Series
1489
Cuti pertengahan tahun telah tiba...
Tidak tergambar perasaan gembira aku ingin menemui mummy dan daddy. Rindunya. Berhubung melalui telefon tidak cukup menghilangkan rasa rindu yang sarat terbendung di dada. Mereka berjanji akan datang menjemputku sekitar pukul 4 petang.
Aku melihat jam di tangan. Sekarang baru pukul 11 pagi. Aku masih mempunyai waktu yang panjang untuk mengemas dan berehat sebelum pulang. It's me time!
Rose dan Dahlia telah lama pulang, seawal 8 atau 9 pagi. Dahlia hanya dijemput pemandu untuk dihantar ke airport. Dahlia akan terus mengambil penerbangan antarabangsa untuk menemui kedua ibu bapanya. Lama kami berpelukan sebelum berpisah. We hope to see each other again after 3 weeks break. Who knows what will happen within that period. Aku tak pasti siapa yang menjemput Rose. Rose juga tidak memberitahu kami. But, she looked happy to go home. That's all that matters.
Aku melihat sekelilingku. Masih ada beberapa roommate yang sepertiku. Ada yang hanya baring-baring di katil membaca novel. Ada yang memilih untuk tidur sahaja. Ada yang masih mengemas. Peluang begini bukan selalu tiba. Kebiasaannya, ada sahaja aktiviti yang perlu dilakukan. Hampir setiap hari berkejaran ke sana ke mari.
Aku melemparkan pandanganku keluar tingkap nako yang telah aku buka seluasnya. Aku suka begitu. Rasa lebih sejuk dan segar.
Sejak kejadian itu, tiada lagi suara-suara yang memanggilku di waktu malam. Tiada lagi kejadian yang aneh. Harry juga seperti sibuk dengan tugasan harian. Kami seperti terlupa kejadian pada malam itu pernah berlaku.
Rose dan Dahlia juga begitu memahami dan tidak memaksa aku untuk bercerita punca aku jatuh sakit secara tiba-tiba.
Lama aku termenung memandang keluar.
"Melor, come outside"
Aku terdengar namaku dipanggil. Aku mengintai melalui tingkap. Eh, Harry. Dia melambai-lambai daripada kejauhan. Nun di luar sana.
"Sekejap" balasku perlahan. Aku tahu dia tahu.
Aku menghabiskan sedikit lagi pakaian dan buku yang hendak dibawa balik, dan membiarkan Harry terus sahaja menunggu di sana sekejap. Semuanya telah dimasukkan ke dalam beg. Beg sandang telah diperiksa. Semua lengkap. Tak perlu bawa balik banyak pun. Tiga minggu sahaja cuti. Cukuplah ni. Aku masukkan beg ke dalam locker. Kunci pintunya.
Terus sahaja aku berlari-lari anak menuju ke tempat Harry menunggu.
"Hei, lama kita tak berbual-bual, kan? Jumpa pun, sekadar berselisih bahu sahaja" Kataku termengah-mengah.
"Tarik nafas dahulu. Take your time"
"Come here, sit down next to me"
Aku menurut sahaja. Tetapi, tiba-tiba sahaja aku terfikir, tidakkah akan menjadi bualan pelajar lain melihat kami berdua sahaja di sini? Kan tidak molek tu. Serba salah pula rasanya. Aku cuba menjarakkan diri sedikit. Setelah berada di sekolah ini beberapa bulan, aku tahu apa topik yang menjadi bahan perbualan rakan-rakan yang lain. Antaranya, Teacher Harry. How charming and handsome he is... Uwek, nak muntah pula aku. Dan, aku tidak ingin menjadi salah satu topik perbualan mereka.
"What did you say?" tanya Harry sambil mengerutkan wajahnya.
Dia tak faham la tu. "Tak ada apalah. Erm... Kenapa panggil aku keluar? Nak bagi buah tangan buat balik rumah ke?" Sengaja aku menukar topik. Aku cuba berlagak biasa.
"Aku nak minta maaf for what happened to you last time. I was supposed to look after you, instead you went missing that night unnoticed. Nasib baik aku cepat menemui kau malam itu" wajah Harry menunjukkan sedikit kekesalan di atas apa yang berlaku pada malam itu.
"Eh, kenapa kau yang minta maaf? Aku okay je malam tu. Cuma tak faham kenapa tak bagi aku mendekati rumah tu? Teringin nak masuk tengok dalam rumah tu, tau" kataku sambil kaki menguis dedaunan yang berselerakan di atas tanah.
"Jom, ikut aku. Kau mesti tertanya-tanya, kan. Dimana kau sebenarnya malam itu? Let me show you the route you take that night. But, it won't be the same during daytime"
Eh, mestilah. Pantas aku berdiri dan menyapu seluarku daripada pasir dan habuk yang melekat. Tabiat aku. Aku segera menuruti langkah Harry. Memandangkan Harry lebih panjang langkahnya berbanding langkah aku, maka gaya aku berjalan tidak ubah seperti pelumba jalan kaki. Terkedek-kedek aku mengekorinya.
Okay, sekarang kami melalui belakang asrama. Itu dorm aku. Seingat aku, aku mengambil jalan ke kiri daripada pintu dorm, dan terus sahaja.
Kami terus sehingga menghampiri hujung pagar sekolah. Peliknya, ada pagar yang menghalang kami sekarang. Ada longkang. Dan, ada semak samun yang tebal di sebalik pagar.
"Ya, Melor. Halangan ini tidak bermakna bagi kami. Halangan ini hanyalah untuk mengelakkan manusia biasa mencerobohi kawasan kami sesuka hati" Harry meletakkan tangannya di atas pagar tersebut.
"Siapa 'kami'?" Aku memandang Harry kehairanan.
"Apa beza kau dan aku? Manusia biasa? Kau apa? Bukan manusia biasa?" Aku terbayangkan Harry sebagai watak superhero. Manusia dengan kuasa luar biasa.
Harry tersenyum.
Harry mengangkat tangannya dan mengusap rambutku. Dia masih tersenyum. Runcing betul jari jemarinya berbanding jari aku yang agak-agak gebu. Semakin galak pula dia mengusap rambutku.
"Harry?"
"Yes"
Aduhai, manisnya senyumanmu. Matamu. Ah, melalut aku ni.
"Letak tangan kau kat bawah. Habis berselerak rambut aku"
"Siapa 'kami'?" Aku mengulang soalan yang sama sambil jari jemariku meluruskan kembali rambutku.
Sedang asyik aku membetulkan rambutku yang kusut, Harry menarik lenganku. Badanku sedikit berganjak ke belakang. Dia masih menarik lenganku. Aku mengalah dan mula mengikutinya.
Tiba-tiba, aku terperasan "Eh, mana pagar? Mana longkang?"
Aku melihat kembali sekitarku.
"Kita kat mana? Eh, mana sekolah?" Terbeliak mataku melihat sekeliling.
Okay, tak kelakar. Mummy dan daddy nak datang ambil aku petang nanti.
"I'll send you back before they arrive, no worry. Or, you want me to call them and tell them you're with me?" Tanya Harry.
"What? Itu kerja gila namanya. Apalah yang mummy and daddy fikir anak dara tunggal dia buat dengan lelaki dalam hutan macam ni?" Sengaja aku jegilkan mataku pada Harry tanda protes.
"They know me" balas Harry bersahaja.
"They WHAT?" Terkejutnya aku dengan statement Harry yang bersahaja itu.
"Of course, la. I'm one of the teachers here, remember? Atau, kau anggap aku siapa?"
"A weirdo, duh" balas aku sambil menjeling.
"Seriuslah... Kita dimana sekarang ni?" Aku cuba untuk mendapatkan kepastian lagi sekali.
"Kau sanggup nak masuk longkang last time, dan kau sanggup ikut si Stephen dan Stephanie untuk ke sini. Now, kau persoalkan apabila aku bawa ke sini?" Harry menggeleng-gelengkan kepalanya. Harry menarik tangan aku "Jom, I'll show you around"
Aku merentap tanganku untuk melepaskannya daripada genggaman Harry. Harry terkejut dengan tindakan aku.
"Kau tak percayakan aku?" Harry nampak sedih dan maybe hatinya terhiris dengan tindakan aku yang tiba-tiba.
Yes, I feel safe being around him. I trust him wholeheartedly. But, not now. I need my personal space to process what he said just now.
Otakku ligat mengingati kesemua cerita-cerita dongeng mengenai sekolah ini. Ada aku ingat, ada aku lupa. Setiap lipatan memori aku selak untuk mencari logik di sebalik semua yang berlaku sekarang ini.
Aku teringat cerita Rose, atau Dahlia.. Ah, tidak kisahlah siapa yang bercerita...
"Who are you? Are you 'the unseen'? What do you mean that you are my guardian? Am I the chosen one?" Pantas sahaja mulutku bertanya tanpa sempat otak aku mempertimbangkan akibatnya.
Dear kipas-kipas Rahsia 'The Unseen', Jangan lupa komen atau rate ya. Thank you <3 p/s: Maybe akan ambil masa sedikit untuk sambungan selepas ini. Nak kena bertapa dahulu mencari ilham.
Share this novel