Bab 5

Fantasy Series 1489

Hari ni aku bangun sebelum pukul 6 pagi.

Rose, bagaimanapun, telah tiada di katilnya. Kagum aku dengan Rose ni. Efficient.

Apapun, "Mummy, you must be proud of me" kataku sambil menepuk bahuku sendiri tanda penghargaan untuk diri sendiri yang dapat bangun pagi tanpa dikejutkan sesiapa.

Nasib baik semalam tidurku lena tanpa sebarang gangguan. Atau, 'dia' mungkin berada di luar tetapi aku yang langsung tidak memandang ke arah tingkap sepanjang malam. Ugh, aku tak mahu cari pasal. Aku nekad untuk tidur awal setiap malam, mulai semalam.

Hari ni, after french toast and half-boiled egg, kami memang semangat habis nak join treasure hunt pagi ni. Kami wajib berkumpul seawal 7.00 pagi di padang sekolah.

Apbila tiba di padang sekolah, kami hanya berkumpul di dalam kumpulan kecil kami sahaja kerana masih belum betul-betul mengenali antara satu sama lain.

"Selamat pagi semua. Saya harap semua sihat pagi ini dan bersedia untuk mengikuti outdoor activity kita yang pertama iaitu Treasure Hunt."

"Pelajar 13 tahun, sila ikut Cikgu Safiyyah dan Cikgu Mei. Kamu semua akan mengikuti route yang lain nanti"

"Pelajar 16 tahun, sila kekal di sini. Mohon semua untuk membuat lima barisan lurus. Sebelum kita terus berlari, kita warming up dulu. Music, please!" seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Amir memberi penerangan menggunakan hailer.

Bersama dengan cikgu, ada beberapa pembantu yang aku yakin merupakan ahli Badan Pengawas Sekolah (BPS). Usai warming up, "Saya nak awak membuat kiraan bermula daripada 1 sehingga orang yang terakhir di dalam barisan"

"Sudah? No 1, sila cari pasangan anda No 1 daripada barisan yang lain. Yang lain juga sama. Move now, and move fast. We don't want to be late!"

Aku, Rose dan Dahlia, sedihnya, ditempatkan di dalam kumpulan yang berlainan. Tidak kisahlah, yang penting kami akan memberi sepenuh kerjasama tanpa mengira siapa kumpulan kami. Boleh berkenalan dengan lebih ramai pelajar dengan cara begini. Sebagai intovert-extrovert person, ada masanya aku suka untuk menyertai aktiviti begini, ada masanya aku lebih suka menyendiri.

Treasure Hunt bermula dengan lancar. Aku seronok dapat keluar masuk kampung, dan kebun orang kampung yang berada berhampiran sekolah. Maklumlah, seumur hidupku, tidak pernah aku melihat kebun dan sebagainya dengan lebih dekat. Jalan berturap, tidak berturap dan denai semua kami rempuh. Anak sungai juga kami harung.

Cuaca semakin panas. Setibanya di anak sungai itu, "Iqmal, kita rehat sekejap boleh di sini?" pintaku pada Iqmal, ketua kumpulan. "Aku rasa kita dah jauh juga tinggalkan kumpulan yang lain ni" yang lain juga mengangguk bersetuju.

"Okay, kaki aku pun boleh tahan dah lenguh ni. Rani, kau okay? Aku nampak teruk kau mengah tu?" tanya Iqmal yang berasa bimbang dengan kesihatan team members untuk meneruskan pencarian.

"Aku okay, no worry. Still can run. Long time not doing activity like this." balas Rani. Aku nampak kelegaan di wajah Iqmal. Aku juga lega. Kalau tidak, jenuh juga kami nak mengangkut Rani balik jika dia pitam. Ikutkan peta yang diberi, kami masih berbaki 3 check points.

Aku cuba berpusing-pusing meninjau di kawasan berdekatan. Kemudian, aku terperasan seseorang cuba berselindung di sebalik pokok. Perlahan-lahan aku mendekati pokok itu.

Semakin aku mendekati, semakin berdebar-debar perasaanku. Betulkah tindakan aku ini? Kalau orang jahat, bagaimana?

Prap! Alamak, aku terpijak ranting yang berguguran di atas tanah.

Segera seseorang itu berpaling melihatku yang hanya berjarak sedepa daripadanya.

"Eh, kau?" aku terkejut melihat empunya badan.

"Kenapa kau seorang?. Mana ahli kumpulan yang lain?"

Tanyaku bertalu-talu.

Seperti semalam, dia hanya melemparkan satu senyuman. Masih tidak kedengaran sebarang suara.

"Melor! Melor! Jom sambung Treasure Hunt!" aku mendengar ahli kumpulanku memanggil.

"I'm coming!" aku menjerit kembali. Khuatir mereka berpecah mencariku.

Aku kembali berpaling ke arah 'dia'. "Eh?! Hilang lagi. Laju benar dia melarikan diri"

Aku nekad ingin mendekati 'dia' andai kami terserempak lagi nanti. Aku yakin, aku pasti bertemu lagi apabila kami kembali ke sekolah selepas aktiviti ini.

"Okay, arahan seterusnya, kita perlu menyelesaikan helaian Sudoku ni sepantas mungkin. Kita ada chance untuk menang. First group arrived cannot finished their Sudoku puzzle yet" arah Iqmal.

Aku menepuk dahiku "I hate Sudoku"

"Yay, finish! Hurry up, submit to AJK there"

Kami merupakan group ketiga berjaya menamatkan Treasure Hunt.

Sesudah aktiviti itu, aku mencari Rose dan Dahlia "Aku tak follow lunch tau. Aku nak cari seseorang sekejap. Don't wait for me"

"Siapa? Awak dah kenal orang lain ke kat sini? Boyfriend ke?" tebak Rose. Dia yang tanya, dia yang tersipu-sipu. Ish, menyampah betul. Dahlia hanya ketawa melihat reaksi Rose.

"Rose! Mana ada. Nanti aku cerita. See you two later. If I don't come back till late at night, call the police hahaha" terus aku berlari ke arah pokok yang selalu aku nampak dia bersandar.

Aku hampa. Dia tiada di situ. Aku memilih untuk duduk bersila di pangkal pokok, dan menunggunya sekejap. Mana tahu dia akan kembali ke sini sebentar lagi.

Tersengguk-sengguk aku menahan rasa mengantuk. Badan aku terasa sangat letih. Nasib baik, aktiviti seterusnya bermula pukul 3 petang. Aku melihat jam, sudah hampir 1.30 tengahari.

"Aku tunggu kau 5 minit je lagi" lalu memejamkan mataku yang semakin berat.

Entah berapa lama, aku kemudiannya tersedar daripada tidur apabila terasa lenganku ditepuk seseorang berkali-kali.

Aku cuba membuka mataku. Eh, kepalaku terlentok di atas bahu seseorang rupanya. Cepat-cepat aku mengangkat kepalaku dan melihat siapa di sebelahku. Aku terasa mukaku merah padam kerana malu. Ternganga tak masa aku tidur tadi? Ada air liur basi tak? Alamak, malunya.

"No worry, you look as beautiful as always" katanya padaku seolah-olah dia dapat membaca fikiranku. Dia menolak anak rambutku yang jatuh menutupi mata dan meletakkannya di belakang telinga.

Aku terpana mendengar suaranya. Serak-serak basah gitu. Eh, macam pernah dengar suara ni. Dimana, ya?

"Kau.. bila kau sampai sini? Sekarang pukul berapa? Alamak, dewan makan mesti dah tutup. Aku lapar. Nanti ada aktiviti lagi" aku menekan perutku yang terasa kosong. Entah mengapa, aku berasa selesa berada disisinya.

Dia tidak menjawab tetapi menghulurkan bungkusan makanan dan minuman kepadaku.

"Untuk aku?" gembira bukan kepalang. aku terus membuka bungkusan makanan dan makan dengan lahapnya.

"Hey, eat slowly. You still have time" katanya lembut.

Aku malu sendiri dengan sikapku sedikit kasar. Apa nak dibuat. Aku sentiasa seorangan sedari kecil. Aku tidak tahu bagaimana untuk berkelakuan lebih sopan santun.

" Siapa kau? Kenapa aku selalu nampak kau? Kau follow aku ya?" tanya aku jujur.

"I'm your guardian" jawabnya sambil matanya terus sahaja melihatku makan dengan gelojohnya. Aku terberhenti mengunyah apabila aku terperasan anak matanya cantik berwarna hazel. Bersinar sehingga memantulkan kembali imej yang ada dihadapannya.

Berbunga-bunga hatiku mendengar jawapannya. Macam pick-up line pun ada. Ish, dia nak mengorat aku ke apa ni? Tak pernah ada lelaki cuba mendekati aku sebelum ini. Of course aku rasa terawang-awang apabila dia mengatakan dia adalah penjagaku.

"What guardian? Literally? Seumur hidup aku?" saje aku mengusiknya begitu.

"Your wish is my command" terus dia berdiri, meletakkan tangan di dada, dan menunduk hormat ke arahku yang masih bersila di pangkal pokok.

"Kau biar benar. Aku tak tahu pun nama kau. And, Malay language, please. I can't believe my eyes you are acting this weird"

"Aku Harry. Ya, aku penjaga kau. Kalau aku perlu berkhidmat seumur hidup aku untuk kau, aku gembira melakukannya" balasnya dengan pelat-pelat.

Apa-pun, aku puas hati mendapat tahu namanya. Penjaga? Aku tanya kemudian. Aku dah lewat untuk aktiviti petang.

"Jumpa lagi, Harry. Thanks for the food and drink" aku berlari menuju ke dewan besar sambil tanganku melambai-lambai ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience