Bab 4

Fantasy Series 1489

Eh, hujan ke? Aku kat mana? Kenapa aku rasa basah ni?

Aku terkeliru sebentar.

Mataku terasa berat, tetapi aku cuba juga untuk mengangkat kelopak mataku. Aku nampak seseorang tengah tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

"Awak, bangunlah. Dah pukul 6 pagi ni. Pengetua suruh siap sedia di dewan besar pukul 7.30 pagi, kan? Sarapan seawal 6.30 pagi tau... Cepatlah pergi mandi dan bersiap" pujuk si Rose yg masih berkemban kain tuala.

"Kau siapa?"

Aku nampak Rose terkejut. Matanya bulat. Tangannya menutup mulutnya yang ternganga luas. Comel!

"Hahaha" berdekah aku ketawa melihat reaksi Rose pagi-pagi ni. Tak jadi nak berlakon lebih-lebih.

Geram agaknya "Nah! Padan muka!" Rose menyimbah baki air di dalam cawan ke arah mukaku.

Terus aku terasa segar.

Aku mencapai bakul berisi toiletries di bawah katil, menarik towel yang disangkut di sisi almari dan terus ke tandas.

Orang tidak ramai. Aku cuba memilih bilik mandi yang paling cantik yang ada. Mengambil kira umur bangunan ini, aku perlu berpuas hati dengan kemudahan yang ada. Ini pun aku kira dah cukup baik, semuanya diselenggara dengan baik.

Air yang memancut keluar daripada pancur air hujan tersangatlah sejuk. Terlompat aku apabila air yang sejuk itu menyentuh kulit badan.

"Mummy... Nak mandi air panas. Huhu" aku merintih sendiri

Aku mandi sekadarnya. Tidak tahan sungguh dengan airnya yang sejuk.

Semasa aku keluar, Rose telah siap menungguku untuk ke dewan makan. Dia duduk sahaja di kerusi meja belajar sambil membaca novel.

Ish, kalau bab makan, laju aje. Mudah sungguh nak memancing Rose ni.

Laju sahaja tanganku membuka pintu locker, tetiba sahaja aku terpandang tingkap nako di sebelah. Serta merta bulu romaku meremang mengenang kejadian semalam.

Tetapi, aku tidak ingin ceritakan hal itu kepada sesiapa. Aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku dengar semalam. Rasanya tidak perlulah aku menakutkan mereka dengan ceritaku. Ada kemungkinan aku bermimpi.

"Kenapalah aku lupa nak cubit diri sendiri semalam?" ngomel aku sambil mencari baju sukan untuk dipakai hari ini. Pengetua berpesan, sepanjang minggu kami hanya perlu berbaju sukan. Ada indoor and outdoor activities ready for us.

"Rose, kenapa kau selalu sebut atuk kau. Bukan ibu ayah kau?" soalan itu terkeluar daripada mulutku tanpa aku berfikir panjang semasa tanganku menarik baju untuk dipakai.

Rose tidak terus menjawab. Matanya masih tekun menatap helaian novel.

Aku menepuk mulut sendiri. Ish, penyibuk ajelah aku ni. Nasib baik Rose tak dengar. Aku harap Rose tak dengar.

"Rose, siap! Jom, cari Dahlia" ajak aku sambil menyarungkan stoking.

Rose meletak novel yang sedang dibaca "Alright. Saya cari Dahlia. Kami tunggu depan pintu ya"

"Eh, dengar aje budak ni?" mungkin dia sengaja tidak menjawab. Aku tidak perlu mendesak Rose.

Seperti biasa kami bertiga bergurau senda apabila berpeluang sambil menunggu ketibaan pengetua di dewan besar setelah bersarapan pagi tadi.

Aku dapat lihat dengan lebih jelas pada hari ini. Oh, yang ada minggu ini hanyalah pelajar 13 tahun, dan hanya ada beberapa pelajar 16 tahun. Pelajar baru sahaja hadir untuk minggu orientasi.

"Ooo gitu" serentak kami bersuara apabila diberitahu oleh cikgu in charge pagi ini.

Untuk sesi hari ini, cikgu akan handle dan dibantu seniors. Not badlah aktiviti ice breaking di sebelah pagi. And then, ada tour sekeliling sekolah.

Wow, besarnya sekolah ni. And, old.

Semasa melintasi pokok yang sebesar dua pemeluk itu, sekali lagi aku nampak pelajar lelaki rambut kusut itu bersandar di batang pokok. Dia juga berbaju sukan lengkap. "Smartnya dia" getus hatiku seikhlasnya, dipacu oleh hormon anak remaja.

Dia memandang ke arahku. Matanya tepat memandang mataku, dan melemparkan senyuman yang paling menawan.

Sebelum aku membalasnya, disebabkan rasa tidak yakin diri, aku memeriksa dahulu senyuman itu untuk siapa. Tiada siapa yang memberi perhatian kepada pelajar lelaki itu kecuali aku.

"Untuk aku la kot" kataku sendirian.

Semasa aku memandang kembali untuk membalas senyuman itu "Eh, mana pergi mamat ni?" terpinga-pinga aku melihat tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience