Bab 8

Fantasy Series 1489

***
Zaman, Sahak, dan Ali merupakan tiga beradik yang sangat berjaya dalam perdagangan yang diusahakan mereka pada zaman itu.

Bagaimana mereka berjaya?

Mereka banyak menghabiskan masa muda sebagai pekerja rencam di atas kapal sambil merantau ke lain-lain negara. Mereka mempelajari ilmu berdagang, mempelajari pelbagai bahasa dan mendapatkan kepercayaan pelbagai orang. Mereka sedikit pun tidak mensia-siakan peluang yang ada semasa ikut belayar bersama kapal pedagang ini.

Dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada pada mereka bertiga, mereka memulakan perniagaan mereka sendiri. Kerana mereka mempunyai rangkaian kenalan yang luas di serata dunia, mereka dapat membina empayar perniagaan mereka sendiri. Mereka sangat berjaya. Akhirnya, mereka dapat menumpukan perhatian kepada keluarga yang sentiasa ditinggalkan sewaktu mereka belayar sebelum ini.

Ketiga-tiga mereka juga mempunyai kegemaran yang sama untuk dilakukan di waktu lapang, iaitu, memburu binatang seperti rusa dan kancil.

Pada suatu hari, mereka mendapat tahu daripada penduduk tempatan bahawa terdapat satu kawasan yang menarik untuk berburu. Mereka bertiga bersiap dan terus menuju ke sini.

Sebaik sahaja kaki menjejak ke kawasan hutan, ketiga-tiga mereka terpukau dengan keindahan hutan tersebut, seolah-olah ada penjaganya. Mereka menelurusi denai yang ada. Tanpa mereka sedari, semakin lama mereka semakin jauh ke dalam.

"Eh Ali, di mana kita ni? Aku rasa kita dah masuk jauh ke dalam hutan ni" tanya si abang yang bernama Zaman.

"Kau ingat Sahak kita lalu mana tadi? Makin gelap ni" sambung Zaman lagi.

"Entahlah abang. Aku rasa kita sudah sesat ni. Semakin gelap dah ni. Aku cadang, kita bermalam di sini sahaja" cadang Sahak.

"Baiklah, aku setuju" kata Ali.

Mereka bertiga membuat persediaan untuk bermalam di hutan. Ali di minta untuk mencari kayu api.

Setelah beberapa ketika "Abang, tolong!". Terdengar suara Ali daripada kejauhan.

Zaman dan Sahak terus berlari mencari Ali berpandukan suara Ali yamg tidak putus-putus meminta tolong.

"Ali! Bertahan. Aku cuba capai tangan kau" Ali tergelincir di tebing gaung yang curam dan agak tinggi. Namun, tangannya sempat berpaut kepada akar kayu yang menjalar di sekitar tebing itu.

Malangnya, kerana keadaan tanah yang agak licin, ketiga-tiga mereka akhirnya tercampak ke bawah gaung.

"Kat mana kita?" tanya Sahak apabila tersedar daripada pengsan.

Sahak cuba melihat kiri dan kanannya. Abang dan adiknya tidak kelihatan. Dia berada di dalam sebuah bilik. Sahak cuba meneliti setiap penjuru bilik itu. Rekabentuk rumah ini seumpana rumah kolonial.

"Hahaha" Sahak terdengar suara ketawa di luar bilik itu.

"Aduh! Eh, kenapa kaki aku?" Sahak cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku. Sahak cuba bangun lagi sekali. Berjaya! Dia bergerak perlahan-lahan keluar bilik.

"Hello, there! You wake up, finally" satu suara lelaki menyapanya. Sahak mengangkat wajahnya yang tadi tunduk melihat setiap langkahnya.

"Who are you?" soal Sahak. Sahak kemudiannya terperasan Zaman dan Ali juga ada bersama.

"Dia yang menyelamatkan kita di gaung.  Dia terdengar suara Ali meminta tolong. Lalu, segera ke sana, dan ternampak kita berdua juga turut terjatuh bersama Ali" Zaman menerangkan kepada Sahak.

Ali di samping Zaman hanya tersenyum melihat Sahak sudah sedar.

"I'm John" kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya kepada Sahak.

Sahak berasa hairan. Bagaimana mungkin di suatu tempat yang jauh ke dalam hutan, terdapat sebuah rumah yang indah. Malah, dimiliki orang asing.

Sahak memilih untuk mendiamkan diri sahaja dan mempercayai abang dan adiknya mungkin telah tahu hal ini. "Aku tanyakan mereka nanti-nanti" fikir Sahak. Lantas, Sahak menyambut salam yang dihulur John sedari tadi.

Pada waktu petangnya, mereka bersiar-siar di sekitar rumah tersebut. "Eh, seperti kawasan yang kita temui mula-mula kita ke sini, kan?" kata Ali.

"Yalah, kan? Tetapi, kenapa kita tidak perasan kewujudan rumah ini? Rumah ni bukan main besar lagi, seperti istana. Siapa mereka ini sebenarnya?" tanya Sahak yang memang daripada tadi lagi meragui John dan seluruh isi rumahnya.

"Ssshhh. Mereka menyelamatkan kita pun sudah cukup baik. Jangan kita persoalkan siapa mereka" pinta Zaman.

"What is it that you want to know, gentlemen?" tiba-tiba John bersuara daripada belakang mereka. Wajah John kelihatan sedikit menggerunkan. Seperti bukan manusia.

Zaman, Sahak dan Ali terkaku apabila melihat John yang kelihatan sedikit berlainan. Tidak begitu jelas. Tetapi aura yang mengelilingi John terasa berbeza.

Bulu tengkuk mereka meremang. Mereka dapat merasakan perubahan suhu di sekeliling. Malah, persekitaran tampak lebih suram. Sedangkan, baru sebentar tadi suasana begitu cerah.

"Sor... Sorry. There's nothing we want to know. We are grateful with what you did for us. We just hope that we could go back home as soon as possible" Zaman cuba meredakan keadaan yang dirasakan semakin seram.

"Really? Aku boleh faham bahasa kau. Cuma, tidak lancar. Aku tahu kau pasti tertanya-tanya siapa aku dan kami semuanya. Yes, your instinct is correct. We are not human. We are usually known as 'the unseen' "

"We want you to do something for us to return the favour" John tersenyum.

"Is it something we can do? If yes, we gladly help you with that" tanya Ali.

Sahak lebih suka mendiamkan diri. Dia agak gelisah, khuatir permintaan itu melebihi kemampuan mereka sebagai manusia.

"We are not from here. We came here with the human across the ocean far away, but they didn't know we were following them. We ran away from the battle you don't need to know" kata John lagi menerangkan serba sedikit asal usulnya.

"I want you to buy this piece of land. And, allow us to live here in peace. You may build any building over there as a disguise. But, do not touch this area"

"I make this offer because I know that three of you are perfect for this task. No one will ever suspect anything, as three of you are rich enough to do this, and you would simply say you fall in love with this place while hunting. Everyone will believe that" John berkata sambil mengelilingi mereka bertiga.

"Wait, please let's us discuss before we say yes" Sahak cuba mencuri sedikit masa sebelum abang dan adiknya berkata apa-apa.

"Zaman, Ali... Kau tidak rasa semua ini pelik? Aku khuatir mereka punya agenda tersembunyi" Sahak menyuarakan kerisauannya.

"Aku tidak rasa begitu. Aku cuma rasa mereka hanya ingin menjaga penempatan mereka daripada diganggu manusia yang lain. Dan kita, mampu melakukannya" jawab Zaman sambil matanya meliar mencari kelibat John yang secara tiba-tiba menghilangkan diri.

"Aku juga rasa begitu. Di antara kita semua, aku yang tersedar paling awal. Cumanya, disebabkan terlalu takut, aku memejamkan kembali mataku dan cuba memerhatikan mereka secara diam-diam"

"Mereka menjaga kita dengan baik. Beberapa kali mereka berulang alik menyemak keadaan kita" Ali cuba menyampaikan pendapatnya berdasarkan pemerhatiannya sepanjang kami di sini.

"Baiklah, aku setuju membantu mereka. Cuma, aku ingin meminta kebenaran, untuk membina sekolah di sini buat anak cucu kita. Dan, mereka, 'the unseen' mesti menghantar wakil untuk mengajar anak-anak kita berbahasa inggeris. Aku mahu anak cucu kita mendapat pendidikan yang baik" kata Sahak penuh semangat.

"Agree" jawab John yang muncul secara tiba-tiba daripada belakang mereka. Wajah John kini nampak lebih tenang dan tidak lagi menakutkan.

"So, yes?" tanya John.

"Yes, it's a deal" jawab Zaman, Sahak dan Ali serentak.

Serta-merta John dan istananya hilang daripada pandangan meninggalkan mereka sendirian di pinggir hutan.
***

"Melor? Melor? Bangun..." satu tangan menyentuhku dengan lembut.

"Apasal la awak tidur di pangkal pokok ni. Nasib baik saya dan Dahlia tak bagitau warden awak tak balik bilik. Kami putuskan untuk mencari awak dahulu di sini" kata Rose berbunyi risau.

"Eh, mana Harry? Nampak dia tak?" aku mencari-cari Harry.

"You're alone, Melor. We see no one here besides you" kata Dahlia.

"Yeke? Siap kau Harry. Suka hati je tinggalkan aku di sini" marahnya aku bila mendapat tahu ditinggalkan sendirian.

"Jom, kita balik" Rose menghulurkan tangannya menyuruh aku bangun berdiri.

Dengan perasaan yang masih tidak puas hati, aku menyambut tangan Rose, dan kami terus berjalan beriringan kembali ke asrama.

Tanpa aku sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kami berjalan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience