Hampir dua minggu rayyan berada di pahang.Babah masih menguruskan urusan sekolah adiknya,Raifa Zahira.Terlalu banyak dokumen yang diperlukan untuk memindahkan adiknya ke kl.
Adiknya yang berumur 14 tahun itu dibesarkan oleh nenek dan atuk belah babah sejak berusia seminggu.Babah terpaksa menyerahkan adik bongsunya kepada nenek dan atuk setelah umi hampir hilang pertimbangan akibat salah sorang anak kembarnya meninggal akibat masalah jantung.Raisa Zafira disahkan meninggal dua hari selepas dilahirkan.Antibodi raisa terlalu lemah.Umi pula bagai tidak dapat menahan sedih mula mengabaikan raifa.Umi terlalu asyik melayan sedih sehingga dia lupa raifa juga memerlukan perhatian dari seorang ibu.
Rayyan ingat babah pernah cerita yang umi keluar dari rumah berlari lari ke arah tanah perkuburan.Mujur saja ada orang kampung yang melihat umi.Kalau tidak mungkin umi pasti dah menggorek tanah yang masih merah itu.Adiknya raifa membesar dengan kasih sayang dari nenek dan atuk.Umi pula dijaga oleh nenda.Emosi umi mudah terganggu,hampir dua tahun umi ambil masa untuk sembuh.Raifa yang sudah sebati dengan nenek dan atuk mula murung setelah umi bawak tinggal kembali bersama rayyan di kl.Kesudahannya umi relakan raifa pulang ke pahang supaya raifa tidak kemurungan.
"Rai,baju semua dah kemas?Nak abang tolong apa apa tak ni? ".
Raifa yang termenung memandang suasana kampung tersentak apabila mendengar teguran Rayyan."Erm dah siap".
"Jangan tahan air mata tu rai.Abang tahu rai masih sedih,lepaskan air mata tu.Tapi janji dengan abang,biarlah ni kali akhir.Jangan ratapi lagi pemergian nenek dengan atuk.Redha dah sampai ajal mereka"matanya masih melekat pada wajah sugul rai.
Rai kembali teresak esak.Dia membesar dengan atuk dan nenek dan sekarang dia kehilangan keduanya sekali.Nenek dan atuknya meninggal dunia semasa dalam perjalan pulang dari masjid setelah dirempuh oleh pemandu mabuk.
"Rai,nak peluk abang rayyan boleh?".Tanpa menjawab soalan rai,rayyan segera memeluk rai.Petang itu langit mendung bagai menemani dua beradik yang masih bersedih itu.
***************
"Rayyan,raifa dah siap belum?Cepat turun breakfast dulu sebelum ke sekolah"tangan Puan Reesa licah menyusun juadah untuk mereka satu keluarga.
Raifa yang sudah lengkap dengan baju kurung sekolah segera turun ke ruang makan."Morning umi"pipi Puan Reesa dikucup lembut.
"Morning rai sayang.Abang mana?Tak siap lagi ke?" tangan Puan Reesa mula menghidangkan makanan untuk anak bongsunya itu.
"Entah,kejap lagi kot.Babah dengan nenda mana umi?Biasanya masa ni dah ada dekat meja makan".
Rayyan yang baru turun segera memberi kucupan lembut kepipi umi dan adiknya.Segera dijamah nasi goreng setelah siap membaca doa makan.Takut lambat sampai ke sekolah.Maklumlah hari pertama sekolah,dia pun dah berada di tahun akhir di sekolah mestilah nak rekod bersih.Taknak datang lambat,lagi lagi dia pengawas sekolah.
Puan Reesa duduk berhadapan dengan kedua anaknya."Babah dengan nenda ada meeting dengan pemegang saham syarikat pagi ni".Jawab Puan Reesa.
"Makan cepat,umi hantar rayyan dengan rai hari ni.Pak Ali hantar babah dengan nenda tadi.Balik nanti Pak Ali ambik,umi ada hal dekat butik hari ni".
"okay" jawab keduanya.
"Umi,boleh rai nak bawak bekal nasi ni?Biasa dekat kampung nenek bekalkan makanan untuk rai".
Puan Reesa tersenyum bahagia."Boleh rai,rayyan nak bawak bekal jugak?".Segera rayyan mengeleng.
"Mak Som,tolong isikan nasi goreng ni dalam bekas.Rai nak bawak bekal ke sekolah"lembut kata Puan Reesa pada Mak som.
***********
Raifa yang masih menunggu Pak Ali untuk menjemputnya pulang mula mengais batu batu kecil di kakinya.Sudah 2minggu dia bersekolah di sini.
"Papp"bahunya ditepuk dari belakang.Baru je bukak mulut nak marah terus tak jadi.Mana taknya kalau dah muka si Hanan Inara yang muncul.Masih teringat hari pertamanya disekolah.Semua terasa asing,mujur saja ada hanan inara serta dua rakannya faris dan maira sudi bersahabat dengannya.
"Hai Raifa yang cantik"punggungnya dilabuhkan sebelah rai.
"Apelah awak ni hanan,terkejut saya.Awak buat ape lagi dekat sini?kenapa tak balik lagi?" bertalu talu soalan dari Raifa.Ade cita cita nak ganti machine gun ke minah ni?
"Hahahahaha,sorry raifa yang cantik.Saya tunggu abah saya,kejap lagi dia turun lah tu.Awak ingatkan saya bagi tahu pagi tadi,Cikgu Is tu abah saya.Awak kenapa tak balik lagi ni?" Soal hanan.
"Oh ingat,saya tunggu Pak Ali datang ambik.Hanan,awak jangan lah panggil saya cantik.Saya seganlah".
"Dah awak cantik,saya panggil lah cantik.Awak tahu tak semua suka tengok mata awak tu.Warna hazel,cantik sangat.Dah macam barbie doll dah awak ni.Putih,mata cantik.".Hanan inara kalau dah dia suka memang melambung dipuji.Yang penting ikhlas gituuuu.
Raifa dah malu dipuji beria.Hanan makin galak ketawa bila muka Raifa mula merah."Saya tengok awak ni kan,sebijik macam muka senior kita tu.Apa ya nama dia?"kepalanya digaru cuba nak ingat balik nama gerangan yang dia maksudkan tadi."Hah,nama dia rayyan falah".
Hanan yang masih berkira kira nak sambung berbual terhenti apabila Encik Iskandar memanggil.Abahnya dah panggil."Eh abah saya dah siap.Bye raifa cantik.Jumpa esok."berlari anak seketul hanan inara ke kereta Encik Iskandar.
Raifa menarik nafas lega.Boleh tahan becok jugak si Hanan tu.Bukan main puji orang lain,padahal dia sendiri cantik.Kulit putih kemerahan dengan lesung pipit yang dalam.Senang cerita hanan lebih kurang sama dengannya.Cuma mata hanan berwarna coklat.Boleh pula dia bercakap pasal abang rayyan tadi.Raifa Zahira belum pernah bagitahu sesiapa pun yang rayyan dan dia tu merupakan adik beradik.Tak kuasa dia nak tolong pass surat cinta dekat abang rayyan.Cliche lah kalau tahu dia adik rayyan mesti ada yang berbuat baik untuk rapat dengan rayyan.
Share this novel