Suasana kelas 3zamrun sunyi hanya ditemani bunyi jari jemari pelajar yang memicit kalkulator mencari jalan penyelesaian bagi soalan yang terpampar dalam kertas ujian matematik kertas 1.
"Wei,soalan last sekali tu ape eah jawapan dia.Aku tak confident duhh dengan jawapan aku tu".Faris mula tayang muka serabut didepan hanan.
"Aku malas nak fikir dah,aku nak fokus next paper.Kau tu dari tahun lepas dok pot pet pot pet acah tak confident sekali result keluar hmm bukan main tinggi score kau.Cuba bawak bersyukur sikit".Omel maira yang duduk disebelah faris.
Kecik besar je hanan tengok faris dengan maira.Tak penat ke bergaduh?Ade jugak aku kahwinkan budak dua ketul ni."Hah,jangan nak start perang mulut korang tu eah.Aku lapar dah ni.Jom makan dulu.Lepas tu aku nak sambung study untuk next paper.Jom raifa"laju tangan milik hanan menyambar lengan raifa.Tinggal lah faris dengan maira yang tercegak macam tiang lampu.
********
Tamat sudah ujian awal tahun SMK Seri Perdana.Hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum mereka mula cuti penggal pertama.Riuh mulut masing bercerita.Ada yang merancang untuk bercuti untuk merehatkan minda setelah penat bertukus lumus memerah otak menyelesaikan ujian awal tahun.Hanan seperti biasa akan pulang ke kedah menghabiskan masa dengan Nek Jah seperti cuti cuti sebelum ini.Nek Jah merupakan ibu kepada rakan baik Encik Iskandar,Pak Cik Naim.
Keakraban mereka menjadikan sebab Nek Jah mengambil Encik Iskandar sebagai anak angkatnya.Semenjak berusia 15tahun Encik Iskandar hidup sebatang kara kerana kehilangan kedua orang tuanya akibat rumah mereka dihempap pokok tumbang semasa musim hujan.Arwah Nasuha turut rapat dengan Nek Jah sepanjang semenjadi isteri kepada Encik Iskandar.
Hanan yang merasa pipi kananya dicubit mula tersedar dari lamunan panjang.Faris yang tergelak di depannya mula dipandang pelik.
"Kau ni sehari tak mengelamun tak sah.Tu Rai dari tadi tanya kau tu" ujar faris.
"Saya tanya awak ada nak kemana mana ke cuti nanti?" soal Rai.Kalau mereka bertiga tidak kemana mana boleh lah rai ajak mereka ke rumah.Cuti kali ini mungkin akan membosankan buat seketul Raifa.Nak ke kampung pun bukan ada sesiapa disana.Umi dengan babah mesti dengan urusan syarikat dan butik.Abang rayyan pula mesti sibuk mengulang kaji pelajaran,tahun ini kan rayyan akan menghadapi peperiksaan SPM.
"Hanan balik kedah macam biasa,teman Nek Jah".Sudah kebiasaan abahnya menghantar dia ke kedah semasa musim cuti sekolah.Abah akan sibuk menguruskan urusan sekolah jadi dia akan dihantar ke Kedah agar dapat menghabiskan masa dengan Nek Jah.
Faris dan Maira pula masing masing akan mengikut keluarga bercuti.Nampaknya Raifa Zahira akan kebosanan cuti kali ini.Nasib kaulah Raifa,mungkin dia boleh berbungkus melayan netflix selama cuti penggal kali ni.
*********
"Fawwaz Emir, can u help mama?Tolong panggil your siblings.Mama and papa want to discuss something with all of you".
"Sure ma".Kakinya diatur ke tingkat atas."Mama want us in living room right now.Don't ask me why.Jom turun.Don't make them wait for us".Wajah along,adik and baby dipandang tanpa riak.
Encik Eiffat dan Puan Sofea yang menunggu anak anak mereka di ruang tamu mula ketawa apabila masing masing turun sebaris.Dah macam anak itik pulak.Paling depan anak sulung mereka Rifqi Eisyal,kemudian anak ketiga mereka Aqil Eikram.Manakala anak perempuan tunggal mereka,Aisya Eiman seperti biasa mesti melekat dengan Fawwaz Emir.Dah 12tahun pun masih berpiggyback.
"Papa and mama will send all of you back to malaysia for 3weeks.Korang duduk dengan umi and babah.Flight lusa pukul 3 petang"ujar Encik Eiffat.
"Sure,along okay je.Tapi school?And why?"
"Papa dah inform your teacher,lagipun tinggal 1week before cuti start.Papa nak bawak mama pergi umrah.Can i?"wajah anak mereka ditenung satu persatu.
**********
Raifa yang masih diulik mimpi mula menukar posisi tidur.Pap tangannya terasa seperti benda berbulu disebelah.Masih belum sedar akan kehadiran manusia disebelah yang tidur dengan gaya telentang itu.Otak masih belum sempat memproses apa benda yang berbulu di tangan kanannya.Tak sampai 30saat mata raifa terbuka luas.
"Arghhhhhhh"
Kediaman Nenda Fatima dikejutkan dengan suara jeritan Raifa Zahira.Rayyan yang baru sahaja siap menunaikan solat subuh segera berlari ke bilik adiknya.Pintu bilik adiknya dibuka,suis lampu dipetik.Bilik Raifa sekelip mata cerah dengan cahaya lampu.
"Kenapa rai?"soal rayyan.
Raifa segera berlari ke arah abangnya."Tu atas katil rai tu."tangannya terketar ketar menunjuk ke arah manusia yang masih tidur setelah rai menjerit bagai nak pecah anak tekak.Dengan muka tertutup dengan rambut panjang lagi lah susah rayyan dan raifa nak kenal pasti siapa yang masih lena di katil raifa.
Puan Reesa dan Encik Raykal yang baru siap solat berjemaah tadi baru muncul didepan pintu bilik Raifa.Pelik dengar suara anak bongsu mereka menjerit di subuh hari.Raifa yang sedar akan kehadiran umi dan babahnya segera melepaskan pelukannya pada rayyan.Babahnya dipeluk kemas."Babah,ada orang atas katil adik"makin kemas pelukannya pada pinggang Encik Raykal.
Puan Reesa sudah tergelak mendengar aduan si bongsu."Adik tak kenal ke siapa tu?"Segera Puan Reesa bergerak ke arah manusia yang masih lena itu.Rambut yang menutup muka itu dibetulkan."Your cousin lah,Aisya Eiman".
Raifa dan Rayyan masih terpingga pingga.Bukan cousin mereka tinggal di dubai ke? Macam mana boleh ada atas katil ni?
"Mama sofea dengan papa eiffat pergi umrah,so their kids will stay with us" terang Puan Reesa.Kemudian baru muncul rifqi,fawwaz dan aqil didepan muka pintu dengan muka mengantuk.
"What's happen umi?"soal rifqi.Matanya masih mengantuk.Mereka empat beradik menempuh 15 jam dari dubai untuk pulang ke malaysia.Dengan flight delayed lagi.Baru sahaja rasanya dia tutup mata sebelum terbangun akibat jeritan yang bergema satu rumah itu.Dah macam gorila mati anak menjerit.
"Sorry boys,raifa ni terkejut bila ada orang sebelah dia.Dia ingat hantu agaknya".Tiga beradik yang masih menahan mengantuk itu mendengar kata kata Puan Reesa bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Encik Raykal melihat anak buahnya yang masih menahan mata itu tersenyum."Boys pergi solat subuh dulu then sambung tidur okay.Rayyan dah solat?Raifa?".
Rifqi segera menarik kedua adiknya kebilik untuk menunaikan solat subuh.Meski badannya sudah hampir tumbang dia gagahkan juga.Papa dan mama sudah mengajar mereka adik beradik untuk taat pada perintah agama walau dalam apa keadaan sekali pun.
************
"Nek oh nek? Mana nenek ni?"kakinya kembali memanjat anak tangga rumah Nek Jah.Bunyi air dari dapur menarik perhatian hanan.Segera diatur langkah ke dapur.
"Lah nek buat ape lagi tu?Hanan dah kemas dapur kan tadi.Nenek basuh apa lagi tu?Meh hanan buat".Sudah berkali hanan pesan pada Nek Jah untuk berehat sahaja apabila hanan berada di kampung.Degil betul lah Nek Jah ni.
Pili air ditutup dengan segera."Nek basuh cawan ja hanan oiii.Takkan nak biar dalam singki tu.Setakat gelas tu pun hang nak bising.Nek cemuih lah tak buat apa.Ni hang duk teriak ape pasal?".
Hanan baru teringat niatnya sebentar tadi."Ni hanan nak pi jumpa puteri.Semalam dah janji nak jumpa.Boleh kan nek?".
"Hang dah duk berjanji baru nak tanya nek.Helok lah sangat tu.Pi lah,jangan lambat sangat balik.Jangan nak buat benda pelik pulak".
Nek Jah tersenyum sendirian melihat hanan yang sudah hampir hilang dari pandangan mata.Ada juga lah peneman sepanjang dua minggu ini.Anak cucu nek jah yang lain masing pulang ke rumah atok nenek mereka yang lain sempena cuti sekolah.Mujur lah hanan ada.
Share this novel