Series
1489
Aku marah betul dengan Harry. Aku merajuk! Tak nak jumpa dia!
Berkali-kali aku tanyakan pada Rose dan Dahlia. "Yup, positive. We see no one but you" kata Dahlia.
"Ala, jangan la marah-marah ni. Rose rasa, Harry ada menemani Melor masa Melor tertidur. Mungkin dia tak nak kejutkan Melor. Mungkin Harry menyorok semasa nampak kami daripada jauh" Rose cuba justify kejadian semalam.
"Maybe... Or, is Harry 'the unseen'? Sebab kami tak nampak dia" tebak Dahlia. Matanya memandang ke atas sambil jarinya mengetuk perlahan kepalanya seperti sedang berfikir dengan serius.
"No way! Impossible. How come I can see him if he is 'the unseen'?" pantas aku menafikan tekaan Dahlia. Mana mungkin Harry adalah 'the unseen'.
"Because he chose you, Melor. Sebab itulah awak boleh nampak dia, dan orang lain tidak dapat melihatnya" kata Rose perlahan. Rose menganggukkan kepalanya, mengiyakan teorinya sendiri.
Rose kemudiannya memegang kemas kedua bahuku. "Awak mesti membuktikan Harry bukan 'the unseen' pada kami" pinta Rose.
"Kenapa?" tanyaku kehairanan. Aku tidak faham kenapa aku mesti membuktikan Harry bukan 'the unseen'.
Aku yakin benar Harry manusia. Kalau tidak, bagaimana aku boleh melihatnya. Malah, sejak hari pertama aku ditinggalkan mummy dan daddy di sini, aku telah dapat melihat Harry. Oh, i miss them both.
"Kalau tidak, itu bermaksud Harry daripada golongan 'the unseen'. Dan, sesiapa yang dapat melihat 'the unseen' merupakan korban yang terpilih. Mereka ini licik Melor. Mereka pandai mendekati kita, memikat hati kita, perlahan-lahan membawa kita ke dalam dunia mereka. Andai kita melawan atau menolak, kejadian malang akan menimpa kita atau keluarga kita" kata Rose.
Terdiam sekejap aku mendengar penerangan Rose yang panjang lebar. Agaknya Rose dan Dahlia ni dah kena sampuk hantu 'the unseen' gamaknya. Tidak habis-habis mengungkit kisah dongeng itu.
Eh, tetapi Harry ada cakap cerita yang 'dianggap' dongeng. Dianggap? Apa maksudnya? Cerita itu benar-benar berlakukah? Ligat otakku berfikir.
Rose menggoyangkan bahuku "Melor, awak dengar tak ni?".
Susah untuk aku mempercayai Rose. Adakah aku telah diperdaya Harry untuk mendekatinya? Oh, apa harus aku lakukan sekarang.
"Apa aku nak buat ni Rose?" aku melihat tepat ke arah mata Rose. Rose juga begitu. Kami saling berpandangan.
"Tidak mungkin la kan? Kenapa pula Harry memilih Melor? Melainkan Melor merupakan cucu cicit tiga beradik tersebut. But, how to prove that?" Dahlia cuba meredakan keresahan aku dan Rose.
"Ada sesuatu yang mummy selalu sebut. It's a tradition to study here. Kau rasa? Apa maksud mummy aku?" aku tanyakan pendapat mereka.
Aku sedaya upaya cuba mengelak daripada memasuki sekolah ini. Namun, peluang terakhir untuk mummy masukkan aku ialah apabila aku telah mencapai umur 16 tahun. Aku turutkan juga kemahuan mummy akhirnya. Cuma, aku berkeras memilih untuk menduduki SPM berbanding pelbagai program antarabangsa yang ditawarkan di sini. Adakah ini bermaksud keluarga aku ada kaitan dengan tiga beradik pengasas sekolah ini?
"Hey, actually, my parents told me the same thing" kata Dahlia. "Secara logiknya, kenapa tidak sahaja saya menyambung pengajian di mana parents saya menetap? Mereka merayu agar saya datang belajar di sini. Tradition, they said. Malah, mereka bersetuju dengan apa sahaja program pendidikan yang saya pilih. Asalkan saya mahu belajar di sini"
Rose memandang kami silih berganti sambil berkata "Ada tak kemungkinan kita bertiga sebenarnya bersaudara? Nama kita bertiga juga diambil sempena nama bunga. Seperti dah berjanji"
"Kenapa kita tidak pernah kenal kalau kita bersaudara?" kataku.
Kami saling berpandangan. Aku tengok kau, kau tengok aku. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk. Bulu roma di belakang tengkuk ku berdiri. Entah mengapa.
"No, no, no. Tidak cukup untuk membuktikan kita bertiga bersaudara, unless kita tanya parents kita dahulu" Dahlia menafikan kemungkinan itu.
"Ya... Aku setuju. Dan, sekali lagi aku tekankan, Harry adalah manusia" aku yakin dengan apa yang aku nampak. Dan, aku rasa semua ini mengarut.
Tetapi, aku tak nak jumpa Harry lagi. Aku nak merajuk.
Hari ini, selepas semua telah berkumpul di dewan besar, kami dibawa ke kelas masing-masing. Rupa-rupanya, kami bertiga memilih program yang berbeza. Jadinya, kelas juga berbeza. Namun, waktu persekolahan sama sahaja.
It's okay. Aku akan dapat lebih ramai kawan. Cuma, pelajar lama masih belum kembali, sehingga minggu hadapan. Hanya aku dan beberapa pelajar baru sahaja yang ada di dalam kelas ini. Ada pelajar yang telah aku kenali sewaktu program orientasi yang lepas, antaranya Iqmal.
Tidak berapa lama kemudian, Cikgu Ida, merangkap cikgu kelas aku, masuk dan mengedarkan salinan jadual waktu kelas yang akan bermula pada minggu hadapan.
"Finally!" aku sudah tidak sabar ingin memulakan kembali pelajaran.
"Saya harap awak semua gembira berada di sini setakat ini. Saya juga merupakan bekas pelajar di sekolah ini. Lama dahulu... Jadinya, jangan tipu saya apa-apa. Setiap ceruk sekolah ini dalam genggaman saya aje. Lubang tikus semua saya tahu. Jangan sampai saya tangkap awak cuba fly nanti, ya" manis senyuman Cikgu Ida walaupun dalam menyampaikan amaran kepada para pelajar. Kami mampu tersengih sahaja.
"Alahai cikgu, kemana sangatlah saya nak fly dalam hutan ni?" tanya salah seorang pelajar sambil yang lain tergelak.
"Bagus. Mudah kerja saya. Stay sahaja dalam ni. Semua kemudahan ada. Jangan memandai nak keluar tanpa kebenaran. Tak jumpa jalan balik nanti" ugut Cikgu Ida.
"Kenapa tidak jumpa jalan balik?" tiba-tiba ada yang bertanya.
"Awak tak dengar ke apa-apa cerita daripada senior?" soal Cikgu Ida kembali sambil keningnya terangkat sebelah.
"Cerita apa cikgu? Ceritalah"
"Ala, tiada apa yang menyeramkan. Cuma ada beberapa pelajar yang pernah cuba keluar daripada sekolah tanpa kebenaran. Dia berjaya keluar bersama rakan-rakannya. Mereka sempat menghubungi rakan-rakan mereka yang tidak turut serta untuk memberitahu yang mereka telah tiba ke bandar. Semuanya berjalan lancar."
"Lepas tu, apa jadi cikgu?" pelajar bernama Ina nampak begitu teruja mendengar cerita cikgu.
"Ooo cerita ni, saya tahu cikgu. Boleh saya sambung?" Iqmal tiba-tiba bersuara.
"Silakan. Mana tahu, versi pelajar lebih baik"
Sekarang semua mata tertumpu pada Iqmal. Tanpa segan-silu, Iqmal mengambil alih tempat cikgu di hadapan kelas.
"Selepas bersuka-ria di bandar yang agak jauh daripada sini, well... Saya rasa semua orang tahu betapa jauhnya kita dengan bandar besar... Mereka berjalan balik daripada bus stop yang terakhir di pekan lama sana. Mereka cuba berjalan secepat dan sesenyap mungkin untuk mengelak daripada dikesan penduduk kampung atau sesiapa daripada sekolah ini"
"Mereka yakin bahawa mereka semakin hampir dengan sekolah, dan mereka memasuki satu lorong kecil di tepi sekolah. Daripada lorong itu, sepatutnya mereka akan masuk ke dalam sekolah melalui longkang besar"
"Malangnya, setelah memasuki lorong kecil itu, mereka diperlihatkan dengan satu pemandangan yang sangat cantik. Cahaya rembulan cerah menyinari persekitaran hutan. Kupu-kupu berterbangan. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Kunang-kunang seperti menari mengelilingi mereka. Tanpa sedar, mereka terus berjalan dan semakin lama semakin jauh ke dalam hutan. Sehinggalah mereka berhenti di sebuah rumah yang teramat cantik, dan di kelilingi laman yang sangat luas. Bunga-bunga yang kembang mekar dibasahi embun malam harum mewangi. Buat seketika mereka terpukau"
"Salah seorang daripada mereka tiba-tiba bersuara "Eh, kita di mana?", dan serentak dengan itu semua yang dilihat mereka tadi hilang dan digantikan dengan pemandangan hutan yang menyeramkan dan gelap suram. Tiada lagi laman yang cantik, rumah yang besar, dan cahaya rembulan yang cerah menyinari"
"Alamak, takutnya. Apa jadi selepas itu?" tanya seseorang yang nampaknya begitu tekun mendengar cerita Iqmal.
Aku seperti pernah terdengar cerita seseorang menemui rumah cantik bak istana di dalam hutan sini. Siapa ya? Oh, Harry. Erm... Aku kembali menghayati cerita si Iqmal.
"Mereka hanya dijumpai dua tiga hari kemudian oleh orang kampung. Nasib mereka baik, kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi semasa mereka fly daripada sekolah. Dan, mereka tidak merayap merata di dalam hutan. Duduk sahaja setempat"
"Oh, nasib baik tak jumpa hantu ke apa" Ina menepuk perlahan dadanya seperti melepaskan perasaan takut yang ditahan sedari awal cerita.
"Ada versi lain yang mengatakan mereka dijemput memasuki rumah tersebut dan dijamu tuan rumah selama mereka berada di sana"
"Siapa tuan rumah?" Iqmal menyoal dan berhenti sejenak. Iqmal memandang semua yang ada. Dan, semua yang ada menanti-nanti Iqmal menyambung cerita.
"Malangnya, tidak ada orang yang tahu kerana rumah itu tidak lagi dijumpai sesiapa selepas itu"
"OMG, scary! Memang taklah aku nak fly. Hutan banat kot belakang sekolah ni" jerit seorang pelajar lelaki yang aku tak ingat apa namanya.
Kami semua tergelak melihat gaya pelajar lelaki tersebut, termasuklah Cikgu Ida.
Then, Cikgu Ida wrapped up everything sebelum dia beredar daripada kelas meninggalkan kami untuk melakukan aktiviti bebas.
Aku berjanji dengan Rose dan Dahlia, aku akan mencari mereka waktu rehat nanti. Aku melihat jam, masih berbaki berbaki beberapa minit lagi sebelum waktu rehat.
Aku bosan dan membuat keputusan untuk melihat-lihat di sekeliling sekolah, sambil-sambil mencari di mana kelas Rose dan Dahlia.
Daripada kejauhan, aku dapat melihat Rose juga telah berada di luar kelas, bersama seseorang. Seseorang yang sangat aku kenali. Aku berhenti melangkah sebelum mereka berdua menyedari kedatanganku. Aku menyorok di sebalik dinding.
Lama aku mengintai. Setelah dia beredar, aku cepat-cepat menghampiri Rose.
"Rose!" sergahku.
"Melor... Kenapa awak datang mengejut macam ni?" comel je Rose senyum.
"Rose, who are you talking to just now?" aku tak tunggu dah. Aku terus je tanya.
"Oh, cikgu kelas saya. Teacher Harry"
"Harry? Eh, why that name suddenly sounds familiar?" Rose jawab, dan Rose sendiri tertanya-tanya.
Kemudia mata Rose membulat "Oh my, your Harry?"
"Yup, betul tekaan kau. Itulah Harry. See, I told you, he is not 'the unseen' " leganya aku rasa. Bukan-bukan aje teori Rose dan Dahlia.
"Okay, okay. My mistake. Sorry sebab tuduh yang bukan-bukan. Forget it" Rose buat muka comel dengan harapan aku maafkan dia. Of course la aku maafkan, siapa lagi aku nak kawan.
"Alamak, dia salah seorang cikgu ke. Selamba je aku lepak dengan dia. Patutlah selama ini dia tidak pernah join aktiviti pelajar" ngomel aku sendiri.
Rose pantas merangkul tangan aku dan mengajak aku mencari Dahlia "Let's go and find Dahlia. Aku dah lapar ni"
Aku hanya menurut kemana Rose pergi, sambil otakku masih ligat berfikir. "Adakah guardian yang Harry maksudkan itu merujuk kepada dirinya sebagai salah seorang cikgu di sini?" otakku cuba mengimbas kembali kata-kata Harry sebelum ini.
Mataku tertangkap sesusuk tubuh yang berdiri di sebalik tiang, dan dia sedang tersenyum padaku. Mulutnya jelas menyebut "No".
"What do you mean No?" aku memandangnya.
Harry hanya tersenyum. Sah! Harry baca fikiranku.
Share this novel