat telatah mereka. Namun ia terganggu sebaik saja Cyndel menjerit.

"JANGAN MAKAN!"

Suasana menjadi senyap. Semua terperanjat. Lebih-lebih lagi Felton sewaktu dia menghulurkan sepinggan tart kepada Ian. "Kenapa?" Felton beranikan dirinya untuk bersuara.

"Tak sedap!" Lucinda menjawab.

"Racun!" Cynthia pula memburukkan keadaan.

"Racun?" Suara Ian perlahan. Matanya perhatiakan keadaan tart yang baru diberikan dari Felton. Seolah-olah menanti racun itu melompat keluar untuk membunuhnya.

"Apa yang kamu dah buat kali ini?" Suara Zachary lemah lalu mengambil tart Ian. Dia meneliti tart tersebut. Sudunya diambil ditepi tart tersebut. Dipotong lembut tart tersebut lalu diambil melalui sudu kecil itu. Ia diangkat perlahan lalu menuju ke mulutnya.

"Ayah, jangan!"

Sudah terlambat. Zachary sudah pun masukkan tart tersebut ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience