Series
1489
Aku yakin benar mereka berdua masih mengekori pergerakan kami dengan anak mata mereka. Aku memberanikan diri menoleh kembali ke belakang, eh? Mereka tiada? Kemana mereka menghilang?
Aku mula menggelabah, namun, cuba mengawal rasa itu agar tidak disedari Rose dan Dahlia. Nanti trip kami hari ini terbatal pula, sedangkan aku ingin sekali mencari bukaan di pagar untuk fly. Bukan aku teringin untuk fly, aku cuma teringin melihat mahligai cantik yang dikatakan ada di belakang sekolah ini.
Kami telah melintasi belakang kelas Rose. Sekarang kami berada bersebelahan dengan pagar belakang sekolah.
"Oh my, tebalnya hutan di belakang sekolah kita ni. Macam tidak pernah diusik sesiapa kan? Tanah siapa agaknya di belakang sekolah kita ni?" Rose tertarik dengan suasana hutan di belakang sekolah kami. Dia bergerak menghampiri pagar belakang sekolah.
"Eh, Melor, awak kata ada jalan budak-budak boleh fly keluar sekolah kan daripada belakang sini? Gigihnya mereka berjalan melalui hutan tebal inikan untuk keluar?" mata Rose mula meninjau sana sini mencari sebarang bukaan yang membolehkan pelajar meloloskan diri keluar daripada sini.
"Really? I want to look for it" Dahlia turut teruja dan mula mengatur langkah menelusuri di sepanjang pagar sekolah.
Kami bergerak perlahan-lahan mencari sebarang laluan untuk fly, sehinggalah kami menjumpai bukaan longkang yang agak besar dan dalam berhampiran bangunan pejabat sekolah.
"Oh, ini la kot ya? Boleh masuk ke ni?" tanyaku.
"Longkang ni macam dah lama terbiar, kan? Kalau kita intai di luar pagar, macam dah dipasang jeriji di sebelah sana." Rose cuba menjenguk keluar pagar melihat kemana longkang ini bersambung.
"Aku nak turun tengok" tanpa menunggu kata-kata daripada Dahlia dan Rose, aku mula menghulurkan kaki untuk menurunkan badanku ke dalam longkang yang dalam itu.
Tiba-tiba, aku terasa seperti tanganku disambar seseorang, yang mana menghalangku untuk terus turun daripada situ.
"Hei, terkejut tau!" jerit aku marah dan terkejut tanpa memandang siapa yang memegang tanganku.
"Opps!" Rose menjerit.
Semasa memalingkan wajah untuk melihat siapa, aku ternampak Dahlia dan Rose menutup mulut mereka dengan kedua tangan mereka. Mata mereka terarah kepada seseorang.
Eh, jika bukan Rose atau Dahlia yang memegang tanganku, siapa lagi?
Aku memusingkan kepalaku ke belakang untuk melihat seseorang itu "Harry... Eh Teacher Harry..." bulat mataku melihat Harry yang masih lagi memegang lenganku.
Perlahan-lahan dia menarik dan membantu aku naik kembali. Aku segera menuju ke arah Rose dan Dahlia. Kami berdiri sebaris lagak berkawad, dan seperti sedang menunggu arahan seterusnya.
Harry menghampiri kami bertiga. Kemudian, berhenti betul-betul dihadapanku.
"What in the world are you doing here?" jerit Harry pada aku. Mukanya merah padam, dan nampak sedikit mengah.
"Where are you coming from Teacher? You ran like a lightning bolt and immediately caught Melor's arm. Why? Did we do something wrong?" tanya Dahlia setelah rasa beraninya datang.
"Yes, this is not allowed by school. Kenapa kamu bertiga merayau-rayau di belakang sekolah pada hari ini? Aren't you have something better to do?" suara Harry masih tinggi tetapi berbunyi lebih kendur berbanding awalnya.
"Kami tidak ada apa untuk dibuat, sebab itulah kami berjalan-jalan di sekitar sekolah supaya mudah kami kesana kemari apabila sekolah bermula nanti" aku memberikan alasan.
"Oh, is it? Not because you want to look for any opening at the school gate to escape from here" jawab Harry sambil menyilangkan tangannya ke dada. Okay, menakutkan, aku lupa dia boleh baca fikiranku.
Rose dan Dahlia menundukkan wajah mereka sambil kaki mereka menguis-nguis tanah yang tidak bersalah itu. Tidak menyangka Teacher Harry dapat menduga niat mereka. Mereka tidak tahu, yang sebenarnya, Teacher Harry mereka ini, boleh membaca fikiranku.
"Saya mahu awak semua balik ke dorm masing-masing. Jangan ada niat untuk mendekati longkang ini lagi. Buruk padahnya nanti"
"Kenapa buruk padahnya?" laju sahaja pertanyaan itu meluncur keluar daripada mulutku.
Harry tidak menjawab. Dia hanya mencekak pinggangnya dan merenung tajam padaku.
"Okay Teacher. We won't do it again. Promise!" Rose cuba berjanji agar Harry cepat-cepat melepaskan kami pergi.
Rose menarik lengan aku dan Dahlia, memberi isyarat supaya kami balik.
Harry tidak menjawab soalanku. Aku berjalan mengikuti langkah Rose tetapi mataku masih memandang Harry. Aku tidak puas hati. Aku ingin tahu kenapa buruk padahnya.
Share this novel