Hanan segera keluar dari kereta.Kelihatan rayyan yang sedang melihat permandangan tasik titiwangsa.
"Abang,maaf hanan lambat sikit"
Rayyan masih memerhati tasik di depan mereka.Dia sudah nekad untuk putuskan pertunangan mereka berdua.
"Saya dah taknak teruskan pertunangan antara kita berdua.Mulai hari ni,rayyan falah bukan lagi tunang hanan inara".
"Apa yang abang cakap ni?Abang,tak lawak pon semua ni.Jangan lah main-main pasal ni!"
"Saya tak pernah bermain dengan kata-kata saya"wajah hanan hanya dipandang tanpa perasaan.
Hanan terkaku.Terasa dunia berhenti bergerak.Ya Allah ujian apa lagi yang engkau beri pada hambamu ini?
"Bagi tahu hanan,apa salah hanan?Kenapa abang nak putuskan pertunangan kita?Abang tak sayang hanan?"bertalu-talu soalan keluar dari mulut hanan.Dia kecewa,terluka dan keliru pada masa yang sama.
"Hulurkan tangan awak hanan"
Hanan yang masih kebingungan perlahan-lahan mula menghulurkan tangannya pada rayyan.Dengan kadar segera,rayyan Falah menanggalkan cincin dijari hanan,kemudian dilemparkan ke dalam tasik.Cincin miliknya pula segera ditanggalkan lalu diletakkan ditapak tangan hanan.
"Saya dah tak cintakan awak"
Jatuh terduduk hanan.Tergamak rayyan lakukan semua itu pada dia.Tergamak rayyan putuskan pertunangan mereka tanpa memikirkan perasaan hanan.Air mata hanan turun selebat-lebatnya.
Hancurnya perasaan seorang hanan inara sekarang.
Rayyan?Setelah melempar cincin milik hanan ke dalam tasik dia terus berlalu pergi tanpa sekali pun menoleh ke arah hanan.
Hanan menangis meratapi nasib yang dialaminya.Kalau ini hanya sebuah mimpi,hanan perlu bangun sekarang.Tapi itulah kenyataan pahit yang perlu dia terima.
*************************
Fawwaz Emir segera menyimpan fail kerja yang telah siap.Jam sudah menunjukkan pukul enam petang.Dia masih belum menunaikan solat asar.Segera jam tangan miliknya ditanggalkan sebelum bergerak ke bilik rehat miliknya untuk menunaikan solat asar.
"Assalamualaikum angah"
"Waalaikumsalam,kenapa mama call angah ni?Ada nak kirim beli barang ke?"
"Taklah,mama dengan yang lain nak kena pergi rumah nenda ni.Angah terus ke sana ya.Kita jumpa sana.Nenda kata ada benda nak bincang"
"Okay ma,angah gerak terus ni.Tapi mungkin lewat sikit sampai.Kalau nak makan nanti,tak perlu tunggu angah.Takut jalan sesak nanti"pesan fawwaz emir.
"Okay,Hati-hati memandu tu angah,assalamualaikum"
"Waalaikumsalam".
Fawwaz segera menuju ke arah parking kereta.Kereta milik fawwaz mula meninggalkan pekarangan hotel empire.Rumah nenda fatima menjadi tujuan.
*****************
Hanan memandu dalam kelajuan sederhana.Dah lah kecewa dengan dengan rayyan,boleh pulak hujan turun dengan lebatnya semasa hanan sedang menangis di depan tasik.Mungkin hujan mahu menemani hanan.
Dengan mata yang bengkak akibat menangis,hanan memandu dengan berhati-hati.Hujan turun dengan lebat menganggu menyebabkan jarak penglihatannya agak kurang jelas.Sudahlah sekarang langit sudah gelap.
Hanan memberhentikan kereta miliknya di lampu isyarat yang sedang merah.Sekali lagi air matanya jatuh.Seboleh-bolehnya hanan inginkan apa yang terjadi hari ini cuma sekadar mimpi.Rayyan terlalu bermakna dalam hidup seorang hanan inara.
Bunyi dentuman dan hentakkan yang kuat dari belakang menyebabkan hanan tersentak.Kepala hanan selamat bertemu stereng kereta.Berpinar mata hanan akibat hentakkan yang berlaku.
"Allahu Akbar"
Share this novel