Bab 19

Fantasy Series 1489

"Melor seronok tinggal di asrama?"

Suara mummy mematikan lamunanku. Aku masih memegang kemas cupcakes pemberian Grandpa John. Cantiknya decoration cupcakes ni. Ada enam biji semuanya. Semuanya berbeza. Sayang pula nak makan. Tapi, cair tak dia punya topping ni kalau aku tunggu sampai rumah? Lambat lagi nak sampai ni. Mesti ambil masa 4 ke 5 jam juga ni. Baik aku cuba dulu satu sementara semuanya nampak fresh lagi.

"Bolehlah mummy ... Not bad" jawabku sambil mengunyah cupcake. Wow, serius sedap! Aku memejamkan mata menikmati setiap gigitan. Ada fresh berry dalam cupcake ni. Topping pun ada rasa berry dan masih sejuk. Ooo my favourite ni... manis dan masam.

"Amboi, makan seorang je ke?" tanya daddy sambil melihat aku melalui rear mirror. Bibirnya mengukir senyum melihatku makan dengan lahap.

Eh, terlupa pula nak offer cupcakes ni.

"Sedapnya... Mummy, daddy, nak rasa tak?" Aku menyuakan kotak cupcakes kepada mummy. Setiap cupcake berbeza. Aku lebih senang mummy memilih sendiri, walaupun aku tahu kegemaran mummy. Mummy menyambut kotak tersebut daripada tanganku.

She's a chocolate lover. She definitely picks chocolate cupcake.

Tetapi, lama mummy merenung kotak berisi cupcakes tersebut. Mummy langsung tidak memegang mana-mana cupcake. Kebiasaannya, mummy memang suka berebut denganku.

Curious... aku terus sahaja bertanya "Kenapa mummy? Tak ada yang menarik ke? Mummy kan suka chocolate. You should pick that one. It looks tempting. Go ahead. I won't snatch from you... Hahaha!" Aku yang buat lawak, aku yang gelak.

Mummy dan daddy turut sama tergelak. "No... It's just that the decorations reminding me of something I used to have some time ago when I was your age at your school too" jawab mummy apabila tawanya reda. Tangannya membelek setiap cupcake tersebut. Akhirnya, seperti yang aku sedia maklum, mummy akan memilih chocolate cupcake.

Daddy segera berpaling melihat ke dalam kotak cupcakes tersebut. "Kamu beli dimana cupcakes ni?" tanya daddy dengan dahi yang sedikit berkerut. Suaranya... Tidak berbunyi marah, tetapi penuh tanda tanya. "Are you going outside of school before we came to pick you up?"

Aku terkesima. Alamak! Aku segera menggeleng menandakan tidak. Daddy nampak lega dan memandang ke hadapan kembali.

Bagaimana aku hendak menerangkan daripada mana aku dapat cupcakes ni. Ligat otak aku bekerja mencari alasan-alasan yang sesuai.

Tiba-tiba... Mummy berpaling memandangku yang keresahan di kerusi penumpang belakang.

Out of the blue... "Did you get this from Grandpa John?" tanya mummy.

Sungguh aku tidak menyangka mummy akan bertanya sebegitu. Aku benar-benar terkejut. Hampir luruh jantungku ini. Mulutku ternganga luas. Mataku terbeliak.

"Who's with you? A girl or a boy? What's her or his name? Do we know her or him?" Bertalu-talu soalan mummy. Seperti tembakan tepat ke dada. Aduh, aku harus berlaku jujur atau aku harus berbohong? Resah memikirkan apa pandangan mummy dan daddy padaku pula nanti andai mereka tahu aku rela hati menurut ke mana sahaja dibawa Harry. Aduh, rasa bersalah mencengkam dada.

Sebagai anak tunggal dan seorang anak dara, aku sepatutnya tahu batasku dan lebih berhati-hati. But, wait... Aku tak buat apa-apa yang salah pun sebenarnya. Still, I am not right to do that.

Aku melihat daddy melalui rear mirror. Daddy hanya mendiamkan diri. Daddy fokus memandu. Daddy tidak lagi mengerutkan dahinya. Daddy kelihatan tenang sahaja. Melalui reaksi daddy, aku merasakan aku di dalam posisi yang selamat untuk bercerita hal yang sebenar.

"Melor" mummy memanggil namaku lagi sekali. "Mummy tanya ni..."

"Sorry, mummy. Melor terkejut mendengar mummy menyebut nama Grandpa John. Bagaimana mummy mengenali Grandpa John?" Sengaja aku bertanya kembali kepada mummy sebagai satu helah untuk mengelak soalan mummy tadi.

"Erm... Let me think. It was so long ago. Pertama kali mengenali Grandpa John sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah sekolah tersebut. If I am not mistaken, he was introduced to all us during our first assembly. And, he was a grandfather to my best friend, Hazel" perlahan-lahan mummy menggigit cupcake yang berada di tangannya.

"Oh my... The taste is still the same as it looks. I wonder how old their cook now. Or is it a recipe pass down from one generation to another? What is her name... The cook...?" mummy berbicara sendiri. Tenggelam di dalam memorinya sendiri.

Aku pula berasa lega mummy seperti terlupa soalan yang ditanyanya tadi. Aku menyambung menggigit cupcake yang masih berbaki di tanganku. Sedapnya.

"Aha... I remember her. Vanilla" tiba-tiba mummy menjerit. Tersengih-sengih mummy kegembiraan dapat meneka nama pembantu di rumah Grandpa John.

Hampir-hampir tersembur cupcake di dalam mulutku. "Vanilla?" Ujarku perlahan. "Tak ke sama orangnya... Tetapi dia tidak kelihatan tua"

"Melor, did you go to Grandpa John's huge house for these cupcakes?"

Aku perlukan masa untuk proses semua maklumat ini... maybe aku patut buat-buat tertidur supaya tak perlu jawab pertanyaan mummy. Cepat-cepat aku kunyah cebisan yang terakhir dan pejamkan mata seperti sudah tertidur.

"Melor... Eh, tidur dah budak ni? Penat sangat agaknya"

Nak tergelak pun ada. Aku tahan aje.

"Alah, you ask her later je. Banyak sangat soalan you pun. Pening dia nak jawab agaknya. Tertidur terus" jawab daddy.

Phew...

Thank you for your patience ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience