Kisah XIV

Humor Series 7936

♥

Pasangan Cyndel bangun lewat pagi. Hampir ke tengah hari. Tanpa pedulikan pun hendak menukar pakaian, mereka turun bawah dengan pakaian tidur. Tiba diruang tamu, Felton sedang menoton television.

"Alamak..." Lucinda mengeluh.

Andai kata Felton sudah menghadap television jangan haraplah dapat giliran. Lebih teruk lagi Felton sudah ada sebuah nota kecil serta pena di atas ribanya. Dia ingin menonton rancangan memasak.

Kebiasaannya apa yang ditonton oleh Felton akan dihidangkan untuk makan malam nanti. Ya, tepat sekali. Felton akan memasaknya. Bukan itu saja, dia merupakan tukang masak yang cekap serta berkebolehan. Dia jugalah merupakan 'suri rumah'.

Cynthia menuju ke arah Felton. Dia tersengih. "Felton~ tengok apa tu..."

"Ah, rancangan memasaklah..."

Baiklah, andai kata Felton tonton rancangan memasak, dia akan 'memasak' sekali. Langsung tidak menganjakkan matanya dari television itu. Ajaibnya dia mampu mencatat tanpa memandang pun buku nota. Hebat.

Cynthia sudah pun kembangkan pipinya tidak puas hati. Lucinda pula tersengih disebelahnya. "Hari ni masak apa?"

"Daging Stroganoff..." Itu saja Felton menjawab. Dia asyik 'memasak'.

"Ayah mana?" Soal Lucinda lagi namun tiada jawapan

yang diberi oleh Felton.

"Mesti ayah carikan hotel untuk 'berseronok malam ni bukan Felton?" Lucinda pula menyakat dia. Kata-katanya itu berjaya memancing Felton.

"Ma- Ma- Mana ada!? Jangan merepeklah!" Lekas Felton menoleh pada pasangan tersebut. Terbeliak biji matanya apabila melihat pakaian mereka. Segera dia menoleh. Mukanya sudah mula kemerahan. Mana tidaknya pakaian tidur Cynthia merupakan sehelai gaun tidur yang sangat singkat. Ia melepasi atas pehanya. Lucinda pula memakai singlet ketat bersertakan seluar pendek seolah-olah memakai seluar dalam saja.

"CYNDEL!!!" Buat pertama kalinya dalam Felton menjerit pada mereka. "Berapa kali Zachary dah pesan, jangan turun ke bawah dengan pakaian tidur!"

Pasangan itu hanya ketawa besar. "Biarlah ayah tak ada..."

"Kerna apa tak ada?"

"Kerana ayah keluar."

"Kerana apa keluar?"

"Kerana cari hotel untuk berseronok malam nanti!"

Pasangan itu ketawa sambil menuju ke dapur.

Apabila keadaan menjadi sunyi barulah Felton membuka matanya. Sempat dia melepaskan satu keluhan. "Apa nak jadilah mereka berdua tu..." Setakat itu saja dia merungut kerana lelaki itu sudah pun leka 'memasak' dalam rancangan television kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience