Bab 8

Romance Series 11313

Hanan masih ligat membersihkan ruangan kerjanya.List yang ditampal pada personal board ditenung.Tinggal kurang dari 24jam je lagi sebelum majlis sambutan hari lahir anak pemilik hotel berlangsung.Tinggal lagi dua menu yang perlu dia siapkan.Lagi pula hari majlis diadakan nanti hanan sedang bercuti.Cuti khas sempena hari lahirnya.Awal lagi dipesan oleh rayyan untuk mengambil cuti.Nak spend time masa bersama katanya.Lagi pula semenjak bekerja semakin jarang mereka berdua bertemu.

"Erm tinggal petit four dengan pistachio kunafa.Siapkan petit four dulu baru jalan kunafa.Pengsan lah aku hari ni".

Mirzan yang baru sampai segera menyapa hanan."Hanan,banyak lagi menu kau?".
Hanan menoleh ke arah mirzan.Tak sangka kan dia dan mirzan bekerja di hotel yang sama.Tersurat rezeki mereka berdua di Hotel Emperor.Sedar sedar dah 3tahun mereka disini.
"Eh mirzan,tinggal tiga lagi ni.Dah lah leceh tiga tiga ni punya resepi.Nasib aku lah hadap ni.Boleh pulak kena time Chef Mok cuti".
Ketua chef dibahagian dessert and pastry,chef Mok awal lagi dah ingatkan hanan pasal menu ni.Nak hanan juga siapkan,orang lain tak boleh sentuh.Mati lah hanan nak melayan arahan chef mok ni.Suka sangat buli hanan.Mujur semasa majlis nanti chef mok ada.Pandai lah dia touch up mana yang tak berkenan nanti.

"Kau nak aku tolong ape ape tak ni?Aku free petang ni.Dessert lain semua aku dah siap topup semalam".
"Even chef mok tak bagi sesape tolong,aku nak jugak kau tolong aku.Tolong aku buat petit four ni mirza.Leceh benda ni,mujur yang special untuk birthday boy je".
"Aku no hal nak tolong.Kau pandai je birthday boy,kau tahu tak anak bos tu umur berape?Dah tua dah panggil birthday boy hahahaha".

"Mana aku tahu tua tak tua.Mana pernah jumpe.Petit four ni flavour lemon,rasberry,
caramel and coffee.Weird combination betul laaa.Selera ape ni?"

"Selera orang kaya lah ape lagi hahahaha"sakan mirzan kenakan hanan.

Ada je akal si mirzan ni.Macam mana lah wife si mirzan ni boleh layan kepala mirzan ni.Lega jugaklah mirzan sudi tolong.Kalau tak mahunya dia pulang lewat pagi.


Hanan segera mencabut apron."Siap jugak akhirnyaaa.Arghhhh nak patah pinggang aku hari ni".
Jam menunjukkan pukul 2pagi,baru lah hanan berangkat pulang.Tu pun kira awal dah,kalau mirzan tak tolong mahunya masa ni belum siap lagi kerjanya itu.Mirzan sudah pulang sebaik sahaja tamat shift dia tadi.Tak senang pulak hanan nak tahan mirzan lagi pun dah tak banyak nak buat.Tinggal touch up sikit je.Ni lah struggle duduk di bahagian dessert.Semua kena perfect,tak boleh salah sikit.Kalau salah alamatnya ke tong sampah lah ceritanya.Leganyaaa bila dah siap task chef mok bagi.Esok boleh rehat lama sikit.Baru hanan teringat pesanan ws rayyan yang belum dibalas.

Jam di iphone rayyan pandang sepintas lalu,baru pukul sepuluh malam.Rayyan masih menunggu hanan membalas ws.Lima minit berlalu masih tiada tanda hanan online.Akhirnya rayyan mengalah,
takpelah esok boleh jumpa jugak hanan.Mybe hanan masih busy siapkan kerja di kitchen.Disambung menyemak fail fail yang dibawa pulang ke rumah.
'Hanan baru balik ni,baru siap kerja.Abang tak payah call hanan eah.Hanan nak rehat dah ni.Bye abang.I cinta you "segera dihantar pesanan itu ke nombor rayyan.

************
Selesai solat subuh,segera fawwaz menyarung pakaian sukan.Awalnya nak keluar jogging di luar tapi dibatalkan hasratnya apabila hujan turun.Bilik ditingkat dua yang menempatkan alatan bersenam dituju.Nampaknya bersukan dalam mini gym je lah pagi ni bisik hati fawwaz.

30minit berlari diatas treadmill stamina fawwaz makin berkurang.Kebiasaanya satu jam atas treadmill pon dia masih steady.Sekarang stamina dah kurang,lagi pula usia dah menginjak angka 27.
"Lewat birthday boy bangun hari ni"tegur puan sofea apabila fawwaz baru tiba di meja makan.

Air apple marigold dituang ke dalam gelas."Angah bangun awal lah mama.Angah exercise tadi.Pastu mandi baru turun ni".
Encik Eiffat yang baru muncul diruang makan bersama rifqi segera mengambil tempat di meja makan.
"Sedapnya bau...Wow mama masak shawarma for breakfast?Along ingat mama masak nasi goreng ayam tadi".Yelah malam tadi rifqi nampak mama potong isi ayam,so ingat dapatlah makan nasi goreng ayam pagi ni.

"Breakfast ringan dulu lah along.Lunch nanti kan nak ke hotel.Baju mama dah letak dalam wardrobe.Yang bungkus plastik tu tau.Ikut tema warna favourite angah,cobalt blue".
Encik Eiffat hanya mendengar perbualan isteri dan anak anaknya.Habis sebiji shawarma selamat masuk keperutnya.
"Mama ni siap bertema bagai,malu lah angah.Macam sambut birthday budak 3tahun pulak"pelipisnya digaru kejap.

"Alah bukan selalu,nanti mama dah ada cucu jangan kamu cemburu pulak mama sambut lagi meriah".

Gulp...Telan air liur rifqi dan fawwaz.Petanda apakah ini kalau mama dah sebut pasal cucu.Ada baiknya angkat kaki sebelum mama buka cerita pasal kahwin.
"Er mama,angah naik tengok baju dulu ya"sehabis besar langkah fawwaz buka.

"Along pon same".Segera rifqi mengejar langkah fawwaz.

Puan sofea mula cekak pinggang."Hah,lari pulak".Susah betul lah nak ajak bujang tua ni cakap pasal kahwin.Rifqi dan fawwaz,sama je keduanya.Kerja memanjang sampai sekarang tiada buah hati.

**********

Hanan mengeliat malas.Masih tersisa penat menghadap task semalam.Baru sahaja ingin melangkah ke bilik air, iphonenya berbunyi nyaring.
"Morning love,happy birthday my dear hanan inara.Abang doakan hanan dipanjangkan umur dan sentiasa murah rezeki.Semoga love berjaya dunia akhirat"ucap rayyan sebaik sahaja hanan menjawab panggilan telefon.

"Aamiin..aamiin.Terima kasih atas doanya abang.Terima kasih sebab tak jemu doakan hanan".Hanan terharu,saban tahun inilah ucapan rayyan.Doakan hanan panjang umur,murah rezeki,berjaya dunia akhirat.Tak pernah miss setiap tahun.

"Ni lah hadiah terbaik yang abang boleh hadiahkan buat hanan,supaya Allah jaga buah hati abang ni.Harta dunia tak sebaik doa kita pada Allah.Love jangan lupa ya our date today.Wear dress yang abang bagi minggu lepas tau"pesan rayyan.
"Okay abang.Hanan letak dulu ya.Nak mandi ni.Jumpa kejap lagi tau.Bye,assalamualaikum".

"Waalaikumsalam".

**********

Yasin ditangan diletakkan ketepi,diusap perlahan batu nisan yang didepannya.
"Assalamualaikum ibu,hanan datang ni.Hari ni genap umur hanan 26 tahun bu.Besar dah anak dara ibu ni.Terima kasih ibu sebab lahirkan hanan.Maafkan hanan sebab tak sempat balas jasa ibu.Ibu dan adik tunggu hanan disana ya,suatu hari nanti hanan akan menyusul.Ibu,hanan dah buat keputusan.Hanan nak bawak hubungan hanan dengan abang rayyan ke langkah ke seterusnya.Ibu tahu tak?abang rayyan tu sanggup tunggu hanan sedia dulu.Baikkan bakal menantu ibu tu.Ibu bagi restu ibu pada kami ya.Ibu doakan kami ya ibu".
Setiap tahun itulah rutin hanan pada hari lahirnya,ke kubur arwah ibu dan adiknya.Duduk menghabiskan masa beberapa jam dikubur.Bercerita kisah hidup dia pada ibu dan adiknya.
Hanan bergerak ke kubur adiknya yang terletak sebelah ibunya."Adik,kakak rindu sangat.Maaf lama tak datang.Kakak busy sikit sekarang ni.Adik jangan risau,kakak jaga abah dekat sini.Adik jaga ibu dekat sana tau.Kakak..."air mata yang bertakung di tubir mata pantas dikesat.
"Kakak rindu adik.Mesti adik hensem kan.Dulu adik selalu peluk kakak,adik cakap adik nak jaga kakak.Kenapa adik pergi dulu?Adik tahu tak bakal abang ipar adik tu hensem.Adik pon kalah tau dengan dia.Patutnya adik ada tolong abah untuk uruskan majlis kakak nanti.Kakak tak kuat dik"makin sayu suara hanan.
Iphone yang bergetar dari dalam poket baju kurung menyedarkan hanan."Allah,apa yang aku cakap ni?Tak baik menidakkan takdir.Maafkan aku Ya Allah".

Dipandang lama kubur arwah ibu dan adiknya."Hanan balik dulu,nanti hanan datang lagi jumpa ibu dengan adik".Segera hanan melangkah ke arah kereta.Tak mahu berlama disitu,dia takut hanyut dengan kesedihan.Takut meratapi dan menidakkan takdir tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience