Kisah I

Humor Series 7936

♥

Suasana di pejalan kaki riuh didengari suara para pelajar perempuan saat membawa diri ke haluan masing-masing setelah tamatnya waktu sekolah. Kebanyakkan mereka berbual ke mana destinasi hendak dipergi untuk merehatkan diri setelah bertungkus lumus belajar. Ada yang ingin tengok wayang. Menyanyi di pusat karaoke pun ada. Pergi ke pusat membeli hanya sekadar untuk mencuci mata. Semuanya mudah dilakukan kerana Sekolah Perempuan Arsa terletak ditengah-tengah bandar. Ia merupakan perkara biasa untuk pelajarnya pergi berhibur sebaik saja sekolah tamat.

Pasangan kembar Kaynard juga tidak terkecuali. Sebenarnya mereka harus menunggu pemandu keluarga datang jemput, tapi entah kenapa mereka menyusahkan David (si pemandu). Sengaja merupakan niat mereka. Lebih teruk lagi mereka tidak memberitahu pun pada pemandu malang tersebut ke mana mereka hendak pergi.

"Jadi nak pergi mana?" Soal Lucinda.

"Kita pergi ke kedai kek." Jawab Cynthia sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience