Bab 7

Fantasy Series 1489

Aku terjaga sekitar 5.30 pagi dek kerana bunyi hujan lebat yang mencurah-curah. Suasana sekeliling sungguh sejuk dan gelap.

Ramai yang masih tidur, mungkin keletihan aktiviti semalam. Malah, ada yang menarik selimut lebih tinggi sehingga menutupi muka.

Aku duduk di atas katil. Mengangkat kedua kakiku dan mendakapnya.

"Mengantuknya. Malasnya nak mandi. Sejuk pulak tu" kataku sendiri. Rose juga nampaknya masih lena. Awww, she's cute.

Tiba-tiba, aku melihat muka Rose berkerut. Kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan. Tangannya seperti cuba menggapai sesuatu. Bintik peluh mula terbit daripada dahinya. Rose seperti berada di dalam ketakutan. Aku kaget, tidak tahu apa yang harus dibuat.

Zup! Rose bingkas bangun daripada tidur. Dadanya berombak. Nafasnya turun naik laju. Rose tidak perasan aku sedang memerhatikannya. Kemudian, dia membawa kedua tangannya menutup mukanya. Aku hanya mendiamkan diri.

Aku semakin yakin, ada sesuatu yang disimpan oleh Rose. Sesuatu yang menyebabkan Rose trauma, benci dan dendam. Aku rasalah.

"Rose" panggilku perlahan.

"Eh, Melor, lama dah bangun?" Rose nampak sedikit cuak.

"Aku tersedar bila terasa kau bergerak bangun tadi. Hujan ya di luar?" aku cuba berpura-pura tidak menyedari perkara yang baru sahaja terjadi.

"Bagus, makin awal Melor bangun pagi sekarang ni. Saya tak perlu kejut dah. Jom kita bersiap" ajak Rose sambil menarik tuala yang tergantung di tepi locker.

"Kau jalan dulu. Nak hilangkan rasa mengantuk ni kejap" sengaja aku ingin mengambil masa memproses apa yang mataku saksikan sebentar tadi.

"Okay, jangan tidur balik tau" kata Rose sambil berjalan ke tandas membimbit sebakul toiletries.

"Tak terasa sejuk agaknya Rose ni?" fikirku sambil mataku melihatnya sehingga hilang di balik dinding.

Kasihan Rose. Apa agaknya yang pernah terjadi kepadanya sehinggakan dia bermimpi begitu. Mungkin mimpi ngeri.

Aku juga teringat kisah semalam. Agaknya siapa yang dapat aku rujuk untuk mengesahkan cerita dongeng itu semalam ya? Ah, Harry. Harry maybe senior di sini. Maybe he knows a lot about this place. Aku patut tanya dia petang nanti.

Aku kemudiannya bergegas ke bilik air. Terasa teruja pula untuk berjumpa Harry petang nanti.

Setibanya kami bertiga di dewan makan sekitar pukul 7 pagi, satu pengumuman dibuat wakil BPS bahawa aktiviti outdoor dibatalkan kerana trek mendaki bukit basah dan licin. Mereka tidak ingin kemalangan berlaku andai diteruskan.

Yay! Aku memang tidak suka berjalan jauh, berlari, mendaki bukit dan yang seangkatan dengannya. So, this is good news!

"But, we want all of you to be present at the Main Hall, 8 am sharp. No late comer. No excuse will be accepted. We'll have team building indoor activities. Okay, clear? See you there" punah harapan untuk duduk bersantai tanpa apa-apa aktiviti.

Seperti biasa, aku, Rose dan Dahlia diasingkan. Pelbagai permainan melibatkan kumpulan dijalankan. Sungguh gamat dan meriah di dalam dewan kerana sorakan sokongan daripada kumpulan masing-masing.

Aktiviti pagi diakhiri dengan permainan 'Telefon Rosak'. Berdekah-dekah aku ketawa mendengar statement orang yang terakhir. Sungguh jauh menyimpang daripada statement asal. Ya, aku faham apa yang ingin disampaikan oleh fasilitator. Jangan percaya rumours, sentiasa bertanya pada yang arif jika tidak pasti.

Di sebelah petangnya, aku mendekati Rose dan Dahlia "Hei, aku nak cari Harry sekejap. Macam biasa di bawah pokok sana. As usual, if I don't come back, call the police. Bye!"

Rose buat-buat muka menyampah. Dahlia tersenyum lebar dan melambai padaku. Sehingga hari ini, kami tiada aktiviti malam. Biasanya pelajar melepak sahaja di dalam bilik, membaca novel, membasuh baju, keringkan baju dan berbual kosong.

So, tanpa membuang masa, aku terus berlari mencari Harry. Banyak pelajar sedang bergerak ke asrama.

Seperti tahu aku akan mencarinya, aku nampak Harry melambai-lambai padaku daripada kejauhan di tempat biasa kami berjumpa.

Harry segak berbaju kemeja hitam. Rambutnya ikal mayangnya seperti biasa dibiarkan kusut masai. Jika difikirkan lebih teliti, rambut Harry seperti sedikit panjang berbanding pelajar biasa. Maybe dia pelajar international di sini, tekaku sendiri. Kemeja hitam dipakai Harry menampakkan kulitnya semakin putih melepak, dan mata hazelnya bersinar. "Eh, makin handsome pulak mamat ni" getus hatiku.

"Aku tahu, aku handsome" kata Harry sambil tersenyum sebaik sahaja kakiku menghampirinya.

"Alamak, obvious sangat ke kat muka aku yang aku fikir dia handsome?" fikirku.

"Ke dia boleh baca fikiran aku?"

Aku nampak Harry tergelak kecil melihat muka aku yang berkerut-kerut. Geli hati agaknya dapat mengusik aku.

"Jangan risau. Aku tidak boleh baca fikiran kau.  Cumanya, mata kau melihat aku dengan penuh minat" kata Harry dengan sangat yakin.

Bedebuk! Satu tumbukan aku layangkan buat Harry di bahunya.

"Ouch, sakit!"

"Padan muka" puas hatiku.

Tetapi, hatiku tetap mengatakan ada sesuatu yang aneh mengenai Harry, dan Harry sebenarnya membaca fikiranku.

Aku duduk bertinggung. Harry mengikut, duduk juga.

"Kau siapa sebenarnya?" tanyaku.

"Aku penjaga kau. Dan, aku untuk kau selamanya jika kau izinkan aku" nada suaranya tidak menunjukkan Harry membuat lawak jenaka. Nadanya serius. Aku masih tidak memahami maksudnya.

"Suatu hari nanti, kau akan faham Melor" Harry memalingkan wajahnya melihat wajahku.

Aneh, aku merasa malu apabila Harry menatap wajahku begitu. Aku segera memperbetulkan kedudukanku yang agak tidak senonoh. Aku bersila sahaja di atas rumput yang menghijau. Aku memang tidak mengerti maksud Harry.

"Kau akan faham" ulang Harry lagi.

"Okay, I guess, I'll have to wait for that moment" balasku sedikit kecewa.

Namun, kekecewaan aku sekejap sahaja hilang apabila aku teringat tujuan asal aku datang ke sini "Harry, aku rasa kau senior di sini. Sebab kau tidak pernah join kami dalam mana-mana aktiviti untuk pelajar baru. Aku nak kau sahkan cerita yang aku dengar daripada Dahlia dan Rose semalam"

"Cerita yang dianggap ramai sebagai cerita dongeng?" balas Harry. Matanya kembali melihat jauh di hadapannya. Tangannya menepis dedaunan yang gugur ditiup angin petang. Harry menarik dalam nafasnya, dan mengubah posisinya kepada bersila juga disebelahku.

Panjang agaknya si Harry ni nak bercerita. Eh, dia tahu ke cerita yang mana satu aku maksudkan? Rasanya banyak cerita dongeng budak asrama.

"Aku tahu cerita yang mana satu Melor" suaranya memecah kesunyian.

Honestly, aku terkejut. Sah! Harry dapat membaca fikiranku. Hatiku meronta-ronta berharap Harry meneruskan ceritanya. Ceritalah cepat, aku mengharap.

"Kau benar-benar berminat dengan hendak tahu?" Harry kembali melihatku. Cuba menilai seteruk mana aku ingin mengetahui cerita itu.

"Nak, nak. Tapi, betul ke kau tahu cerita yang mana satu?"

Harry mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience