Series
1489
Aku, Melor, berumur hampir 16 tahun. Satu-satunya anak mummy dan daddy. Berasal daripada Shah Alam, Selangor.
Deskripsi diri:
Kulit putih melepak
Rambut ikal mayang
Anak mata berwarna coklat kehitaman
Berat 51kg
Tinggi 158cm
Ada tanda lahir di lengan kiri sepanjang 5cm seperti peta Malaysia dan berwarna kemerahan.
Perlu ke maklumat tu? Penting juga kalau aku hilang. At least, maklumat fizikal diri aku dah dinyatakan dengan jelas.
Dan hari ini, aku telah didaftarkan oleh mummy dan daddy di sebuah sekolah berasrama penuh persendirian di Pulau Pinang. Island Hill School adalah nama sekolah yang bakal dihuni aku selama 2 tahun.
Apa dapat aku ceritakan mengenai sekolah ini pada pandangan pertama?
Erm... Aku terpana dengan kehijauan dan kenyamanan suasana di persekitaran sekolah. Sekolah ini terletak di kawasan berbukit. Jalan menuju ke sini sempit dan bak ular dipalu. Hampir-hampir aku muntah di dalam kereta. Daddy juga kali pertama ke daerah ini, jadinya he drove very carefully. Mummy kata dia pernah sekali datang ke sini atas urusan kerja bertahun-tahun yang lepas. She said this town was much better, now. Nah, whatever mummy. Malas aku fikir.
Aku tak adalah setuju 100% masuk sekolah berasrama penuh di sini. Aku tak pasti schoolmates lama aku ada atau tidak di sini. Yang aku pasti, BFF aku tiada yang ke sini. "It's a family tradition" kata mummy. Daddy menurut sahaja, as always.
Aku bebas memilih apa-apa program pengajian di sini. Aku merayu kepada mummy dan daddy untuk membenarkan aku mengikuti program pengajian berlandaskan sistem pendidikan Malaysia. Bermaksud, aku akan mengambil SPM. Aliran apa-apa ajelah. Aku redha. Selain SPM, ada pelbagai program pengajian antarabangsa yang ditawarkan.
Yang lebih penting sekarang ini, aku dapat survive ditinggalkan mummy dan daddy di sekolah ini. Itupun aku kira dah cukup baik.
Kalau diikutkan kepada 'batu bersurat' sekolah ini yang dipamerkan di foyer bangunan pentadbiran, sekolah ini dibina pada tahun 1920. Wow! A very very long time ago, like 100 years old. That was way before I was born.
Patutlah bangunan kat sini macam creepy sikit, especially, bangunan akademik dan bangunan asrama. Aku belum habis tour kawasan sekolah lagi. Tapi, aku punya banyak masa untuk melakukannya selepas pendaftaran hari ini selesai.
Ada taklimat untuk pelajar dan ibu bapa sedikit, kemudian kami dibenarkan untuk sama-sama bergerak ke bangunan asrama.
Bangunan asrama semuanya ada empat. Dua asrama lelaki,dan dua asrama perempuan. Setiap bangunan asrama ada dua tingkat.
Aku menjenguk melalui bukaan tingkap di bangunan asrama. OMG! It's a dormitory. Yup, dormitory.
Tiada bilik seperti sekolah berasrama penuh moden. "How lucky I am!" kataku secara sarkastik sambil mata menjeling ke atas. Mummy hanya mampu menggelengkan kepala sambil meniru gayaku. "Ha ha ha not funny mummy!". Daddy cuma mencebikkan bibirnya.
Bangunan ini berbentuk segi empat tepat. Perkara pertama yang akan dijumpai ialah pintu utama bangunan asrama yang hanya ditutup jeriji besi sahaja. Kemudian, aku dapat lihat tangga ke atas di kiri kanan, dan juga pintu ke dorm di tingkat bawah.
Setiap tingkat asrama, ada dua dorm di kira dan kanan. Manakala di tengah-tengah bangunan adalah ruang terbuka. Ada penyidai kain disediakan di situ. You can literally see the sky. I wonder how it would feel at night with an open space when you need to go to the toilet. And, toilet mengambil barisan belakang, menghubungkan dua dorm, dan ada laluan ke ruang terbuka itu. Creepy sikit aku rasa bahagian tengah tu.
Mummy dan daddy bantu aku angkat semua barang aku ke dorm. Aku dapat dorm paling bawah. At least, tak penat panjat tangga setiap kali nak balik dorm.
Di dalam dorm, dua katil single setingkat dirapatkan, dan kami dipisahkan dengan katil-katil sebelah oleh dua almari disusun sebelah menyebelah. At least, we have our privacy. Meja belajar disediakan untuk setiap pelajar dan ditempatkan di antara almari dan katil.
Aku mencari katilku. Katil yang ke-13. Ada tingkap di kepala katilku. Dan, aku dapat melihat ke luar tingkap. Wow! Disebabkan bangunan asramaku yang paling hujung, maka mataku dihidangkan dengan pemandangan pinggir hutan. Mendamaikan.
Aku membuka pintu locker menggunakan kunci yang diberi semasa pendaftaran. Dan, mummy membantuku menyusun pakaianku dan pelbagai peralatanku. Nasib baik muat semuanya di dalam locker. Daddy membantu aku memasang cadar, sarung bantal dan meletakkan selimut.
And then, aku terperasan, katilku menghadap laluan ke tandas. Not so nice. Lagi sekali aku membuat muka protest. Mummy dan daddy hanya menggosokkan kepalaku, dan berkata "You'll be fine. You'll survive!"
A'ah, iyalah tu.
Share this novel