Bab 10

Fantasy Series 1489

Dua tiga hari ini, aku hanya memikirkan apa yang Harry cuba sampaikan di sebalik tiang hari itu. "No" itu sahaja yang dapat aku tangkap daripada pergerakan bibirnya. Dan, senyuman dia yang penuh makna.

"Eh, aku patut panggil dia Teacher Harry la kan mulai hari ini. Dia kan cikgu sebenarnya. Kenapalah aku tak pernah terfikir nak tanya dia betul-betul sebelum ini. Mungkin sebab aku nampak dia sebaya? Mungkin..." aku berfikir sendiri.

Tapi, aku malas mencarinya. Tambahan pula, aku dah tahu dia cikgu di sini. Entah-entah dia dah ada girlfriend, or wife. Mati aku kena serang nanti sebab berduaan dengan Techer Harry beberapa hari lepas.

Hari ini hari Sabtu. Aku ingin menggunakan waktu ini untuk bermalasan bersama Rose dan Dahlia. Pelajar lama juga akan mula kembali ke asrama, samada hari ini atau esok. Aku sedang membayangkan betapa meriah dan gamat dorm ini nanti. Dan, bayanganku digantikan dengan kenangan bersama Teacher Harry beberapa hari yang lepas.

"Argh!" aku memeluk kemas bantal dan menggulingkan badanku ke kiri dan ke kanan. Dengan harapan, semua ingatan bersama Teacher Harry tercampak keluar.

Tiba-tiba, puk! Satu ketukan perlahan hinggap di kepalaku.

"Oit, awak cakap seorang diri ni dah kenapa? Sewel dah?" tegur Rose yang sedari tadi aku terlupa berada di sebelahku.

Rose sedang melipat dan menyusun kain bajunya ke dalam locker. Memang teliti, penyangkut baju juga disusun mengikut warna. Urgh! Aku lebih selesa membiarkan sahaja kain bajuku seadanya, asalkan tidak terbalik di dalam locker.

"Sebelum semakin ramai pelajar lama kembali ke sini, apa kata kita gunakan peluang yang ada ini untuk meneroka setiap ceruk sekolah. Nak?" cadang si Rose. Matanya bulat bersinar. Teruja sungguh dia. Tidak disangka, disebalik wajahnya yang comel, ada jiwa yang adventurous.

Aku bersetuju dengan idea Rose. Memandangkan aku bukan ada benda lain yang hendak dibuat. Smartphone pun tak ada. Terasa seperti terputus dengan dunia luar.

"Yalah, kan? Last few days kita busy dengan orientation. Balik petang dah penat. Memang bercinta dengan bantal ajelah. Lainlah Melor, ada juga Teacher Harry temankan" usik Rose sambil gelak-gelak kecil.

"Amboi!" pantas tanganku menggetil pehanya.

"Aduh!" Rose menjerit.

"Padan muka" aku menjeling tajam.

"Kan aku dah cakap, Teacher Harry bukan 'the unseen'. Kau je suka fikir bukan-bukan" lega aku apabila menyedari orang lain juga dapat melihat Teacher Harry.

"Yalah" balas Rose acuh tak acuh sambil tangannya menyusun dan mengemas meja study pula.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Eh, dalam kelas aku hari tu, ada Cikgu Ida bercerita pasal laluan tikus sekolah ini. Untuk budak-budak fly keluar. Nak cari tak?" aku sengaja memancing Rose.

"Wah! Betul ke?" makin galak suara Rose.

"Jom, siap! Lepas lunch terus kita teroka. Jangan lupa ajak Dahlia" Rose membuka kembali lockernya untuk menukar baju yang sesuai.

Apa yang Rose tidak tahu ialah, sebenarnya, aku teringin mengintai ke luar pagar di belakang sekolah sana. Manalah tahu, aku boleh nampak mahligai yang dikatakan wujud tetapi ghaib di belakang sekolah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience