Series
1489
"Awak pergi mana petang tadi. Sit here. Tell us everything" arah Dahlia sambil menyuruh aku duduk di katilnya. Rose juga join sama.
"Begini... Sejak hari pertama, aku asyik terserempak seorang pelajar lelaki. Yang aku hairan, semasa Treasure Hunt tadi, dia ada berhampiran semasa kumpulan aku tiba di anak sungai sana. Cuma, dia cepat menghilangkan diri. Aku tak sempat tanya namanya"
"Habis, tengahari tadi awak cuba mencari dia? Handsome tak?" tanya Rose.
"Rose! Soalan kau kan..."
"Melor, pipi awak kemerahan. Handsome la tu" usik Rose.
Mataku ke atas. Benci betul la. Mudah sangat ke nak meneka perasaan aku.
"Handsome ke tak bergantung kepada mata yang melihat. Tapi, aku rasa not bad. Cuma aku pelik. Dari mana ntah dia datang. Dia tak pernah ada semasa kita berhimpun, atau di dewan makan. Senior kot" aku sekadar membuat andaian.
"Ish, pelik juga tu. Ntah-ntah serial killer" Dahlia menakut-nakutkan aku.
"Ish, mengarut la kau" aku menepis tangan Dahlia yang menggayakan gaya seriel killer.
"Awak nak dengar satu cerita? Someone told me that seniors told her a story or should I say the urban legend about this school." kata Dahlia dengan muka yang berkerut seperti ceritanya sangat serius.
Kami juga terikut berkerut.
"Saya tahu, mesti cerita hantu melompat daripada almari ke almari lain mencari siapa yang belum tidur, kan? Cliche. Nope, I don't want to hear that" kata Rose sambil menggelengkan kepala. Aku hanya tergelak. Yup, memang selalu sangat cerita itu diulang.
"Ala, why I've never heard any of those? How come you know that?" tanya Dahlia sambil pura-pura merajuk.
"Sebab... Awak tu bukan dibesarkan di sini" balas Rose.
"La yeke? Patutlah lain macam kau punya Bahasa Melayu. Kau membesar di negara mana Dahlia?" tanya aku penuh minat.
"Hey, tonight is not about me, but you Melor. You're supposed to tell us details of your meeting today. But, I answer that one. Saya membesar di merata tempat all over the world. Ayah saya sentiasa berpindah daripada satu negara ke satu negara. Mostly in Europe countries. But, my mom makes sure that I know to speak Bahasa. She keeps on reminding me of our root" itulah serba ringkas background si Dahlia.
"Kau Rose?" aku berpaling ke arah Rose sambil menarik bantal Dahlia di atas katil dan memeluknya.
"Saya? Lain kali, ya. Apabila saya sudah bersedia" tolak Rose.
"Alright. No worry"
"But, I have another story from her as well"
Aku mendakap kemas bantal Dahlia sedang dia memperbetulkan kedudukannya di atas kerusi. Rose bangun mencari bantalnya sendiri.
"Lights off" serentak kami berpaling melihat senior datang membuat pengumuman, dan terus menutup lampu. Terkebil-kebil mata kami dalam gelap cuba untuk adjust kepada kepekatan malam.
Dalam gelap-gelap disimbahi cahaya samar lampu kalimantang koridor, Dahlia meneruskan ceritanya.
"Here it goes... Sekolah ini ditubuhkan dengan ihsan dan inisiatif tiga beradik pada suatu ketika dahulu. Lebih kurang 100 tahun yang lepas. Keutamaan mereka adalah pendidikan buat seluruh ahli keluarga mereka tanpa mengira perbezaan jantina"
"Mereka bertiga menjadikan ini sebagai satu tradisi keluarga. Dan, sebagai satu syarat untuk mewarisi harta mereka. Sebenarnya, mereka ingin memastikan kesemua keturunan mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya"
"Tradisi ini berlangsung selama beberapa tahun dengan jayanya. Sehinggalah peperangan melanda Tanah Melayu. Tentera Jepun membunuh rakyat tempatan tanpa belas kasihan"
Muka Dahlia kelihatan sedih dengan pencerobohan Tengera Jepun pada masa itu. Mungkin dia sedang membayangkan kekejaman yang mereka lakukan. Ya, sejarah banyak menceritakannya.
"Tiga beradik ini menyuruh seluruh ahli keluarga mereka mendapatkan perlindungan di dalam kawasan sekolah ini. Segala keperluan dilengkapkan dengan kadar segera. Mereka memberi pesan agar tiada sesiapa yang meninggalkan compound sekolah ini"
"Mereka bertiga menghilangkan diri beberapa hari lamanya"
"Do you want to know where were they going? This is the scary and mysterious part of the story"
Rose perlahan-lahan menutup mukanya menggunakan bantal. Aku pula sungguh tekun mendengar kisah Dahlia sehinggap ternganga mulutku.
"Mereka mendaki bukit di belakang sekolah ini, where the 'unseen' live, and asked a favour from the 'unseen' to cover or hide the entire school compund including the hostel from the eyes of Japanese soldier dan juga orang kampung sehingga negara ini aman kembali"
"Wow! Macam cerita dongeng, kan?" kataku.
"And the 'unseen' asked something in return. Setiap 20 tahun, akan ada seorang korban dipilih daripada kalangan keluarga tiga beradik ini. Jika korban melawan, mereka tidak akan selamat. Tragedy will befall upon them. Jika korban patuh, mereka tidak akan kembali. Nobody knows where they were going. Pencarian pernah dijalankan, tetapi hampa. Seolah-olah mereka hilang tanpa kesan" sambung Rose dengan suara yang berbaur kebencian. Matanya mengecil seperti kemarahan.
Aku tidak pernah melihat Rose begini. Rose yang comel dan chubby seperti menyimpan suatu cerita dan dendam yang mendalam.
"Rose" aku cuba menyentuh lengan Rose.
"Takutnya!" tetiba Rose menjerit perlahan, bimbang pelajar lain terjaga daripada tidur.
Air muka Rose kembali kepada asal. Rose yang aku kenal dua tiga hari ini. Secara jujurnya, aku takut melihat Rose sebentar tadi.
"Rose, how did you know the whole story? Better than the version I've heard" tanya Dahlia yang kelihatan terkesima dengan cerita Rose. Aku yakin, Dahlia sama terkejut dengan aku melihat Rose bercerita.
"Atuk saya cerita" balas Rose ringkas dan terus bangun untuk kembali ke katilnya sendiri.
"Night Dahlia" aku juga berlari anak mengekor Rose.
Dalam cubaan aku untuk melelapkan mata, aku bingkas bangun. Eh, tahun ini dah tahun 2020. Betul ke cerita tadi? Siapa tiga beradik tu? Betul ke akan ada yang dikorbankan? Bila next 20 tahun?
"Melor"
Aku terdengar namaku dibisik seseorang.
Tanpa memandang kiri dan kanan, aku terus masuk kembali di dalam selimut.
Share this novel