Bab 16

Fantasy Series 1489

"Hahaha"

"Opps! Sshhh nanti Melor terbangun"

Dah terlambat. Aku dah terjaga. Bukan main kuat suara mereka berdua bergelak ketawa. Aku tidak pasti berapa lama mereka telah berada di sini.

"Alamak, she's awake!" kata Dahlia sambil menutup mulutnya. Matanya membulat melihatku cuba untuk duduk. Cepat-cepat Dahlia dan Rose, yang tadinya duduk di salah sebuah katil yang ada, berdiri untuk membantu aku memperbetulkan kedudukanku.

Aku melihat mereka daripada atas sehingga ke bawah. Daripada pakaian Rose dan Dahlia, aku meneka waktu sekarang telah memasuki pukul 3 petang kerana mereka seperti sudah bersiap untuk menghadiri kelas prep di waktu petang. "Lamanya aku tidur?" Ujar aku sendiri. Jari jemariku mula mengira berapa jam aku tertidur.

"Amboi tuan puteri Snow White, nak kena cium dengan putera raja baru mahu bangun, ya?" Usik Rose sambil jarinya mencubit daguku, dan memusingkannya ke kiri kanan. Geram benar nampaknya Rose pada aku ni.

"Yalah, kan? Kita datang jenguk dia sebelum ke kelas prep tadi, langsung dia tak bangun. Kan, kan?" ujar Dahlia sambil tersenyum simpul. Jari jemari halus Dahlia tidak berhenti memulas-mulas hujung rambutnya sendiri.

Aku merenung tajam mereka berdua. Aku melihat Rose, dan kemudiannya melihat Dahlia. Tersenyum-senyum mereka berdua.

"Apa maksud kamu berdua sebelum ke kelas prep? Bukan baru nak pergi ke ni? Sekarang pukul berapa?" Tanyaku bertalu-talu. Pelik. Terasa seperti baru sejam dua sahaja aku tertidur. Aku tidak dapat menganggar waktu begitu sahaja kerana aku tidak dapat melihat ke luar tingkap. Bilik sick bay dilengkapi penyaman udara dan tingkapnya dilapisi langsir yang tebal dan berat.

"Ampunkan patik, tuan puteri. Kami berdua sudah habis kelas prep petang. Sekarang sudah masuk pukul 5 petang. Kami diamanahkan oleh putera raja untuk menunggu sehingga tuan puteri bangun dan menemani tuan puteri berangkat pulang ke istana dorm yang luas dan besar di sana itu" balas si Rose sambil menahan ketawa. Merah padam mukanya.

Dahlia sudah terduduk ketawa tidak berhenti. Nasib baik mereka berdua berbaju kurung hari ini. Masih terkawal ketawanya tu. Kalau tidak, aku rasa lama dah Dahlia dan Rose berguling-guling atas lantai tu.

Lucu agaknya melihat aku kebingungan.

"Putera raja? Siapa?"

"Sorry, Melor. Give us a minute to calm down" kata Dahlia sambil tangannya mengesat air mata yang keluar kerana menahan tawa.

"Inhale, exhale, inhale, exhale" kata mereka berdua sambil memegang kedua-dua bahu satu sama lain di dalam cubaan untuk menenangkan diri.

"Okay, we're good now" tangan si Dahlia masih lagi mengesat matanya. Rose juga begitu. Merah padam muka mereka berdua.

"Eloklah tu. You two tak perlu beriadah dah petang ni. Dah cukup exercise muka gelakkan aku tak berhenti. Cuba tarik nafas dalam-dalam lagi sekali. Lepas tu, cerita kat aku apa yang kelakar sangat" aku sengaja buat-buat merajuk untuk memancing mereka supaya segera bercerita apa hal sedang berlaku sebenarnya.

"Ala-ala sayang bucuk, jangan merajuk. Nanti putera raja lari"

Sudah... berderai lagi sekali ketawa mereka berdua.

Malas melayan mereka, aku segera bangkit daripada katil dan turun mencapai baju tambahan yang dibawa Rose pagi tadi dan bersiap untuk kembali ke dorm. Makanan berbungkus yang diletakkan di atas meja pun aku bawa sekali. Terasa lapar pula.

Mereka masih lagi ketawa tidak berhenti. Aku terus sahaja membuka pintu. Malas layan, malas tunggu. I guess, I am fine now. Cukup tidur dah agaknya, or maybe terlebih tidur dah ni.

"Tunggu kami, Melor. Sorry, we just can't control ourselves. We thought both of you are so sweet together. The way he looked at you before he left... So much love. We can feel that. Right, Rose?" Kata Dahlia sambil merangkul bahuku. Rose datang on the other side dan memeluk lenganku.

I'm blessed to have them here with me. Memanglah mereka berdua ni annoying kadangkala, tapi bersama mereka berdua sangat menyenangkan. At least, tak teruk homesick rindu mummy and daddy.

"Siapa putera raja tu?" Aku berkeras ingin tahu.

"Let's go sit there" ajak Dahlia sambil mengheret kami berdua ke arah sebuah bangku di bawah pokok di tepi bangunan asrama. Teduh di situ.

"Begini..."

Akhirnya...

"Semasa kami berdua singgah melawat Melor sebelum ke kelas prep dalam pukul 2.45 petang gitu, kami dapati pintu bilik Melor terbuka sedikit. So, kami tak terus masuk tetapi kami berdua mengintai melalui celahan pintu untuk melihat siapa yang melawat Melor."

"Then, we were so surprised to see your prince charming was sitting next to you, we guessed he was waiting for you to get up. Rasanya sebab nak teman Melor makan tengahari."

"Lama tau kami mengintai, he was so setia waiting by your side. Kebetulan kami berdua pun dah turun lambat dan nak berkejar ke kelas prep petang, kami tak jadi masuk. We believe that you were in good hands"

Silih berganti Rose dan Dahlia bercerita.

"Kami ingatkan dia akan tunggu sekejap sahaja, but then, apabila kami singgah lagi selepas keluar daripada kelas petang tadi, he was still there beside you. Tapi dia dah tertidur di atas kerusi. Kepalanya direhatkan di atas katil, berbantalkan lengan disebelah Melor. Kasihan, kan?" Beriya sungguh Dahlia bercerita dengan memek muka yang macam-macam. Elok pula si Rose mengangguk mengiyakan apa sahaja cerita Dahlia.

"So, kami masuk perlahan-lahan. Kami perhati sahaja kamu berdua tidur. Ritma pernafasan pun seiring. Sweet sangat. Tak sampai hati kami nak kejut. Tapi, memandangkan dah petang, kami kuatkan semangat dan kejutkan Teacher Harry"

"Apalagi, menggelabah la dia bangun, kan, kan Dahlia? You notice or not?"

"A'ah. Of course la perasan. Tapi sempat dia cover. Then, dia pesan untuk tunggu sehingga Melor bangun dan teman Melor balik ke dorm. Bahaya bermalam sendirian tidak berteman di situ. Kata Teacher Harry, lah"

"Entah-entah, dia la yang bahaya tu"

Ha ha ha... Berderai lagi ketawa mereka berdua. Seronok betul berimaginasi yang bukan-bukan. Let them be. Bukan selalu, kan.

Akhirnya, kami semua terdiam. Tawa mereka tadi hilang dibawa angin petang. Kami bertiga duduk sahaja di bangku melihat langit yang semakin kemerahan. Sunyi itu menenangkan. Dari kejauhan, aku nampak ramai pelajar telah mula beransur pulang daripada aktiviti riadah masing-masing. Ada yang berpegangan tangan, ada yang bersendirian, dan ada yang seperti kami bertiga... Memilih untuk duduk sebentar menikmati senja.

Aku tahu, tidak elok berlama-lama di luar di waktu senja. Namun, aku ingin mencuri sedikit masa merasai damai petang.

Aku menarik nafas sedalamnya, dan menghembus perlahan-lahan. Rose dan Dahlia juga mengajuk perlakuanku.

Mereka telah mula berdiri dan menarik tanganku. Aku menggelengkan kepala. "Give me a minute, aku nak berehat sekejap di sini. You girls go ahead. Don't wait for me" Aku tahu Rose dah mula kelaparan dan mahu ke dewan makan. Makananku petang tadi masih belum terusik. Aku bercadang untuk makan sendirian di sini sahaja.

"Melor hutang kami sesuatu, tau. Melor mesti cerita kenapa tiba-tiba demam" kata Rose sambil berlalu pergi.

Rose mesti berasa pelik kenapa aku tiba-tiba sahaja tidak sihat, sedangkan malam sebelumnya aku baik-baik sahaja. Like any other days.

Aku kekal di bangku. Suasana di sini mudah beransur gelap kerana dikelilingi pokok-pokok hijau merimbun. Adakalanya, keheningan ini disulam dengan bunyi fauna dan serangga yang menghuni hutan di sekitar sini.

Tanpa berlengah, aku membuka bungkusan makanan yang dibawa balik tadi.

"Hi there, eating alone?" Aku berpaling mencari punca suara.

Tidak ada sesiapa.

"Look to your left"

Segera aku memusingkan kepala ke kiri. Hah, Steph! Steph hanya melambaikan tangan.

"We're sorry. Take care. See you soon"

Sekelip mata Steph menghilangkan diri.

Aku tidak bermimpi. Semua yang terjadi adalah benar. Aku mesti mencari Harry untuk penjelasan.

Sabar Melor, you'll have your chance to ask Harry soon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience