Bab 7

Romance Series 11313

Malam ini kediaman Puan Sofea dan Encik Eiffat riuh meriah dengan kepulangan Fawwaz Emir.Penuh meja makan dengan hidangan kegemaran fawwaz.Ada sambal udang,ketam masak lemak cili api dan paru berlada.Walaupun lahir di dubai,masakan melayu tetap menjadi pilihan mereka sekeluarga.Berkat ajaran nenda fatima dan puan reesa terhadap puan sofea.

"Baby dah lah letak lauk dalam pinggan angah tu.Nak macam bukit dah udang tu.Along nak makan jugak"

Tergelak Encik Eiffat melihat telatah anak anak.Bersyukur dikurniakan anak anak yang saling menyayangi sesama mereka.

"Along makan lah lauk lain.Ni baby masak special untuk angah okay".Bersungguh aisya meminta mama mengajar masak sambal udang petang tadi.
"Patutlah lah bangdik rasa tak sedap.Baby yang masak rupanya.Baby takde bakat lah,kena practice lagi okay".Sengaja aqil mengusik si bongsu,padahal elok je rasa sambal udang tu.

Fawwaz tergelak melihat wajah cemberut aisya segera memujuk si bongsu.

"Sedaplah baby,lepas ni boleh masak lagi untuk angah.Adik sudah lah usik baby tu,kang merajuk nanti adik juga nak kena pujuk".

"Dahlah tu,ni angah bila nak masuk kerja?Boleh tolong along nanti"soal Encik Eiffat.

"Minggu depan lah papa.Angah nak rehat dulu,nak jumpa nenda,abang ian,rai,umi and babah dulu.Dah ready baru angah masuk kerja lagi pun along kan hebat.Takpayah angah tolong pun takpe rasanya".
Aik angah ni nak mengelat ke ape ni.Segera rifqi menyampuk.

"Banyak lah angah punya hebat.Along need vacay okay.Tepu dah kepala fikir pasal hotel tu.Lagi pula next month our new hotel dekat langkawi will officially buka.So along need your help okay,angah".

Urusan Hotel juga merupakan salah satu sebab utama mereka pulang terus ke malaysia.Sebelum ini hotel ini di uruskan oleh babah.Arwah datuk Ahmad meninggalkan syarikat perabot dan hotel buat umi dan papa.Sekarang ini,babah menyerahkan kembali hotel kepada papa untuk diuruskan.Tidak perlu berebut harta,cukup peninggalan datuk Ahmad kepada mereka.Lagi pula semasa masih hidup datuk ahmad sering berpesan pada umi dan papa untuk tidak mementingkan harta dunia.Senang dunia belum tentu membawa bahagia ke akhirat.

***********

"Mika nak tolong hanan taknak.Jomlah hanan kerja sekali dengan mika.Baru lah happening kitchen kalau ada geng sekepala"mikayla dah tayang muka comel depan hanan.
Air milo air didepannya dikacau perlahan.
"Hanan bukan ape mika,hanan kalau boleh nak usaha sendiri.Nanti orang cakap hanan dapat kerja sebab anak bos tolong.Taknak lah macam tu.Hanan nak masuk kerja tu dengan usaha hanan.Sorry tau mika,bukan hanan taknak kerja dekat hotel ayah mika tu".
"Erm takpelah hanan.Mika taknak paksa dah.Mika tahu hanan tak suka kena paksa.Tapi andai kata hanan perlukan pertolongan mika,hanan cakap tau.Mika akan tolong walau apa pun.Hotel mimosa akan sentiasa terbuka untuk hanan".

Segera tangan mika dicapai.Digengam erat tangan itu."Alaaa sweetnya mika,thank you selalu ada untuk hanan tau".
"No problem lah hanan.Lagi pun hanan selalu jugak ada dengan mika.Dah macam twins kita ni kan".
"Hahaha...kalau hanan ni twins mika maknanya mikael tu pun twins hanan lah kan.Tu dah jadi triplet lah pulak".Apelah si hanan punya lawak hambar ni.Tiba tiba termasuk sekali nama si abang kembar mika,Ady mikael.

"Hanan jangan diseru nama mikael tu,kang muncul jenuh hanan nak layan nanti"..

Hanan tergelak teringatkan Ady Mikael.Selamba badak je confess dekat hanan depan Rayyan.Kesudahannya malu yang dapat.Tu lah tak bertanya apa,dengan confident yakin hanan tu single.Sekarang kalau bertemu perkara itu lah yang acap kali dijadikan modal mengusik mikael.

"Hanan try minta hotel mana?Kot kot lah dekat dengan mika kan.Boleh lah jumpa selalu".
"Yang belum bagi jawapan hotel Dandelion dengan hotel Emperor.Yang lain tak dapat,tinggal dua ni je lah harapan hanan".
"Dandelion tu bukan dekat sepang ke?Jauhnya mintak.Mika harap hanan dapat kerja dekat Emperor.Dekat pon dekat dengan mika".
"Mika doakan hanan ada rezeki dekat Emperor eah.Tu memang paling atas dalam list hanan"

"Aamiinnn.....InsyaAllah ada rezeki hanan".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience