Kisah XI

Humor Series 7936

♥

Pasangan itu bergegas lari. Bunyi dentuman itu datang dari ruang tamu. Tiba saja di sana, Cynthia terus membuka lampu. Mata mereka terkedu sebaik saja melihat sesuatu adegan dihadapan mereka. Ia 'panas' sekali.

Di atas lantai, berhadapan tangga ke tingkat dua, baringnya Zachary (sambil mengusap kepala) di lantai. Atasnya pula merupakan Felton (mengusap dahinya).

"Kyaaaa~"

Jerit pasangan itu mengambil perhatian pasangan lelaki dewasa itu. Kedua-dua mereka terkejut.

"Wah, jadi benarlah ayah dan Felton ada sesuatu!"

"Betul tu! Aku tak sangka Felton di atas! Ingatkan ayah! Tak percaya aku Felton yang diam ni pun boleh tahan juga ya..."

"Kau lupe ke? Orang yang pendiam ni banyak rahsianya...jadi Felton ni...suka menguasai sesuatu, bukan?" Kening Cyhthia dijengket berkali-kali. Akibat itu Lucinda ketawa besar dan ikuti Cynthia pula.

"APA!!!" Jerit Felton. Mukanya sudah merah padam. "Tolong jangan merepek, boleh..." Malang sekali suaranya tidak kedengaran disebalik hilai tawa pasangan kembar itu. Tak sangka Cyndel mengeluarkan kata-kata tersebut. Malunya dia. Banyak-banyak orang, dia digandingkan dengan Zachary, sahabatnya.

Dia menoleh pada Zachary. Merah pada wajahnya semakin marak sehingga tiba di telinganya sebaik lihat wajah Zachary. Pipinya juga berona merah. Mukanya ditoleh daripada berdepan dengan Felton. "Aku...aku..." Kenapa Zachary tergagap? Tak pernah dia begini. Entah kenapa Felton berasa lain macam.

"Aku tak sangka kau begini..." Zachary meneruskan kata-katanya. Suaranya perlahan serta halus. Ia bertukar pada bisikan. "...begini...begini lembap."

"Huh?"

Kini Zachary berdepan dengan wajah Felton. Mukanya merah. Bukan malu seperti Felton tetapi menahan marah. "Sampai bila nak macam ni? Bangun!"

"Ah, ya. Maaf..maaf..."

Terkial-kial Felton bangunkan dirinya. Dia tidak mahu tersentuh mana-mana bahagian badan Zachary. Setelah berjaya bebas dari 'cengkaman' Felton, Zachary bingkas bangun lalu menghantukkan Cyndel pada dahi masing-masing (mereka tidak sedar, kerana asyik ketawa) dengan sekuat hatinya.

Terus suasana senyap.

"Orang jatuh tangga pun nak kecoh."

Suara Zachary seraya menaiki anak tangga. Bunyi kasutnya berhentak kasar pada setiap anak tangga jelas kedengaran. Ia berakhir sebaik saja mendengar satu hempasan pintu yang kuat sekali. Sah, Zachary benar-benar mengamuk.

Kini yang berada dibawah hanyalah Felton dan pasangan Cyndel. Mata lelaki itu perhatikan mereka sambil tersengih. Wajah masam mereka sambil mengusap dahi yang merah dilagakan oleh ayah mereka ternyata comel. Entah kenapa Felton tergerak untuk bersuara pada mereka. Sekadar untuk melembutkan hati mereka.

"Janganlah sedih. Tak apalah Zachary hantuk kepala kamu. Cuba lihat di sudut yang baik, hukuman perintah berkurung kamu masih kekal tiga bulan. Tiada tambahan!"

"Diamlah!" Suara Cynthia kasar. Seraya itu Lucinda mencampakkan sebuah bantal kecil yang berada di sofa ruang tamu tepat pada wajah Felton.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience