Kisah XV

Humor Series 7936

♥

Tiba saja didapur kelihatan Sven (tukang masak) sedang mengemas pinggan mangkuk. Dia hanya tersenyum sebaik saja perasaan kehadiran kembar tersebut. Tidak seperti Felton, dirinya tenang melihat keadaan pakaian kembar itu.

"Zachary kalau nampak-"

"Ayah mana?" Pintas Lucinda.

Segera Sven menjawabnya. Dia tidak pedulikan pun sifat kebiadapan pasangan kembar itu. "Zachary keluar...katanya ada hal..."

"Tahu tak pergi ke mana?" Soal pula Cynthia.

"Katanya mahu tempat tempat di hotel..." Kata Sven sambil menyambungkan tugasnya Bunyi pinggan mangkuk kedengaran berlaga lagi.

Cyndel hanya terdiam mendengar kata-kata Sven tadi.

"Oh ya, tolong jangan porak perandakan dapur..." Suara Sven sambil berlalu keluar dari dapur. Nadanya tegas.

"Kenapa?" Cyndel bersuara serentak. Itulah kebiasaannya. Porak perandakan dapur. Mereka sentiasa mencuba memasak sesuatu yang baru namun kebanyakkan masanya tidak menjadi.

"Felton nak pakai sekejap lagi. Zachary suruh dia buatkan tart coklat..." Suara Sven yang mula tersayup-sayup kedengaran.

Pasangan Cyndel tidak percaya apa yang didengari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience