Bab13

Romance Series 11313

Encik iskandar yang sedang menonton berita di ruang tamu segera memperlahankan bunyi tv setelah hanan datang dengan secawan kopi.

"Terima kasih anak abah".

"Sama-sama Abah.Tadi masa inara baru sampai rumah tadi abah cakap ada perkara nak bagitahu.Abah nak bagitahu apa?"susu suam didalam gelasnya disisip sedikit.

"Oh baru abah ingat,nasib baik inara ingatkan.Ni pak cik naim mintak tolong abah.Uruskan kebun Nek Jah dekat kampung.Pak cik naim tak boleh balik,kebetulan isteri dia ada appoinment doctor.Jadi abah nak kena balik kedah dalam empat hari.Inara boleh ke duduk sorang ni?Risau juga abah nak tinggal inara,tak pernah pula abah tinggalkan inara sorang-sorang tak berteman"

"Bestnyaaa balik kampung,inara rindu nenek.Nak ikut abah jugak tapi kena kerja" hanan dah mula sebak.

"Kalau ikutkan abah memang nak bawak inara,tapi tu lah inara kerja.Mana boleh suka-suka cuti.Tapi abah tak berani nak tinggal inara sorang dekat rumah"balas Encik Iskandar.

"Emmm..."

Hanan pun sebenarnya tak berani nak tinggal sorang dekat rumah ni.Lepas kes rumah mereka hampir kena pecah masuk semasa hanan sedang menghadapi peperiksaan SPM.

"Abah sebenarnya ada mintak tolong umi dan babah rayyan.Mintak tumpangkan inara dekat sana sementara abah balik kampung"kopi yang hampir sejuk itu dihirup perlahan.

"Abah!!! kenapa tak bincang dengan inara dulu.Inara segan lah,inara lagi sanggup check in dekat emperor tu"

"Alaaa segan apanya?bukannya inara tak pernah bermalam dekat sana.Lagi pun nenda fatima suka sangat masa abah minta tolong haritu.Katanya boleh spend time dengan inara."

"Alaaaa abah.Dulu sebab ada maira.dengan raifa.Ni inara dah bertunang dengan rayyan,erm seganlah"

"Abah bukan sengaja inara.Biarlah inara malu sekali pun,asalkan keselamatan inara ni terjaga.Masa ni lah nak practice ambik hati family bakal suami.Tak gituuuu?"
sengaja encik iskandar usik inara.


"Abah pergi dulu,inara jaga diri elok-elok ya.Kalau ada apa-apa call abah terus.Abah cuba siapkan kerja secepat mungkin."

"Ermm..kalau abah tak pergi tak boleh ke?"berat je rasa nak lepaskan abah pergi.

"Janganlah macam ni,abah pergi empat hari je.Dah-dah jom gerak sekarang.Nanti inara lambat pulak sampai hotel".

Lambat-lambat hanan kucup tangan encik iskandar.Dipandang ke arah kereta encik iskandar yang semakin jauh.Okay,sekarang dia perlu ke hotel.Segera dipandu axia kesayangannya ke hotel.

***********

Faris hanya mampu gelengkan kepala apabila melihat maira yang masih bersedih.Separuh kotak tisu dah selamat dijadikan pengelap air mata yang makin lebat mengalir.Siapa sangka kehadiran mereka di hotel Mimosa menjadi punca hancurnya hati seorang maira.

"Kau dah okay?"soal faris

"Erm...Aku tak tahu.Aku tak boleh nak fikir!Aku kecewa sangat faris.Aku tak faham kenapa mereka sekeluarga tipu aku!!!Aku ni memang senang orang nak pijak ke?Senang-senang nak tendang kesana sini.Atau sebab aku ni yatim piatu?"maira masih kecewa.Andai kata dia tidak ke hotel mimosa hari ini,mungkin dia tidak tahu pembohongan hakeem sekeluarga.

"Abang,suapkan tikah nasi goreng abang tu"manja rengekan atikah.

Hakeem hanya melayan kerenah atikah,lagi-lagi atikah sedang hamil anak sulung mereka.

"Manja betul menantu ibu ni ya"kata Puan Rosnah.

"Awak tu pun macam tu lah masa mengandungkan hakeem.Semua nak bersuap"balas Encik hakimi.

Hakeem hanya tersenyum,bahagia melihat isteri dan kedua ibu bapanya menikmati makanan dengan penuh selera.

"Abang dah bagi tahu maira pasal kita?"soal atikah pada hakeem.

Tanpa mereka sekeluarga sedar maira dan faris sudah mendengar perbualan mereka tadi.Hati yang gembira semasa melangkah ke dalam hotel untuk menikmati makan tengahari bersama maira dan mika bertukar panas.Tanpa sedar tangannya dikepal-kepal.Faris bengang dengan tindakan hakeem yang memainkan perasaan maira.Sudah berkeluarga tapi acah-acah bujang.

"wow...wow...wow...hebat betul permainan ustaz hakeem.Selera betul makan.
Wow,tahniah...berapa bulan dah baby dalam perut WIFE ustaz hakeem tu?"faris tepuk tangan.Orang sekeliling yang mula memandang tidak dihiraukan.

"Maira...saya boleh terangkan"segera hakeem bangun dari duduknya.

Faris yang berdiri disebelah hakeem segera menolak bahu hakeem supaya duduk kembali.

"Kau nak terangkan apa lagi?Aku dengan maira dah dengar dari awal lagi!!!"balas faris.

"Sampai hati awak hakeem.Awak dah berkahwin dan bakal jadi ayah tapi kenapa awak perlu mainkan perasaan saya?Patutlah setiap kali saya ajak bincang hal kahwin awak mengelak.Beribu alasan yang awak bagi!!!Puan rosnah,Encik hakimi,terima kasih untuk penghinaan ni.Pakcik dengan makcik tahu hakeem dah berkahwin tapi kenapa perlu pinang saya untuk hakeem???Sebab saya anak yatim piatu?senang nak campak sana sini?"tiada lagi panggilan ibu atau ayah.Tiada sudah hilang kepercayaan pada mereka sekeluarga.

Cincin tunang dijari manis segera dilepaskan.Diletakkan diatas meja."Mulai hari ni kita dah bukan sesiapa.Tahniah buat Encik hakeem sekeluarga tak lama lagi nak dapat ahli baru dalam keluarga.Puan atikah,jaga lah suami dan keluarga awak elok-elok ya.Takut nanti terkejut pulak hakeem ni dah beristeri empat!!!"

Faris segera menarik hujung baju maira.Mahu tinggalkan keluarga yang menjadi punca lukanya hati maira.

Hakeem segera mengejar faris dan maira.Tangan maira ditarik kuat"Maira jangan buat macam ni please.Ni semua salah saya.Ibu dengan ayah tak salah."

Terkerut dahi maira menahan pedih akibat ditarik hakeem."Lepas...saya tak kenal awak atau kedua orang pakcik dan makcik di meja sana!!!Tolong jaga tingkah laku awak!!!Lepaskan tangan saya sekarang!".Maira tak dapat melawan tenaga lelaki hakeem.Makin kuat cengkaman ditangan.

"Faris,maira.."laung mika yang baru tiba di restoran milik hotel mimosa.Pelik melihat agenda maira ditarik didepannya.Makin laju mika mengatur langkah.Dulang ditangan waiter yang kebetulan ada disitu ditarik kemudian segera dipukul kepala hakeem dengan dulang.

Terkejut para pelanggan yang berada di restoran tersebut.

"Tu baru sikit eah!Kau jadi jantan jangan suka-suka nak pukul perempuan!Aku nampak kau buat lagi,siap kau!"terpegun faris dengan tindakan mika,belum sempat faris buat apa-apa mika dah layangkan dulang dulu.

Hakeem terasa kepalanya berdenyut akibat pukulan dulang mika tadi.Terdengar pelanggan sekitar mula berbisik.Entah bisikan syaitan mana yang menghasut,
hakeem segera menolak mika.

Mujur sahaja faris sempat menarik mika daripada jatuh."Ni dah lebih ni.Mula-mula kau luka kan hati maira,sekarang kau nak cederakan tunang aku pulak?"terus dilayangkan penumbuk ke muka hakeem.

Puan Rosnah dan Encik Hakimi segera bangun.Terkejut melihat anak lelaki mereka ditumbuk oleh faris.Bagi mereka perbuatan faris amat melampau.

Pangggg...Puan Rosnah menampar pipi kiri maira.Terkedu para pelanggan lain.

"Ni semua punca dari kau!!!Memang aku sengaja pinangkan kau untuk hakeem.
Sebab menantu aku dulu tak pregnant tapi sekarang aku dah tak perlukan kau! Hakeem memang suka kan kau tapi bukan aku.Aku cuma nak cucu daripada hakeem.Apa istimewa sangat kau ni sampai budak ni pukul anak aku?".

Terduduk maira mendengar pengakuan puan rosnah.Tak sangka.Sungguh maira tak sangka yang puan rosnah menyimpan niat sebegitu.

Berasap telinga mika dan faris apabila mendengar pengakuan puan rosnah.Mika segera melangkah ke arah puan rosnah.Nak ditarik tudung dikepala puan rosnah.
Bertudung labuh tapi hati busuk.Aku pukul anak dia tak boleh?Dah anak dia pukul perempuan takpe?Dasar makcik tak sedar diri!!!

"Adyra Mikayla stop...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience