Bab 2

Fantasy Series 1489

"Bye!"

Aku melambai-lambaikan tanganku sehingga kelibat kereta yang dinaiki mummy dan daddy hilang daripada pandangan mataku.

Alamak! Air apa panas-panas terbit daripada mata ni? Eh, aku termenangis pulak. Cepat-cepat aku sapu menggunakan hujung jariku sahaja.

Bukan aku tidak pernah ditinggalkan mummy dan daddy. Selalu sangat. Mereka berdua selalu busy dengan perniagaan mereka yang telah diwarisi turun temurun.

Cumanya, persekitaran di sini masih asing buatku. Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Sedang ralit aku melihat ke arah pintu pagar masuk utama, dengan harapan mummy dan daddy akan berpatah balik, aku disapa lembut oleh angin sejuk di pipi kiriku.

Secara automatik aku berpaling ke arah datangnya angin sejuk itu, dan mataku terpaku kepada seseorang yang sedang berdiri sambil menyandarkan badannya di batang pokok yang rendang sebesar dua pemeluk manusia.

Tiada sesiapa kelihatan di sekeliling kami. Kebanyakkan parents telah beredar lebih awal meninggalkan anak masing-masing.

Aku mengecilkan mataku supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Jarak aku dan dia agak jauh. Dalam 20 meter.

Oh, pelajar lelaki agaknya. Berbaju tshirt putih dan berseluar hitam. Tinggi lampai, putih, atau pucat, entah tidak pasti. Rambut hitamnya dibiarkan kusut. Nasib baik dia tidak memandang ke arah aku yang tengah galak memerhatikannya.

Aku, kemudiannya, mengalihkan pandanganku dan putuskan untuk kembali ke dorm. Aku diberitahu makan malam sekitar 6 petang. Aku kelaparan.

Dan, aku masih belum sempat berkenalan dengan jiran sebelah katilku "Agaknya dialah bakal menjadi kawan aku yang pertama di sini, maybe... Who knows?" kataku perlahan.

Aku mempercepatkan langkahku. Aku tidak ingin ketinggalan nanti.

Kawasan sekolah agak berbukit. Bangunan asrama terletak pada tanah yang paling tinggi di kawasan sekolah itu. "Nice" kataku sendiri secara sarkastik.

Sedang aku mendaki tangga menuju bangunan asrama, aku terperasan ada seseorang juga sedang menaiki tangga di sebelah bangunan asrama lelaki. Anak tangga ini terletak sebelah menyebelah, tetapi tidaklah terlalu dekat.

Aku cuba menahan diriku daripada terus memandang ke sebelah sana. Nanti ada yang kata aku ni gatal la pulak.

Tetapi, hatiku meronta-ronta tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Jadinya, aku memilih untuk melirikkan mataku ke arahnya.

"Eh! Budak lelaki tadi ke? Lajunya dia berjalan, sekejap sahaja dah seiring dengan aku menuju ke asrama."

"Erm... Maybe not. I could be wrong. Baju je kot macam sama. Whatever..."

Aku terus berlari memanjat anak tangga dan cepat-cepat masuk ke dalam dorm. Jiranku masih lagi tengah menyusun pakaiannya ke dalam almari.

"Hai, nama saya Melor" kataku sambil menghulurkan salam pengenalan. Segera dia hentikan kerjanya dan berpaling padaku.

"Oh, hi! Interesting name. What a coincidence, saya Rose" salamku disambut dan kami berdua mengekek ketawa.

"Mesti wangi dorm kita nanti. Ada dua jenis bunga. Hahaha!" sambung Rose.

She's funny and cute with her chubby cheeks. Okay, mummy and daddy, I guess, I'll be fine having her next to me. I think I like her.

"Hei, seronoknya awak berdua. Kenapa? Nak join jugak. Saya tak dapat kawan sebelah katil lagi. Saya Dahlia"

Aku dan Rose makin berdekah ketawa sehingga berair mata kami. Dahlia blur. Tetapi, tidak berganjak.

"Mana aci. Beritahulah, kenapa suka sangat ni?" pujuk Dahlia.

"Aku Melor, ini Rose dan kau Dahlia. So, guess what?"

Ha ha ha... Dahlia juga turut ketawa.

"Maybe kita kena tukar nama dorm kita kepada nama Dorm Bunga" kata Rose.

"Bernas Rose" kami berdua setuju dengan cadangan Rose.

"Jom, siap! Kita turun makan sama-sama, nak?" tanya aku pada mereka berdua "Aku lapar sangat dah ni"

"Saya pun" Rose mencebik bibirnya. Geram aku nak cubit pipi dia.

"Saya dah ready. Anytime je. Nak turun panggil ya. Katil saya paling depan"

Yay! Aku dah dapat dua orang kawan. Keduanya nampak baik dan ramah. Aku harap, kami juga sekelas nanti. We'll see.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience