Series
1489
Aku cuba untuk tidur. Puas aku berpusing kiri dan kanan. "Argh!" aku menjerit geram, lantas cuba untuk duduk sahaja di atas katil di sick bay ini. "Kenapalah mata ni tak nak pejam?"
Aku melihat sekeliling. Bilik di sick bay ini dah rupa wad di hospital.
Klak! Ada seseorang yang cuba membuka pintu bilik.
Aku serta-merta berpaling. "Siapa yang datang?" Aku memeriksa diri sendiri. Nasib baik senonoh je pakaian aku ni.
"Melor, akak datang bawa makanan minum pagi ni. Mesti Melor lapar dah, kan" bersusah payah Kak Aini, Penyelia Asrama, memulas tombol pintu sambil memegang tray makanan untuk aku.
"Alamak, Kak Aini. Maaf, saya dah menyusahkan akak. Sekejap saya tolong" cepat-cepat aku menyelak selimut dan cuba turun daripada katil itu.
"Eh, Melor stay je situ. Akak boleh ni. Tak menyusahkan. Dah biasa. Melor duduk je diam-diam atas katil tu"
Maka, diamlah aku di atas katil menunggu makanan dihidangkan. Serba-salah rasanya. Aku bukan demam kuat, sekadar kepenatan dan mungkin terkejut dengan apa yang berlaku. Hanya aku tahu apa yang berlaku, I guess.
"Nanti tengahari akak datang hantar lagi. Minum petang pun sama..Melor jangan susah hati. Duduk sahaja di sini. Kalau dah kuat, petang waktu riadah nanti boleh balik dorm semula"
"Ala... Boring la saya sendirian di sini" sambil tanganku pantas menyuap popia goreng. Erm, sedapnya makan panas-panas. Ada inti telur pulak tu. Favourite aku ni. "Slurpppp" nyamannya air milo panas ni.
"Ish, perlahan minum tu. Panas lagi tu. Tak apa Melor, nanti adalah kawan-kawan datang singgah sebelum mereka ke kelas petang. Yang penting, duduk sini dan rehat. Kami ada di sebelah aje. Apa-apa, Melor tekan je button merah ni. Akak sambung kerja balik, ya"
Aku menghantar Kak Aini dengan pandangan mata sahaja. Kak Aini memang baik orangnya. Sentiasa prihatin dengan keperluan pelajar di sini.
Sedapnya popia ni... Nasib baik Kak Aini bawakan 4 keping. Puas hati. Boleh cepat sihat macam ni.
Sedang mataku terpejam-pejam menghirup air milo panas, "Slurppp! Slurppp!" kedengaran bunyi klak! lagi sekali. Kak Aini tertinggal apa agaknya, fikirku.
Tanpa memandang siapa yang masuk, terus sahaja aku bertanya "Akak tertinggal barang ke?"
Senyap. Tiada balasan.
Eh, kenapa... Aku segera berpaling ke arah pintu.
"Harry... Teacher..." tergagap-gagap aku melihat Teacher Harry yang sedang membuka pintu.
Tanpa berkata apa-apa, Teacher Harry terus sahaja meluru ke arahku dan memeriksa suhu badanku dengan menyentuh lembut dahiku. Tampak kelegaan di wajahnya.
"Continue slurping your drink" kata Teacher Harry.
Tetiba seluruh mukaku terasa panas. Merah padam. Kebas rasanya. Malu yang amat. Tak sopan sungguh minum air panas tadi.
"Why are you here? How do you know that I'm here?" aku meletakkan kembali cawan berisi air milo panas itu di atas meja. Untuk mendengar penjelasannya. Macam sweet je dia datang visit. Terasa disayangi sangat. Demam pun boleh cepat sembuh macam ni.
Teacher Harry tersenyum melihatku. "Alamak, dia mesti tahu aku happy dia datang melawat. Kantoi la..."
"I'm your guardian, remember? I can track you down easily"
Ah, lupa pulak aku dia ni guardian angel turun daripada langit tujuh menjaga aku seumur hidup. Is he serious? Nah, I don't believe him still.
"It's up to you Melor"
Kan dah kata... Yang seangkatan dengan Teacher Harry, semua boleh baca fikiran aku. Fikir je dah dapat jawapan.
"Does it mean you know what happened to me last night?" Aku cuba memancing jawapan daripadanya kerana aku sendiri bingung dengan apa yang terjadi semalam.
Teacher Harry hanya memandangku tanpa sebarang jawapan. Riak wajahnya berubah. Expressionless. Dia memusingkan badannya dan bergerak menuju ke arah pintu. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
Alamak, dia marah ke? Kenapa nak pergi tiba-tiba? Meaning, dia tahu la kan?
"Teacher Harry, please... Beritahu saya sesuatu. At least, saya boleh tidur lena dan yakin saya tak bermimpi semua tu. I can heal faster, you know. You said you can track me down easily. Saya dalam dorm je semalam, kan? I just want to know..."
Dia berhenti melangkah dan menghela panjang nafasnya. Seperti melepaskan suatu beban yang tidak aku mengerti. Sebelah tangannya dikeluarkan, dan menolak rambutnya yang jatuh ke dahi ke belakang.
Aku agak, dia tengah berkira-kira dan serba-salah untuk menjawab persoalan itu.
"Please, Melor. Call me Harry when we are alone together" lembut sahaja tutur katanya. "And, please be yourself. Like when we met for the first time. I miss you when you are you". Harry memusingkan kembali badannya.
Aku terkesima. Hatiku tersentuh dengan kata-katanya. Terasa seperti ada rama-rama sesat berterbangan di dalam perut. "Ah, kalau tahu dek Rose dan Dahlia yang aku berperasaan sebegini, pasti mati aku diketawakan mereka"
Harry menyambung kata-katanya "And, yes. I was terrified for you last night. Suddenly, it seemed like you went missing from my radar. I searched for you everywhere. Luckily I remembered how much you wanted to cross the school fence. And, I know that the twins tried to get your attention since day one. You were not supposed to be there, yet. You will be there, one day. Just don't do that again... Just..."
Harry tidak putus bercakap, aku cuba memintas percakapannya "be where, Harry? Aku dimana semalam sebenarnya? Aku bukan pergi sendirian. Aku bersama Stephen dan Stephanie, kan?"
Harry melihat jam di tangannya. "I've got class in a minute. Got to go, now. Jangan ikut si kembar itu. Mereka baik, cuma sedikit nakal. Just don't. I'll explain later"
Sepantas kilat Harry berlalu. Aku terkebil-kebil melihatnya pergi.
Aku kembali bersendirian. Aku menyentuh cawan di hadapanku. Dah sejuk. Aku menolak semuanya ke tepi.
Information overload. Too much to process.
Tiba-tiba aku terasa mengantuk yang amat sangat. Kelopak mataku semakin sukar diangkat. Aku menarik selimut yang berada di kaki sehingga menutupi kepala. Within seconds, aku tertidur.
Share this novel