Bab12

Romance Series 11313

Hanan makin gelisah,sekejap ke kiri sekejap ke kanan.Puas dia cuba pujuk mata ni untuk tidur tapi kata-kata maira masih bermain difikirannya.Dia takut perkara yang sama terjadi pada dia.Segera di dail nombor encik tunang.

"Erm...hello"

"Hello...abang dah tidur ke? hanan kacau eah.Takpelah hanan tutup dulu.
Assalamualaikum"

"Eah love jangan tutup dulu.Kenapa call ni?Abang tak kisah pun love call.Ada anything nak carita dengan abang ke?".

Hanan mula rasa bersalah akibat terlalu berfikiran negatif,tak pasal-pasal tidur rayyan terganggu.Mereka keduanya bukanlah jenis yang suka bergayut di telefon lama-lama.

"Erm hanan cuma nak tanya...abang betul cintakan hanan?...

Rayyan yang mamai terus kembali segar apabila hanan bertanya."Of course lah love.Abang cintakan hanan.Takkan lah abang nak mainkan love after bertahun tunggu love.Why love tanya?Ada anything abang buat salah ke?Or ada sesiapa bagi tahu love apa-apa ke?"

"Tak.Cuma terfikir apa yang ada pada hanan yang buatkan abang cintakan hanan.Hanan ni banyak sangat kekurangan,rasa macam rendah sangat diri ni kalau nak bandingkan dengan abang"kata hanan.Ya cerita maira terlalu menguasai kepalanya.

"Love please stop negative thinking.Kita manusia memang tak sempurna,tiada siapa pun yang sempurna.Dah jangan fikir lagi okay.Kita baru lagi bertunang.Or mybe ini kot yang orang cakap dugaan bertunang".

"Erm sorry...Abang sambunglah tido dulu.Hanan tutup dulu ya.
Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam...."Rayyan tersenyum.Perempuan dan overthinking memang susah nak berpisah!

***************

"Maira,please stop ulang kuis makanan and kacau jus tu.Tak tenang aku nak makan ni.Kau ada masalah ke?Dari tadi senyap.Aku,hanan dengan rai je yang duk bersuara dari tadi.Kau pulak dah macam duduk lain dah ni?kau dah sampai mana ni?bulan?bintang?ke syurga"soal faris.Tak puas hati dengan tindakan maira.

"Aku okay je.Cuma takde selera nak makan".

"Kau jangan nak menipu lah maira.Aku tahu kau tengah menipu sekarang ni.Aku kenal sangat muka masalah kau.Aku dah hafal sangat,apa guna aku ni sebagai kawan kau kalau tak boleh nak tolong kau.Kita ni dari tingkatan satu sampai dah umur dua puluh enam dah kita berkawan.Aku benci lah tengok muka cicak tercirit ni!!!"

Hanan dan raifa hanya memerhati faris membebel pada maira.Nak gelak puna ada.Ada pulak disamakan maira dengan cicak hahaha.Sekali tengok macam bapak marah anak pun ada,tapi disebabkan faris tengah membebel benda yang betul,baik mereka diamkan diri sahaja.

"Aku...aku."

Faris garu kepala."aku...aku..aku apa?sejak bila pulak kau gagap ni?"sergah faris.Maira terkejut dengan sergahan faris,mujur tak termelatah.

"Haish kau ni faris!!!Aku cuma takut tunang aku curang.Aku dapat gambar dia berpegang tangan dengan perempuan dekat pantai!!!"

Faris,raifa dan hanan terdiam.Mana mungkin tunang maira curang.Lagi pula tunang maira,hakeem tu seorang ustaz sekolah agama.Takkan ustaz senang-senang nak pegang tangan perempuan yang bukan halal bagi dia?

"Maira yakin ke hakeem curang?Kan hakeem tu ustaz,takkan dia nak pegang tangan perempuan lain sesuka hati dia.Dia tahu kan apa dosa pahala"tanya raifa.Selembut mungkin diatur ayat,takut maira terkecil hati.

"Atau mungkin tu ahli keluarga dia?Dia ada kakak or adik perempuan tak?soal hanan pula.

"Hakeem ada abang je.Dia dua beradik je hanan,rai.Maira pun tak faham,takkan hakeem nak duakan maira?"maira buntu.

"Entah-entah tu isteri dia.Dia kawin senyap-senyap belakang kau,maira".

Pap...raifa ketuk mulut faris dengan sudu.
Tu lah mulut tu laju je,tak reti nak tapis dah perkataan sebelum keluar!

"Haish sakit lah rai!!!Aku cuma cakap apa yang berkemungkinan je.Senang cerita macam ni lah.Maira kau berbincang dengan hakeem dulu.Tanya dia elok-elok.Aku tak nak bersangka buruk tapi ni untuk kebaikkan kau juga.Kalau kau nak aku teman pon boleh.Kau cakap je".

"Thanks faris,tapi aku rasa better aku bincang berdua je dengan hakeem.Mungkin aku salah faham je kot.Sorry buat korang risau"

"Takpe lah maira.Ini lah guna ada kawan.Nanti kalau ada apa nak share,just cakap je dengan kami"jawab raifa.

"Settle cepat-cepat tau.Kau dengan hakeem pun dah tak lama dah nak nikah kan?lagi lima bulan kan?"

"InsyaAllah aku bincang elok-elok dengan dia nanti.Yup lagi lima bulan.Awal sebulan je dari kau dengan mika".

Maira lega dapat luahkan apa yang terpendam,semoga hubungan dia dengan hakeem akan baik-baik sahaja.Bersyukur
ada kawan seperti raifa sering beri nasihat dan ingatkan maira untuk selalu positif.Hanan yang selalu menjadi pendengar yang setia.Faris yang selalu melindungi walau mulut masyaAllah menyakitkan hati.

Faris tekad dalam hati,andai kata hakeem sanggup luka kan hati maira memang dia akan bantai si ustaz tu cukup-cukup.Dia dah anggap maira seperti adik sendiri setelah maira pernah menolak luahan perasaan dia satu ketika dulu.Tapi syukur,sekurangnya mereka masih bersahabat dan makin selesa selepas luahkan apa yang tersimpan di hati.
************

Pavlova yang sudah siap dihias dengan buah buahan diangkat ke chiller.Sekejap lagi ada event di ballroom hotel emperor.Hanan dan beberapa lagi staff kitchen masih sibuk menyiapkan hidangan seperti di dalam menu.Apa dua tiga perkara lagi yang perlu hanan siapkan.
"Mirzan,kejap lagi tolong angkatkan rojak buah ni ke ballroom ya.Hanan nak tambah cupcake sikit lagi ni".

"Eh takpe mirzan,biar aku bawak rojak buah ni.Kau teruskan kerja kau"kata chef mok.Mirzan menunjukkan thumbs up pada chef mok.

"Thank you chef mok!!!!"kemudian hanan kembali fokus menyiapkan icing cupcake.

Pinggan yang berisi bungkusan telur ditolak kedepan hanan.Hanan kebingungan telur ape ni?Macam telur bungkus,sekali tengok.

"ape ni chef?telur bungkus ke?telur bistik?"

"Kuey teow pattaya ala chef mok.Aku dengar perut kau karokae lagu rock kapak tadi tu aku menghilang pergi kacau malay kitchen kejap".

"Wow,terima kasih chef.Hanan tak sempat makan tadi tu perut bunyi.Mirzan jom makan sekali dengan hanan"

Mirzan segera menuju ke arah hanan dan chef mok,kebetulan juga dia sedang lapar.Alang-alang hanan dah pelawa,apa lagi kita serang laaaa...


**********

Tok..tok.tokk...Fawwaz yang leka memeriksa dokumen segera mengarahkan kak fiza masuk.

"Ada apa kak fiza?"wajahnya dihala ke arah kak fiza.Dokumen ditutup.Seronok bekerja dengan kak fiza,banyak yang kak fiza bantu semasa awal-awal fawwaz menjadi ceo.Tak membazir lah lapan tahun pengalaman kak fiza sebagai seorang secretary.

"Event dah nak mula.Datuk seth uwais dah on the way ke sini".

"Okay,kak fiza.Terima kasih.Bagi saya lima minit lagi,lepastu kita turun ke ballroom"segera kak fiza kembali ke ruangan kerjanya.Memberi ruang pada fawwaz untuk bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience