Series
1489
Satu jentikan kuat di dahi menyedarkan aku yang panik.
"Aduh, it hurts!" Cepat-cepat aku menggosok dahiku agar hilang rasa sakit dijentik. Okay, at least, hilang sekejap rasa panik.
"Nonsense! What a chosen one?" Tanya Harry sambil mengerutkan dahinya. Matanya juga terkebil-kebil memandangku.
"And, why would I choose you?" Harry tersenyum sinis. Menyindir agaknya.
Ouch, hatiku terhiris. Yalah, kan? Apa bodoh sangat aku perasan aku insan terpilih. Apa yang ada pada aku? Cerdik memang tak disangkal. Cantik tu adalah sikit.
"Haha" tiba-tiba Harry tergelak.
Okay, fine. Aku lupa dia boleh baca fikiranku. Aku cantik apa? Getus hatiku sambil aku menjeling tajam pada Harry.
"You want to come with me, or not?"
"But... But..." Tergagap-gagap aku cuba mencari alasan untuk tidak mengekori Harry. Mummy, Daddy... Melor nak balik...
"No but! Ikut aku"
Tanpa menunggu aku menjawab atau bertindak, Harry menarik tanganku dan memaksa aku mengikutinya. Nak, tak nak, terpaksalah aku mengheret kakiku walaupun terasa berat.
Perjalanan kami menuju ke dalam hutan rimba terasa jauh. Mungkin disebabkan aku yang sengaja melambat-lambatkan langkahku. Tetapi, Harry sedikit pun tidak menunjukkan riak marah atau tidak puas hati. Bersungguh benar dia nak aku mengikutnya. Sikit pun tidak dilepaskan genggaman tanganku.
Akhirnya, kami berdua kembali ke taman itu. Tidak kira siang atau malam, taman itu tetap kelihatan memukau. Haruman bunga-bunga yang ada di situ melewati hidungku. Aku menyedut harumannya sedalamnya dan sepuasnya. Resahku hilang. Aku lebih tenang dan Harry melepaskan tanganku. Terasa kebas jari jemariku digenggam Harry. Aku menggoyangkan tanganku agar segera hilang rasa kebas.
"Kau nak melawat rumah di sana tu, kan? Jom, aku bawakan. Let me introduce you to the owner of the house" kata Harry sambil mengatur langkah menuju mahligai itu.
"Itu bukan rumah. Itu mahligai" kataku. "Siapa tinggal di situ? Adakah mereka satu-satunya penghuni hutan rimba ini?"
Harry tersenyum "Mahligai? Haha!"
"Yes, a mansion, indeed. There are many houses here, actually. I guess around 100 houses. Dan, rumah yang kau nampak pada malam itu merupakan rumah pertama yang akan dilihat apabila memasuki kawasan ini" Harry menerangkan serba ringkas perihal penduduk di situ.
"100 houses? Whoa! Banyak gila"
"Mana penduduknya? Aku tak nampak pun sesiapa keluar masuk daripada sini" aku membuat gaya mengintai sana sini. Yang aku nampak hanyalah bunga-bunga yang banyak yang menghiasi taman ini. Dan, di sebalik taman ini, terdapat hutan rimba yang menghijau. Seperti tidak pernah diusik pembangunan yang pesat yang ada di luar sana. Sekali lagi aku menghidu sedalamnya bau bunga yang mekar mewangi. Luar biasa kuat baunya.
"Aduh!" Sekali lagi dahi aku dijentik kuat oleh Harry.
"Wah, bukan main dia. Tersedut lebah masuk hidung tu, siapa yang susah? Macam tak pernah jumpa bunga. You wanna go or not?" Soal Harry.
"But, Harry... How on earth there are people live here in the middle of jungle? Aku tidak nampak sebarang jalan untuk memasuki kawasan ini. Are they humans? Are you really "the unseen"?" Aku menutup mulutku seraya berkata begitu. "Opps!"
"Kau tidak langsung menafikan" aku memandang Harry.
Harry memalingkan wajahnya. Matanya tajam melihat ke arah mahligai itu.
"Let's go. Follow me. We have about an hour before your parents arrive" sekali lagi Harry menangkap tanganku dan menarik aku menurutinya.
"My parents? How do you know?"
Harry tidak menghiraukan aku tetapi terus sahaja melangkah. "Let's meet my grandpa John" katanya bernada girang sahaja.
"John? Macam pernah dengar je nama ni. Dimana, ya?" Fikirku.
Langkah Harry semakin pantas. Termengah-mengah aku cuba menyamai langkah Harry. Berpeluh-peluh satu badan.
Tiba-tiba sahaja kami telah sampai ke perkarangan mahligai tersebut. Ada water fountain di bulatan hadapan rumah. Nampak nyaman sahaja airnya. Geram je rasa nak celup tangan di situ merasai sejuk airnya. Jalan memasuki ke mahligai ini dihampari batu kerikil halus. Derapan kaki kami semakin kuat dan jelas apabila memijak batu kerikil ini.
Aku melihat di sekitarnya. Tiada sesiapa di luar pada waktu ini. Harry menghampiri pintu utama. Door knockers yang besar dan kelihatan usang menghiasai kedua daun pintu utama. Aku agak door knockers ini diperbuat daripada tembaga. Rekaannya agak menyeramkan iaitu kepala seekor singa. Harry langsung tidak teragak mengangkat door knocker tersebut dan mengetuk sekuatnya.
"Fuh, kuat sungguh bunyinya" kataku sambil mengurut dada. Tidak kusangka sekuat itu bunyinya.
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran seseorang berjalan menghampiri pintu daripada dalam.
"Krikkk" berkeriut bunyi pintu itu dibuka. Perlahan tetapi steady sahaja pintu itu ditarik. Berdebar-debar dadaku. Tidak pasti apa harus aku katakan pada tuan rumah. Bukan salah aku andai tersalah kata. Harry yang tiba-tiba memutuskan untuk membawa aku menemui atuknya.
Seorang lelaki tua yang tidak kurang tingginya seperti Harry kelihatan di sebalik pintu tersebut. Putih dan pucat. Exactly like Harry. Something yang aku perasan mengenai beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan Harry. Dia langsung tidak berasa pelik melihatku. Gayanya seperti sudah menjangkakan kehadiran aku pada hari ini. Dia tersenyum melihatku yang kaget.
"Hello, sir. I am Melor. Harry's student" ucapku sambil tersenyum melihatnya. Itu sahaja yang terbaik dapat aku fikirkan. Aku menjeling ke arah Harry. Dia hanya ketawa kecil melihatku.
"Hi, Melor. Nah, don't call me sir. Call me Grandpa John" Grandpa John mendepakan tangannya dan memberi signal untuk aku masuk ke dalam mahligai tersebut.
"No, grandpa. Not today. I just want you to meet her. But, we're in hurry. Melor's parents are coming soon" Harry menahan aku daripada masuk.
"Really? I just asked Vanilla to prepare a tea for her" Grandpa John menjawab dan terdengar sedikit kecewa. "With cupcakes" Grandpa John mengenyitkan matanya ke arahku. "You love cupcake, don't you?"
Bersinar-sinar mataku mendengar cupcakes. Memang kegemaranku. Aku memandang Harry dengan muka kasihan mengharap belas ehsan Harry untuk membenarkan aku masuk dan merasa sedikit cupcakes.
"I'll bring her again next time. I promise" Harry meletakkan tangannya di dada tanda berjanji.
"Wait here. I asked Vanilla to pack cupcakes for Melor" Grandpa John berlalu masuk ke dalam.
"Yay!" Jeritku gembira.
"Really? Are you for real?" Harry mengejek. "You worried about your parents coming just now. And with cupcakes, you forget all about them?"
"Ala... Grandpa John yang nak bagi. Aku tak minta, kan, kan?"
"By the way, siapa lagi yang tinggal di rumah sebesar ini?" Aku bergerak ke belakang beberapa langkah untuk menikmati keindahan seluruh mahligai ini. Rekaannya sangat aneh jika dibandingkan dengan perkampungan yang sedia ada diluar sana. Seperti bukan daripada bumi Malaysia.
"Here are your cupcakes" suara Grandpa John mematikan lamunan aku.
Sorry lambat update. Betul-betul ketandusan idea disebabkan sibuk bekerja. Thank you for waiting.
Share this novel