Series
1489
Kiri kananku gelap gelita.
Liar mataku melihat sana sini tetapi aku tetap tidak dapat melihat apa-apa. Aku bergantung 200% kepada deria pendengaranku dan menuruti derap langkah di hadapanku. Pantas mereka mengatur langkah, pantaslah langkahku. Perlahan mereka bergerak. Perlahanlah aku. Aku tidak pasti daripada mana datangnya keberanian aku untuk mengekori mereka berdua pada malam ini. "Gila dah aku ni agaknya" kataku perlahan.
Aneh, aku rasa perjalanan ini sudah terlalu jauh, not like what I remember the school compound should be. Aku memandang ke belakang. Tiada lagi kelihatan cahaya lampu koridor bangunan asrama. Aku tidak ingat kami merempuh apa-apa halangan. Tiada longkang, tiada pagar. Tetapi, hati aku kuat mengatakan yang kami telah jauh meninggalkan perkarangan sekolah.
Stephen dan Steph juga tidak bersuara. Mereka begitu fokus memandang kehadapan. Aku jadi tidak berani bersuara. But, I think I can no longer hold this inside me. Baru sahaja aku membuka mulut mengeluarkan kata-kata "where are we..." namun, pertanyaanku mati di situ sahaja. Tertelan terus kata-kata itu. Mataku terpaku dengan apa yang ada di hadapanku.
Suasana yang gelap gelita, tiba-tiba menjadi sangat cerah. Ligat kepalaku berpusing kiri kanan melihat punca cahaya tersebut. Akhirnya, aku mendongak ke atas. Oh, terangnya cahaya rembulan. Tiada sedikit awan pun melintasi langit ini. No wonder la.
Stephen dan Steph berpaling serentak melihatku. Mereka tersenyum. "You've been wanting to come here for so long, haven't you?" Tanya mereka berdua sambil tergelak kecil.
Lucu agaknya keinginan aku buat mereka. Aneh, bagaimana mereka mengetahui apa yang aku inginkan, ya? Ah, sejak aku ke sekolah ini, semuanya aneh-aneh. Apa nak dihairankan lagi.
"I have? I think so" jawabku di antara yakin dan tidak. Kemudian barulah aku teringat, "Oh, inilah yang ada di sebalik pagar di belakang sekolah" I am finally here. Aneh, tetapi benar. Aku tidak perlu melintasi apa-apa longkang.
"Go ahead" Steph berkata sambil mendepakan tangannya, memberi maksud aku boleh meninjau taman ini semahuku. Mereka berdua kemudiannya berjalan mendahului aku.
Hanya mataku yang mengekori mereka. Kakiku tidak bergerak. Jantungku berdebar kuat. Tanganku berpeluh-peluh. I'm so excited. Aku tidak menyangka akan berada di sini pada malam ini.
Oh my... The garden. Beautiful roses. Smells wonderful.
Taman siapa... John? Eh, real cerita dongeng tu? I thought urban legend sahaja.
Tiba-tiba air embun jatuh menyentuh dahiku. Sejuk. Dan, aku tersedar daripada lamunan. Aku melihat kiri dan kananku. Tiada yang berubah. Semuanya masih cantik. Magnificent.
Tetapi, dimana Stephen dan Steph?
Aku cuba bertenang. Keep calm, Melor. Aku yakin mereka berada berdekatan sahaja. Aku terus sahaja bergerak daripada satu bunga ke bunga yang lain. Sekali-sekala, aku dikejutkan dengan kehadiran patung-patung lama yang terselit di celahan pokok-pokok.
Akhirnya, aku duduk di bangku. Kakiku mula terasa lenguh. Alamak, ada luka sedikit. Mesti sebab aku meredah hutan memakai selipar sahaja. Okay ni, sikit je. Aku better duduk sahaja di sini sehingga Stephen dan Steph kembali. Bagaimana aku ingin kembali ke sekolah? Pukul berapa dah ni? Hatiku mula dijentik rasa takut. Aku mula gelisah.
Tiba-tiba...
Aku terdengar suara bercakap-cakap. Aku mencari-cari asal suara itu. Di celahan pokok aku ternampak kelibat mereka berdua. Eh, ada rumah.
Aku berdiri dan menyapu habuk yang mungkin melekat di seluarku. Sebenarnya, dah habit aku berbuat begitu setiap kali berdiri.
Aku cuba mengintai denai atau jalan menuju ke rumah tersebut. Ah, jalan ajelah. Asal sampai. Bukan jauh pun.
Semakin aku mendekati, semakin aku sedar. Rumah itu bukan sekadar rumah. Dan, bukan hanya mereka berdua ada di situ. Meriah. Rumah ini umpama sebuah istana lama di negara barat.
Sedang aku mengkagumi keindahan seni bina istana itu daripada kejauhan, aku dipeluk seseorang daripada belakang. Mulutku ditutup rapat. Aku tidak sempat menjerit.
"Melor, bangun"
Aku terasa lenganku disentuh seseorang dengan kuat. Aku cuba membuka mata untuk melihat siapa.
"Bangunlah Melor! Lama sangat dan saya kejut awak ni. Kenapa awak mengantuk sangat ni?" Sambil jari gebu Rose menunjal lenganku.
"Aku kat mana?" Aku blur sekejap. Bukan tadi aku dipeluk seseorang dan mulutku ditutup rapat. Bukan ke tadi aku berada di taman?
"Awak atas katil awak la" balas Rose bersahaja as if tiada apa-apa yang berlaku padaku. "Bangun dan mandi. Dah 6.30 pagi ni. I'll wait for you. Kita breakfast sama-sama"
Aku capai tuala, dan menuju ke arah bilik mandi. Kepalaku sedikit pening. Apa-pun, mandi dahulu. Nanti bising pula Rose menunggu.
Sejuknya air ni...
"Aduh, sakitnya!" Aku berteriak kecil. Kaki aku terasa pedih sebaik air sabun menyentuhnya. Aku cuba membelek kakiku mencari punca rasa pedih. "Oh my... Inikan luka semalam? Aku dimana sebenarnya semalam? Siapa yang bawa aku pulang? Apa yang terjadi sebenarnya?"
Kepalaku semakin sakit. Aku mula terasa seperti dunia ini berpusing upside down. Aku gagahkan diri untuk bersihkan baki sabun di badan dan cepat-cepat keluar.
"Melor, awak nampak tak sihat. Awak boleh ke kelas tak hari ni?" Pantas Rose menyambut tanganku dan menyentuh dahiku. "Eh, panas badan awak ni. Saya beritahu warden, ya. Awak tunggu sini"
Aku hanya mampu mengangguk dan bersiap sekadarnya. Aku kembali baring di atas katil. Aku cuba pejamkan mata dan cuba sedaya upaya untuk mengingati peristiwa semalam. Nothing good come to me. Bertambah sakit kepala adalah.
Aku sedar kembali apabila warden tiba dan memintaku untuk menelan sebiji pil paracetamol.
"Melor tak boleh duduk di dorm sendirian, ya. Melor rehat di sick bay. Mudah untuk cikgu-cikgu pantau. Kalau sakit makin melarat, kami bawak ke hospital" lembut tutur kata warden Hayati.
"Melor okay cikgu. Cuma Melor perlu rehat. Sick bay is good enough"
"Bagus. Jom saya bawa awak ke sana. Rose tolong bawakan sepasang baju dan sehelai towel untuk Melor in case dia perlukan di sana nanti"
Kesian Melor, kan? Realiti atau fantasi?
Share this novel