Bab 3

Fantasy Series 1489

Semasa makan malam, aku lihat sedikit sahaja pelajar yang ada di sekolah ini. Aku, Rose dan Dahlia saling berpandangan kehairanan melihat bilangan pelajar yang ada di dewan makan ini.

"Sikitnya students? I thought ada dalam 400 students? Ini macam tak sampai separuh" tanya Dahlia.

"Eh, aku perasan tadi, dalam dorm pun ada dalam sepuluh orang je kan? Dan, macam kau, keseorangan dalam cubicle. At least, aku ada Rose"

"Nasib baik saya ada Melor. Peliknya sekolah ni. Tak kisahlah. Jom kita makan dulu. Atuk kata makanan di sini sedap" ajak Rose. Dia dah menggosok perut kelaparan.

"Kau tiada lain ya Rose? Daripada tadi aku dengar kau kata lapar" saja aku mengusik Rose.

"Awak pun sama kan?" Rose menjeling manja.

"Hahaha! Yalah, lapar kot selepas mummy dan daddy balik tadi"

Wow! Aku tak sangka makanan di asrama memang sedap seperti yang dikata atuk Rose. Macamana atuk Rose tahu? Musykil pulak aku memikirkannya. Eh, Rose pun macam aku ke? Datang belajar sini atas dasar tradisi keluarga. Aku kena korek cerita Rose ni.

Kami bertiga makan dengan penuh berselera, tambahan pula menahan lapar daripada petang tadi.

Dewan makan lelaki dan perempuan sama . Kaunter sahaja berbeza, kami hanya diasingkan dengan jarak. Tetapi, itu tidak menghalang aku untuk mengintai pelajar lelaki di meja sebelah sana. Bilangan pelajar lelaki juga tidak ramai lebih kurang sahaja kami semuanya.

Sambil-sambil itu, aku cuba mencari pelajar lelaki yang aku nampak petang tadi. Langsung tidak nampak kelibat si dia. Entah mengapa, aku rasa pelik melihatnya sendirian petang tadi. Maybe dia saja membuang masa di situ selepas parents dia balik.

Aku juga seperti teringat pengetua ada berkata sesuatu berkenaan pelajar, tetapi aku lupa. Yang aku ingat, pelajar baru akan ditemani pelajar senior daripada Badan Pengawas Sekolah. Entah siapa senior , siapa pelajar baru. Semua yang ada di sini kelihatan sama padaku.

"Tadi pengetua pesan, tidur awal, esok baru mula minggu orientasi." kata Rose sambil menghabiskan makanannya.

"Ala, takkan nak tidur terus? Boringnya. Kau bawak tab tak, handphone ke at least? Jomlah layan movie ke apa. Mummy aku tak bagi bawak. Dia ambil dan simpan petang tadi sebelum balik"

"Bawak... Masalahnya, mana ada internet connection. Saya dah check tadi. Kenapalah saya kena datang belajar sini. I miss my friends" balas Dahlia dengan muka yang monyok.

Dahlia juga seperti terpaksa datang belajar di sini. Lagi pelik, bahasa melayu Dahlia sedikit pelat. Maybe Dahlia bukan membesar di sini.

"Really? OMG, mati kebosanan la" terkejut sungguh aku mendengar kata Dahlia yang di sini tiada internet connection. Bagaimana kami nak connect to outside world? At least dapat layan Novelplus atau dah cukup baik. Tapi... mana aku ada handphone...

"Tidur ajelah" balas Rose sambil menunjal dahiku menggunakan hujung jari telunjuknya semasa bangun untuk meletakkan tray makanan ke dalam tong yang disediakan. Aku dan Dahlia ikut bangun sambil memegang tray dan gelas masing-masing.

Perjalanan daripada dewan makan menuju ke asrama mengambil masa lebih kurang 5 minit. Suasananya gelap dan sunyi. Lampu yang ada memberi cahaya yang samar-samar sahaja. Sesekali terdengar bunyi cengkerik daripada hutan sebelah. Kami bertiga berjalan beriringan sambil memeluk lengan satu sama-lain.

"Creepy kan sini" kata Dahlia sambil matanya meliar memerhati sekeliling.

"Ssshhh... atuk saya pesan, jaga kata dan jaga tingkah laku di sini. Ada yang memerhati" bersahaja sahaja gaya Rose menyampaikan pesan atuknya.

"Menarik nasihat tu" aku yang berada di tengah, memeluk kuat lengan mereka dan terus mengheret keduanya menaiki anak tangga cepat-cepat. Aku pun takut sebenarnya.

Sekitar pukul 12 tengah malam, aku terkelip-kelip memandang Rose yang tidur dengan lenanya. Seolah-olah tiada beza tidur di rumah dan di asrama. Sungguh beruntung budak comel ni.

Kerana langsung tak dapat melelapkan mata, aku duduk bersila di atas katil. Tengah aku mengelamun, aku seperti terdengar suara seseorang memanggil namaku seperti berbisik "Melor"

Segera aku berpaling mencari suara tersebut, tiada sesiapa. Tetapi, aku perasan ada kelibat hitam bergerak di luar tingkap.

Aku tersentak. Segera aku mendekati tingkap nako itu. Aku menolaknya sedikit supaya ada bukaan untuk mengintai. Tiada sesiapa.

Perasaan akukah?

Cepat-cepat aku menekan kembali tingkap untuk menutupnya.

"Melor"

Eh?! Siapalah pulak...

Terus aku mendekati Rose dan menyorok di dalam selimut. Menutup telingaku dan memejamkan mata serapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience