"Adyra Mikayla stop...Jangan kotorkan tangan mika dengan pelesit macam ni.Guard tolong bawak keluar keluarga ni dari hotel saya"
Merah muka hakeem sekeluarga diperlakukan sebegitu.Dengan bisik-bisik pelanggan restorant yang mengutuk mereka sekeluarga.
"Oh ya satu lagi Encik Hakeem,tolong jangan ganggu maira lepas ni.Kalau saya tahu encik hakeem menganggu lagi,tunggu surat saman.Saya tak suka pelesit kacau bakal isteri saya".
Segera hakeem mempercepatkan langkah.Malu?Ya memang malu.Disebabkan maira dia sekeluarga dihina oleh lelaki tadi.Bukan dia tak kenal gerangan lelaki tadi.Ady Mikael pemilik hotel mimosa.
Maira terkaku dengar amaran ady kepada hakeem.Mungkin ady kata bergitu untuk menyelamat air muka maira.Tapi maira tak suka diperlakukan bergitu,nampak sangat ady memandang rendah pada dia.
Ady mikael segera memohon maaf kepada para pelanggan atas kejadian kurang elok tadi.Segera ady minta pengurus untuk uruskan masalah yang timbul tadi,
manakala mika,faris dan maira dibawa ke ruang yang lebih privasi.
"saya mintak maaf dah buat kecoh dekat sini"ujar maira yang masih lebat dengan air mata.
"Awak tak perlu minta maaf,bukan salah awak.Lelaki tadi yang mula kan.Dia lelaki dia tak patut buat macam tu pada orang perempuan"sekotak tisu diletakkan didepan maira.
"Elok lah kau dah putus dengan dia maira.Aku doakan kau dapat jumpa lelaki yang beribu kali lebih baik".Faris menafas lega.Sakit maira hari ni mungkin lebih baik daripada lebih lama maira tertipu dengan hakeem".
"Mika nak cakap kejap.Jom ikut mika".tangan abang kembarnya ditarik.
"Kenapa ady cakap macam tu tadi?"soal mika.
"Cakap apa?yang mana satu?banyak ady cakap tadi"ady buat muka keliru.Aku ada salah cakap ke tadi bisik hati ady.
"Pasal maira tu bakal isteri ady lah.Apa pula orang cakap pasal maira nanti.Baru putus tunang dah ada pengganti?People will go around and say maira tu perempuan tak malu,takdek maruah.Mika faham sangat mulut makcik-makcik zaman sekarang ni.And mika rasa tindakan ady tu bukan tindakan yang baik.You make it worse! perempuan tak suka dianggap lemah okay!"
"It's not about lemah or what adyra mikayla!!!Kalau ady tak cakap mcam tu mungkin hakeem family will make it more and more malu to maira.Mulut orang kita tak boleh tutup mika.Ady niat baik bukan nak malukan maira.Ady naik office dulu,enjoy your lunch"ady walaupun dia lelaki,dia terguris dengan kata-kata mika.Tak pernah timbul niat nak jatuhkan maruah sesiapa.
"Kau dah okay?"soal faris
"Erm...Aku tak tahu.Aku tak boleh nak fikir!Aku kecewa sangat faris.Aku tak faham kenapa mereka sekeluarga tipu aku!!!Aku ni memang senang orang nak pijak ke?Senang-senang nak tendang kesana sini.Atau sebab aku ni yatim piatu?"maira masih kecewa.Andai kata dia tidak ke hotel mimosa hari ini,mungkin dia tidak tahu pembohongan hakeem sekeluarga.
Mika yang baru sampai dengan kotak first aid segera membantu meletakkan ubat di tangan maira.
"Maira,mika mintak maaf bagi pihak ady.Mika tahu kata-kata ady tu buat maira rasa rendah diri.Ady cuma nak tolong,dia tu memang lembab sikit bab perempuan ni"sengaja mika selitkan kutukkan pada hujung ayatnya.
"Pada pandangan aku,ady takde niat nak buat maira rendah diri.Dia cuma nak lindungi maira daripada mak hakeem tadi tu.Mika,ady tu single lagi tak?Mana tahu boleh jadi bakal suami maira"sengaja faris mengusik.Ingin mengembalikan mood maira.
Maira jeling faris.Kotak tisu dilemparkan pada faris."Kau ni memang suka tambah garam pada luka aku eah.Aku dengan ady tu jauh sangat beza.Macam kapal terbang dengan basikal kau tahu tak?"
Faris dan mika tahan gelak mendengar perbandingan yang maira bagi.Ada pulak macam tu,biasa orang cakap enggang dengan pipit.Si maira ni kepala advanced sangat.
"Okay...Sorry maira.Lepas ni aku janji aku jadi gula je,tak jadi garam dah.Pipi kau okay tak maira"risau jugak dia.Agak kuat tamparan puan rosnah tadi.
"Emmm...Takpelah,aku dah taknak cakap pasal ni lagi.Aku okay je cuma hati aku ni.Pipi ni paling kurang esok bengkak je.Dahlah,tutup cerita pasal ni okay.Aku penat"
"Okay kita tutup.Kita lunch dulu okay"segera mika memanggil waiter.
*************
Janggal?ya itu yang hanan rasakan buat masa ni.Sekarang dia bersama keluarga rayyan sedang menikmati makan malam.
Suka betul nenda fatima dan puan reesa dengan kehadiran hanan di teratak mereka.
"Hanan,tambah lagi lauk tu.Sikit je makan ni.Ke umi masak tak sedap?soal puan reesa.
"Eh sedap lah umi masak.Hanan segan lah umi,biasa ada raifa"
Raifa zahira sudah pulang ke bumi kenyalang selepas seminggu bercuti.Berbaki lagi dua bulan lagi sebelum dia menamatkan pengajiannya.
Rayyan sendukkan daging salai masak lemak ke dalam pinggan hanan.Tahu hanan suka akan masakkan kampung,cuma segan nak makan banyak.
Encik raykal yang sedang menikmati pencuci mulut segera bertanya berkenaan persediaan kahwin hanan dan rayyan.
"Untuk majlis akad nikah nanti nak buat dirumah atau di hotel hanan?
"Hanan dengan abang rayyan dah bincang nak buat akad nikah dekat rumah hanan.Majlis sanding je buat di hotel.Babah rasa okay tak?".
"Babah tak kisah dekat mana-mana pun,asalkan kamu berdua selamat jadi suami isteri.Kalau ada perlu bantuan babah nanti,bagitahu babah tau."
"Baju untuk majlis sanding dengan akad nikah nanti biar nenda yang sponser okay"kata nenda fatima.
"Lah biar reesa lah settle pasal baju tu mak.Takkan lah ada butik tapi baju anak menantu nak bagi mak uruskan.Biar reesa sponser baju,mak sponser yang lain lah ye"manja saja suara puan reesa berbicara dengan nenda fatima.
Hanan dan rayyan tergelak melihat terlatah mereka berdua.Nampak comel je berebut siapa nak sponser.
"Yelah,mak sponser honeymoon lah kalau macam tu.Hanan dengan rayyan nak kemana?Nenda pastikan korang dapat honeymoon puas-puas.
Merah pipi hanan dengar kata nenda.Belum kahwin lagi nenda dah cakap pasal honeymoon.Malunya mana nak letak muka yang rasa macam dah terbakar ni?
Rayyan yang perasan akan pipi hanan,tersengih.Rayyan tahu hanan malu.
"Apalah nenda ni,kami belum kahwin lagi.Nanti lah kita bincang pasal honeymoon ni.Biar selesai urusan kahwin dulu"kata rayyan.
"Nenda cuma excited rayyan.Nak dapat orang baru dalam keluarga kita"senyum dilemparkan pada hanan.
"Nampaknya rayyan dengan hanan kena siapkan diri je lah kalau dah umi dengan nenda nak sponser ni"usik Encik raykal.
Akhirnya ruang makan di teratak nenda dipenuhi dengan ketawa mereka sekeluarga dan hanan.
************
Bau kemenyan yang memenuhi rongga hidungnya tidak dihiraukan.Tengkorak yang menghiasi bilik itu dipandang tanpa rasa takut.Tujuan dia hanya satu,untuk pastikan orang yang dia cintai tunduk pada dia.
"Kau ada gambar?"soal bomoh siam yang berpakaian serba hitam itu.
Gambar orang yang dicintainya sedang tersenyum manis dihulurkan pada bomoh tadi.
"Saya nak tok buat dia suka kan saya.Saya tak kisah apa pun perlu saya buat asalkan dia milik saya!"
"Aku takde masalah dengan permintaan kau cuma pengeras dia ..."
Sampul berwarna coklah dilempar didepan bomoh siam tadi.Dipenuhi dengan not Rm50 dan Rm100.Dia tak kisah perlu berhabis duit untuk dapatkan apa yang dia mahu.
Keretanya segera dipandu keluar dari kawasan rumah kampung tersebut.Gembira dengan barang yang diberikan oleh bomoh tadi.
"Let's start the game.Malam ni aku boleh tidur dengan lena.You tunggu i.Lepas ni dalam kepala you cuma akan ada i".
Share this novel