"Perlu ke pergi jauh-jauh?Aku risau lah nak lepas kau pergi"
"Aku rimas lah asyik kena kacau.Dah berapa belas nombor dia guna untuk kacau aku.Aku nak buat kerja pun jadi rimas.Tu belum termasuk dia tunggu aku dekat tempat kerja aku.Aku sanggup tau tinggal kereta dekat pejabat.Lari balik naik grab"
"Kenapa aku tak tahu?Kenapa tak bagitahu aku?Bahaya lah kau ni.kalau jadi apa-apa nanti macam mana?"berdas-das soalan diberikan.
"Penat lah nak bergantung pada orang.Sebab tu aku nak pergi jauh dari sini.Tak lama pun faris.Aku mungkin setahun je dekat sana".
"Kau ni ambik mudah je kan!!! Gaya kau cakap macam kau nak pindah kampung sebelah je wei.Kau tu nak ke jepun.Dekat sana siapa je yang ada.Sakit ke apa ke siapa nak tengok kan?"angin betul faris dengan perangai maira ni.
"Aku dah besar.Dah dua puluh enam tahun.Tak payah risau lah.Nanti ada masa kau datang lah melawat aku dekat sana"
"Kau kalau perlu apa-apa terus bagitahu kitaorang.Jangan diam je.InsyaAllah kitaorang akan sentiasa ada"segera hanan memeluk maira.
"Ya hanan.Hanan pun jaga diri.Faris kirim salam dekat mika nanti.Maaf tak sempat jumpa dia sebelum aku pergi.Aku plan last minute ni.Tapi jangan risau,aku okay"
Pemergian maira ke negara matahari terbit dihantar dengan pandangan sayu hanan dan faris.Hanya mampu kirimkan doa agar maira sentiasa dilindungi.
**************
Entah kenapa malas betul badan ni nak bergerak setiap kali hanan ajak berjumpa.Pelbagai alasan diberikan untuk mengelak daripada berjumpa hanan.Sudah beberapa kali hanan ajak keluar untuk cari barang hantaran tapi semuanya dia tolak dengan alasan ada meeting penting.
Saban hari wajah lain yang hadir menemani mimpi rayyan.Tiada lagi wajah hanan.Entah kenapa dia rasa sebegini rupa.
Pintu bilik rayyan diketuk."Rayyan,hanan ada dekat bawah tu.Rayyan nak keluar cari barang hantaran hari ni kan?"soal puan reesa disebalik pintu.
"Emmm,kejap lagi rayyan turun umi".
Sewaktu rayyan turun ke bawah kelihatan hanan sedang berborak mesra dengan umi dan nenda fatima.Biasanya ini lah pandangan yang dia suka tapi sekarang tiada apa yang dirasa.Semuanya bagai hilang sekelip mata.
"Eh abang dah siap.Ni hanan ada bawak pavlova ni.Abang suka kan?Jom makan dulu abang"hanan letakkan pavlova diatas piring untuk rayyan.
"Hanan makanlah.Abang takde selera"
Hanan pelik.Tak pernah rayyan tolak makanan yang diberikan oleh hanan.Mungkin memang abang rayyan takde selera kot bisik hati hanan sekadar untuk menyedapkan hati.
"Ni berapa dulang hantaran?"soal nenda.
Hanan senyum."Sembilan berbalas tujuh nenda".Beria rayyan yang tentukan jumlah dulang semasa perbincangan dulu.
"Umi,nenda rasanya kami gerak dulu lah.Banyak juga barang nak cari ni"segera hanan meminta diri.
Rayyan yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta segera membatalkan niatnya.Iphone miliknya sedang nyaring berbunyi.
" Hello....Ye ke? Awak tunggu sekejap,saya gerak sekarang.Jangan kemana-mana"
Hanan pelik.Siapa pula yang telefon sampai rayyan nampak kelam kabut.
"Kenapa abang?"
"Sorry hanan,abang ada emergency.Hanan pergi sendiri ya beli barang hantaran tu.Anything just call abang"belum sempat hanan jawab,rayyan sudah masuk ke honda crv miliknya.
Hanan tercengang.Kali ni sudah masuk kali kelapan rayyan cancel nak pergi beli barang hantaran sama-sama.Hanan dah mula sedih,mungkin kejap lagi air matanya akan tumpah.
"Hanan nak umi dan nenda temankan hanan pergi beli barang hantaran?"soal puan reesa yang jelas-jelas turut terkejut dengan tindaka rayyan yang pergi tinggalkan hanan begitu.
"Takpe lah umi,nenda.Hanan pergi sendiri je lah.Hanan gerak dulu ya.Assalamualaikum"segera hanan memandu keluar dari perkarangan rumah keluarga rayyan.Air mata yang ditahan tadi akhirnya tumpah juga.
"Apa dah jadi dengan rayyan tu?Lain betul mak tengok.Hal kahwin ni jangan buat main!!!Dulu beria,bila dah dapat lain pula.Nanti rayyan balik suruh dia jumpa mak"bebel nenda fatima.Puan reesa hanya mengangguk kepala mendengar arahan nenda fatima.
Sepanjang perjalan ke pusat membeli belah hanan hanya menangis teresak.Pelik dengan perangai rayyan sekarang ni.Lain sangat.Sampai sahaja di mall,segera hanan lap air mata.Makeup di baiki kembali.
Perfume bleu de channel menjadi pilihan hanan.Hanan suka betul dengan bau maskulin perfume ni.Tinggal lagi empat lagi barang yang perlu hanan beli setelah menolak dulang sirih,coklat,buah-buahan dan dessert buatan hanan sendiri.
Hampir dua jam hanan ambil untuk mendapatkan barang di dalam list.Set mandian,jam tangan jenama tissot,kemeja dan juga Al-quran.Sekarang hanan menuju ke tempat llaollao.Teringin betul tekak ni nak makan yogurt sejuk tu.
"Sauce Chococrock and crumbs chips ahoy".Kemudian hanan rasa ada tolakkan dari pelanggan di belakang.
"Kan dah terlanggar.Cepat minta maaf dengan akak tu"kedengaran suara lelaki dibelakang hanan memberi arahan.
Bahu hanan dicuit perlahan"Akak,saya minta maaf.Tak sengaja tertolak akak tadi".
Hanan kaku kejap.Jeda....Suara ni macam pernah dengar bisik hati hanan."Eh,takpe dik.It's okay,akak tak marah"wajahnya dimaniskan.
"Akak ni kak hanan ke?"soal gadis yang baru sahaja memohon maaf tadi.
Siapa pulak budak perempuan ni?Tahu pulak dia nama hanan."Macam mana adik tahu nama saya?Kenal ke?"
"Sebelum tu better kak hanan ambik llaollao akak dulu.Staff tu dah jeling tu"bisik gadis tadi,tak mahu didengari oleh staff didepan hanan.
Hanan yang baru teringat segera mengambil llaollao yang dipesan tadi.
"Baby nak pistachio sauce dengan crunchball.Baby nak borak dengan kak hanan kejap"ditinggal lelaki yang beratur bersama dia tadi.
"Lama tak jumpa kak hanan.Ni baby lah,sepupu kak rai dengan abang ian"akhirnya aisya eiman memperkenalkan dirinya pada hanan.
"Ya Allah...Sorry kak hanan tak perasan baby.Ye lah hari tu jumpa sekali je kan.Tak sangka baby ingat lagi dekat kak hanan"pipi aisya dicubit perlahan.Macam mana lah dia boleh terlupa gadis bermata zamrud ni.
"It's okay kak hanan.Lagi pun kita jumpa kejap je haritu kan.Ni kak hanan datang sorang ke?Banyak juga kak hanan shopping"
Hanan senyum."Akak sorang je ni.Ni barang hantaran untuk abang rayyan lah ni.Rayyan ada hal tu yang akak sorang je ni".
"Haah lah tak lama dah akak nak kahwin dengan abang ian.Bestnya nanti boleh lepak dengan baby.Baby selalu juga tidur dekat rumah nenda."jelas kelihatan keterujaan diwajah aisya eiman.
"Baby nah..."
"Thanks along.Along ni kak hanan,tunang abang rayyan.Kak hanan ni along,rifqi eisyal"
Hanan lemparkan senyuman buat rifqi.Rifqi balas balik.Keduanya tak bersuara,mungkin kekok.
"Kak hanan ada nak kemana-mana lagi?"soal aisya yang sedang menikmati llaollao miliknya.
"Tak kemana dah rasanya.Dah dapat semua barang dah ni.Balik terus rasanya,esok kak hanan shift pagi.Baby nak ke mana lepas ni?".
"Nak cari buku kejap.Kak hanan tunggu lah kejap.Boleh jumpa angah dengan bangdik.Kak hanan pernah jumpa bangdik je kan hari tu.Kejap lagi baby kenalkan angah".
Hanan hanya mengangguk tanda setuju.
"Along mana angah dengan bangdik?Lama lagi ke?"
"Tu dah sampai dah tu"jawab rifqi esyal.
"Bangdik,angah..."tangannya dilambai ke arah dua orang lelaki yang menuju ke arahnya.
"Bangdik tengok baby jumpa siapa ni?Kak hanan".
Aqil eikram melambaikan tangan ke arah hanan."Hai kak hanan".
"Hai aqil" balas hanan.Masih canggung.
Tangan fawwaz emir ditarik supaya berdiri ditepinya."Angah ni kak hanan.Tunang abang ian.Hari tu angah tak sempat jumpa kan?"
Fawwaz sekadar mengangguk tanda menyapa hanan.Abang ian ada sebut nama tunang dia dulu cuma belum berkesempatan untuk berjumpa.
"Assalamualaikum boss"..
"Waalaikumsalam.Hanan kerja dekat emperor?"pelik apabila memanggil dengan gelaran boss.
"Ya,hanan bahagian kitchen.Baru berkesempatan jumpa boss.Biasa dengar nama sahaja dekat emperor".
"Kita bukan dekat tempat kerja jadi tak perlu lah nak formal hanan.Panggil saya fawwaz je".Hanan hanya angguk.
Iphone milik hanan mula menjerit nyaring.Segera hanan menjawab panggilan yang baru masuk.
"Hello bah.Hanan dah siap,kerja lagi balik lah ni.Seorang je,rayyan ada hal.Okay hanan terus kesana lah.Okay,assalamualaikum.
"Baby,kak hanan nak kena balik dah ni.Kita jumpa lain kali pulak ye.Hanan minta diri dulu ya semua"beg berisi barangan hantaran tadi dijinjit keluar ke kawasan parking.
"Patutlah rayyan sanggup tunggu bertahun,cantik manis cik tunang"kata along yang hanya diam dari tadi.
"Kan cantik kan.Dessert masa birthday angah hari tu pun kak hanan yang buat.Ni buat baby rasa nak ada kakak ni.Along dengan angah cepatlah cari wife,boleh geng dengan baby nanti".
"Baby ingat cari wife ni senang ke?Banyak tau nak kena ambik kira.Baby doa je lah along dengan angah ni jumpa jodoh yang baik"kata aqil eikram.
"Dah-dah jom.Soal jodoh tu biar Allah yang uruskan.Jom movie dulu baru pergi kedai buku".Segera fawwaz tutup topik.Malas nak dengar pasal benda ni.
Mereka berempat jalan bersama ke panggung wayang.Sibling date's bak kata baby.Sekurangnya sebulan sekali mereka akan keluar bersama.Papa dan mama pun setuju,katanya boleh rapatkan hubungan mereka adik beradik.
************
"Sorry terpaksa call you.Tak tahu nak call siapa dah.Puteri panik sangat tadi".
Rayyan senyum.
"Takpe puteri.I tak kisah pun.Ni you ingat lagi tak muka orang yang samun you tadi?"entah mengapa timbul keinginan untuk mengelus wajah puteri.
"Tak.I panik sangat tadi.Dia pakai topi jadi susah nak tengok muka dia.Kebetulan pula tiada sesiapa dekat kawasan parking ni".
"You takde luka kan? Jom I hantar you balik dulu."tangan puteri dipimpin ke arah honda crv miliknya.
Baru sahaja kereta rayyan jejak jalan raya,perut puteri berbunyi.Rayyan ketawa.
"Lapar ke?Jom pergi makan dulu lepas tu baru I hantar you balik".
Kesudahannya hari ni yang sepatutnya diluangkan masa untuk keluar dengan hanan digantikkan dengan makan tengahari bersama puteri.
Puteri sorok senyum.Rancangan dia berjaya.Dia dah boleh teruskan rancangan yang seterusnya....
Share this novel