Kisah VIII

Humor Series 7936

♥

Pintu rumah dibuka pada tengah malam itu. Zachary dan Felton maauk ke dalam senyap ibarat pencuri. Niatnya cuma satu. Tidak mahu mengganggu mereka yang tidur. Hari sudah terlalu larut. Masih lagi dalam keadaan pencuri pasangan itu meredah kegelapan malam. Mereka menuju ke tangga untuk ke bilik tidur.

"Ayah..."

Satu suara perempuan kedengaran. Zachary kenal suara itu. "Dah larut malam. Kenapa tak tidur lagi?" Tangannya segera menekan suis lampu. Cahaya menyinari suasana sekelip mata saja.

"Cynthia...Lucinda...dah larut malam...kenapa tak tidur lagi?" Zachary bersuara dingin memerhatikan pasangan kembarnya tersenyum kambing. Felton disebelahnya hanya perhatikan keadaan.

"Ada perkara nak tanya..."

"Harap-harap ayah jujur~"

Zachary berkerut. Ada-ada saja mereka ni. "Penting sangat ke?"

"Penting!" Serentak Cyndel menjawab. "Kita sanggup tunggu ayah balik!" Lucinda menyambung lagi.

"Begitu...." Suara Zachary lembut. Bibirnya tersenyum. Namun ia sekejap saja. Wajahnya kembali masam dan nada suaranya dikeraskan. "Kamu tahu tak pagi nanti kamu akan ke sekolah? Kenapa masih lagi-"

"Pontenglah ~ tamat cerita..." Pintas Cynthia. Lucinda disebelahnya tersenyum. Mereka sedar kata-kata itu menaikkan kemarahan ayahnya. Namun ia terbatal sebaik saja Felton ketawa.

"Buatlah apa yang mereka suruh..."

Zachary hanya mengangguk lemah. Betul juga. Biasanya Cyndel akan merengek atau menyalak sehinggalah perkara yang dikehendaki dapat. Ia pernah berlarutan beberapa hari. Minggu pun kalau tidak silap pernah juga. Ada baiknya ia ditamatkan awal.

"Baiklah...apa dia?"

"Ayah pasti nak dengar?"

"Ayah dah bersedia?"

Eh, macam-macamlah kembar ni. Namun Zachary tak kuasa. Segala rentak pasangan tersebut diikutkan saja. Si ayah pun mengangguk.

"Pasti?"

"Betul tu. Takut tak bersedia lain pula ceritanya-"

"Beritahu. Sekarang. Atau. Naik. Tidur."

Cyndel hanya ketawa kecil. Nampaknya Zachary telah hilang sabar. Kedua-dua mereka menarik nafas sedalam yang boleh. Dilepaskannya serentak.

Zachary hanya bersabar saja. Felton disebelah hanya tersenyum melihat telatah kembar tersebut.

"Ayah dan Felton pernah tidur bersama?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience