Bab 13

Fantasy Series 1489

"Melor"

Aku terdengar seperti namaku diseru seseorang dengan suara yang sangat perlahan. Aku terkaku di atas katilku. Aku cuba mengintai jam di tangan. 1 pagi.

Aku cuba memejamkan kembali mataku sekuatnya. Aku memaksa otakku mengira kambing biri-biri yang sedang melompat pagar di dalam otakku.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Lima.

"Enam" sahut suara itu.

"Alamak! Dia dapat baca fikiran aku. Dah kenapa semua orang di sini ada kebolehan membaca fikiran aku. Mereka bukan manusiakah?" kata-kata ini hanya berlegar di kotak mindaku sahaja.

"Melor"

Aku sudah tidak mampu menggerakkan anggota badanku. Aku semakin takut. Cepatlah aku tidur, pergilah kau, aku nak tidur.

"Melor, jom lepak"

Eh! Biasanya dia memanggil sahaja. Kali ini mengajak aku lepak pula.

"Lepak?"

"Jomlah!"

Aku terduduk di atas katil. Aku memandang sekitarku. Tiada sesiapa pun yang terjaga. Eh, dia memang baca fikiran akulah.

Suara itu masih memanggilku.

"Jom keluar"

Seperti dipukau, aku menyelak selimut dan menolaknya ke tepi. Aku memandang Rose di sebelah. Alahai, lena benar makcik ni tidur mengalahkan bayi kecil. "Patutkah aku mengejutkan Rose?"

"Jangan, kau seorang sahaja" suara itu melarangku mengejutkan Rose. Aku menarik kembali tanganku yang hampir sahaja memegang lengan Rose.

Kakiku perlahan menuruni katil. Aku lantas berdiri tegak di tepi katil. "Ah, sejuknya lantai ni"

Perlahan-lahan aku membuka pintu locker dan meraba-raba di dalam locker untuk mencari sweater. Aku tidak ingin kesejukan di luar sana. Aku masih berasa was-was tetapi hati kuat ingin mengikut suara itu. Aku menuju ke arah tandas dan mencapai selipar tandas.

"Jom" suara itu kedengaran lagi. Dekatnya bunyi itu seperti berada di sebelahku sahaja. Andai itu manusia biasa yang bersuara sedekat ini, pasti aku dapat merasakan hela nafasnya.

Aku memulakan langkah menuju ke pintu belakang dorm. Pintu ini boleh dibuka daripada dalam sahaja. Tidak seperti pintu hadapan yang kuncinya dipegang oleh ketua blok sahaja. Perlahan-lahan aku menolak selak pintu.

Otakku berkata jangan. Tetapi hatiku begitu kuat ingin menuruti ajakan itu.

"Tetapi, siapa ya?" tanganku berhenti serta-merta. Sudah separuh jalan aku menarik selak pintu tersebut.

"Keluar dahulu. Tak kenal, maka tak cinta" suara itu jelas kedengaran di telingaku.

"Eh! Mengada" hampir sahaja aku terjerit. Geram pula rasanya.

Aku melihat kebelakang. Aku memerhatikan rakan-rakanku di dalam gelap. Lena sungguh mereka tidur. Tiada sesiapa pun yang terjaga semasa aku cuba menarik selak pintu itu. Aneh.

Aku yakin, bukan rakan-rakanku yang menyeru namaku berulang kali.

"Maaf, kau siapa? Bagaimana kau tahu nama aku?" tanyaku perlahan. Kerana aku tahu, 'dia' mampu mendengarnya.

Tanganku masih memegang selak pintu. Aku masih di antara dua, buka atau kembali tidur.

"Bukalah dulu. Aku janji tidak akan mengapakan kau. Tiada sesiapa akan tahu kau menyelinap keluar malam ini. Sekejap je, I promise! Aku hantar kau balik nanti"

"Promise?"

"Iya, janji. Benar" sahut si pemilik suara di sebalik daun pintu.

Beberapa minggu telah berlalu setelah Teacher Harry menangkap tanganku semasa aku cuba untuk turun ke dalam longkang. Pelajar lama juga telah kembali memenuhi asrama.  Aku juga semakin sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar. Namun, keinginan aku untuk cuba melangkah keluar daripada pagar belakang itu masih belum padam.

"Ah, inilah peluangnya. Mungkin si dia boleh membawaku ke sana" bisikku perlahan sambil tanganku pantas menolak selak sepenuhnya.

Takut tetapi teruja.

Aku terpegun. Orangnya tinggi lampai. Iras Teacher Harry. Harry, kah? Aku cuba merenung di dalam gelap. Sukar untuk aku meneliti wajahnya begini.

"Aku bukan Harry. Kalau itu yang kau ingin tahu" balas lelaki misteri itu.

"Jangan risau. Kita bukan berdua. Jangan takut aku akan mengapakan kau. Kembarku ada bersama. Tu!" Sambil jari telunjuknya menunjuk ke satu arah.

"Aku Stephen, and she's Stephanie. Wanna join us for the adventure tonight? It'll be fun"

Aku seperti terpukau melihat mereka berdua. Siapa Teacher Harry dan mereka ini semua? Kenapa mereka ini semua sentiasa memerhatikan aku? Aku masih mengingati beberapa lelaki yang juga iras Teacher Harry yang memerhatikan aku sebelum aku ditangkap Teacher Harry semasa cuba untuk menuruni longkang.

Stephanie senyum melambai dan memanggil kami berdua mendekatinya. Aku mula mengatur langkah menuruti di belakang Stephen.

Stephanie menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Hai, saya Steph"

Aku menyambut tangan Steph, namun tersentak kerana tangannya sejuk. Sesejuk salju. Dia menyedari dan hanya tersenyum.

"Jom!"

Tanpa bertanyakan aku, mereka terus sahaja bergerak. Aku memandang ke belakang. Aku masih punya kesempatan untuk lari kembali ke dalam dorm. Tetapi, aku tidak ingin terlepas adventure yang disebut Stephen. Ah, ikut ajelah.

Di dalam kelam malam tanpa sebutir bintang di langit, aku pantas mengekori mereka.

Kemanakah Melor dibawa pada malam ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience