Kisah VI

Humor Series 7936

♥
Cyndel sudah pun pulang ke rumah. Mereka dapati si ayah tidak pulang lagi. Menurut Mirian (pembantu rumah) Zachary dan Felton (!?) ada urusan penting yang hendak diuruskan (!?) dan akan pulang lewat malam nanti (!?).

Tidak mahu serabutkan fikiran pasangan itu melangkah terus ke bilik. Dengan perasaan yang berat mereka menghempaskan diri pada katil masing-masing. Seragam sekolah mereka tidak dipedulikan langsung untuk ditukar. Keluhan yang besar dilepaskan oleh mereka serentak.

"Cyn..."

"Hmm..." Cynthia mengambil sebuah anak patung beruang putih untuk dipeluknya. Ia merupakan hadiah daripada Zachary kerana mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah. Lucinda juga dapat.

"Kau rasa kata-kata Bil tu betul?"

Lama keadaan senyap. Lucinda menanti dengan sabar sehinggalah Cynthia bersuara. "Entahlah..." Jawabnya ringkas. Nafasnya ditarik dalam lalu dihenpuskan keluar dengan kasar. "Tapi aku memilih untuk tidak percaya pada kata-kata Billion. Dia kuat menipu." Matanya segera ditautkan pada kembarnya. "Kau sepatutnya cuba tidak percaya pada kata-kata Billion."

"Baik..." Suara Lucinda lemah. "Aku akan cuba...tapi bagaimana mana kalau Bill betul?"

Seperti tadi Cynthia mendiamkan diri dari menjawab soalan kembarnya. Seperti tadi juga Lucinda sabar menanti.

"Aku tetap pilih untuk tidak percaya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience