Aisya Eiman leka menyuap petit four berperisa caramel ke dalam mulut tanpa menghiraukan orang sekeliling.Bukan tak biasa jadi tumpuan orang ramai.Aqil pula masih setia menjadi penyambut tetamu.
Rifqi dan fawwaz yang sedang rancak berborak dengan rakan rakan business mula meminta diri ke meja yang disediakan setelah pengacara majlis memulakan majlis.
Pengacara majlis mula memberi ucapan pembukaan.Diikuti dengan bacaan doa dari Aqil Eikram.Setelah itu pengacara majlis menjemput Puan Sofea dan Encik Eiffat untuk memberikan ucapan.
"Terima kasih buat tetamu yang sudi hadir ke majlis sambutan hari lahir anak kedua kami,Fawwaz Emir yang ke 27.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyambut ulang tahun kelahiran fawwaz dan juga untuk memperkenalkan Ceo baru hotel Emperor".
Fawwaz sudah rasa pelik.Tiada pula papa dan mama bagitahu tentang perkara ni semasa dirumah.Rifqi sudah tersenyum melihat wajah hairan fawwaz.Bagi rifqi dah sampai masa papa serahkan hotel pada yang lebih layak.
*************
"Lah apesal pulak kita pergi tempat kerja hanan ni?"soal hanan.Bingung kenapa rayyan membelok kereta ke kawasan hotel Emperor.Kata tadi nak pergi sambut birthday hanan.
"Kita singgah kejap je.Today birthday cousin abang.Nenda,umi dengan babah ade sekali.Rai pun ada,dia balik pagi semalam".
Teruja hanan selepas mendengar nama rai.Rindu pula sahabat baiknya itu.Sudah hampir lima bulan tidak bersua muka.Mana taknya,hanan di ibu kota manakala rai msih di bumi kenyalang menghabiskan tahun akhir pengajian.
Nenda fatima tersenyum melihat rayyan dan hanan yang baru tiba di ruang ballroom.Hanan kelihatan manis dengan dress labuh berwarna burgundy.Segera hanan bersalaman dengan nenda,puan reesa dan puan sofea yang sedang duduk di meja tepi pentas.
"Nendaaaa,rindunya dekat nenda"dicium bertalu talu pipi tua nenda fatima.
"Nenda pun sama.Makin cantik nenda tengok hanan ni".
Tergelak rayyan melihat telatah hanan bersama nenda."Amboi bukan main lagi nenda ya.Cucu sendiri tak cium pun macam tu"sengaja rayyan mengusik.
"Kamu tu mana nak nenda cium.Takut jatuh saham kan?Ni bukan main sedondon baju ni kenapa?Ade ape yang special ke ni?".
"Nenda lupa lah tu,birthday hanan hari ni kan.Kebetulan sama dengan fawwaz.Cakap pasal fawwaz,rayyan nak pergi jumpa dia kejap.Rayyan tak lama dekat sini,nak keluar dengan hanan pulak".Segera rayyan meminta diri apabila ternampak kelibat fawwaz di tengah ballroom.
"Nenda lupa lah hanan.Sorry ya hanan,nenda tak dek hadiah nak bagi".
"Apalah nenda ni,hanan bukan budak kecik lagi nak bagi hadiah.Cukup nenda doakan hanan"diusap perlahan tangan nenda fatima.
"Nanti hanan datang lah rumah,umi masakkan special untuk hanan.Kira ganti birthday celebration hanan"kata puan reesa setelah diam dari tadi.
"InsyaAllah,ada masa nanti hanan datang".
"Lupa pula umi nak kenalkan,ni mama sofea.Kakak ipar umi".
"Cantiknya mama sofea.Hanan rasa macam jatuh cinta pulak bila tengok mama sofea.Mama sofea mandremkan hanan eah".Selamba badak hanan bergurau dengan puan sofea yang tak sampai lima minit dia kenal.
Puan sofea tersipu malu mendengar pujian hanan."Ya Allah budak ni,pandai betul usik mama".
Sedang seronok hanan bergelak ketawa dengan nenda,umi dan mama sofea,terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang.Terus mati tawa hanan.Tangan manusia mana pulak yang merayap dekat pinggang aku ni?
"Hai darling,i miss youuuu"
Segera hanan menoleh ke arah manusia yang memeluk pinggannya."Ohmaigeee raifa,rinduuunya dekat raifa".
Berpelukkan hanan dengan raifa sampai tidak sedar akan kehadiran dua lagi manusia ditepi mereka.
"Happy birthday Hanan inara,semoga cepat cepat kawin okay!".jerit raifa di telinga hanan.Boleh pekak ooo hanan.
"Ehemmm..."
"Eh lupa pulak dua ketul ni"raifa tayang sengih pada dua manusia yang dapat tengok sesi berpeluk antara dia dan hanan tadi.Maklum lah excited lama tak jumpa.
"Hanan kenalkan ni Aqil Eikram and Aisya Eiman.Anak mama sofea.Adik,baby ni kak Hanan inara.
Aqil mengangguk kepala tanda hormat."Hai kak hanan,happy birthday".
Baru sahaja hanan mahu berterima kasih pada aqil,aisya dengan selamba memeluk hanan."Happy birthday kakak pretty"
dihadiahkan ciuman ke pipi hanan.
Tergamam hanan dengan tindakan selamba aisya.
"Errrr tq"balas hanan.
"Kak hanan nak ni?"aisya tunjuk ke arah petit four yang berada di dalam pinggan.
"Eh takpelah,aisya makan lah.Sedap tak petit four tu?"soal hanan kembali.
"Sedap!Baby makan banyak dah"sebijik lagi petit four dimasukkan kemulutnya.
"Nanti kalau baby nak lagi kak hanan boleh buatkan lagi"hanan turut memangil aisya dengan panggilan baby setelah aisya sendiri membahasakan dirinya baby.Mungkin budak ni memang manja dengan semua orang.
"Kak hanan pandai buat ni?"
"Ni kak hanan lah buat.Kak hanan kerja sini lah baby sayang".
Puan sofea turut terkejut.Tidak pernah pula dia berjumpa hanan semasa berada di hotel."Eh hanan kerja sini?Mama tak tahu pun."
"Baru tiga tahun hanan kerja sini mama sofea.Nanti kalau mama sofea nak makan dessert boleh lah hanan buatkan.Hanan kerja bahagian dessert".
"Hai birthday boy"
"Eh,abang ian.Ingat tak datang tadi"fawwaz memeluk tubuh rayyan.
"Takkan tak datang,birthday fawwaz kot.Nah hadiah sempena jadi ceo baru"kotak berwarna coklat tua yang diikat reben hitam dihulurkan pada fawwaz.
"Thank you abang ian.Ni pun fawwaz terkejut lagi.Ape mimpi lah along tu tiba tiba nak buka business sendiri.Dah fawwaz kena ambik alih tempat dia".
"Biarlah rifqi nak bina kerjaya sendiri.Fawwaz pun dah sampai masa ambik alih hotel ni pulak.Bagi papa rehat".
"Masalahnya fawwaz tak ready lagi.Patutlah along cakap ada surprise.Ingat dapat kereta sport sebijik".
"Setakat kereta sebijik tu fawwaz boleh beli sendiri lah,bukannya takdek duit.Papa dengan rifqi mesti dah fikir yang terbaik untuk fawwaz.Nanti apa apa fawwaz boleh share dengan abang ian okay.Kalau dapat abang ian bantu,insyaAllah abang akan tolong"bahu fawwaz digosok perlahan.Nak bagi semangat buat fawwaz.
"Tak terlalu cepat ke untuk fawwaz jadi ceo.Tiga tahun kerja dekat branch langkawi pun fawwaz pegang jawatan biasa je"
"Takde yang mustahil fawwaz.Abang ian yakin papa percayakan fawwaz".
Fawwaz yakin pasti rakan-rakan di branch langkawi akan terkejut dengan penukaran fawwaz.Ya lah kata balik sebab event birthday,sekali papa buat surprise jadi ceo.
***********
"Belon tu letak tepi sikit.Eh kekiri sikit.Nampak tak balance lah pulak,tukar ke kanan lah".
Faris dah berasap.Mujur tak nampak asap keluar dari kiri kanan telinga."Eh kau ni sekejap kiri,sekejap kanan.Mana satu ni?".
Maira mula bercekak pinggang."Dah tak balance,aku suruh lah kau ubah.Kau ni kecoh lah.Sikit je padahal.Memekak macam perempuan".
"Ewah ewah sedap mulut kau.Kau jangan sampai kau yang aku gantung dekat belon ni kang!".Macam biasalah maira dan faris kalau berjumpa,ada je yang nak digaduhkan.
"Maira,faris dah dah lah berperang tu.Tak penat ke? Dari zaman sekolah sampai sekarang tak berubah"tu dia cikgu Is a.k.a Encik Iskandar dah berbunyi.
Akhirnya keduanya tersengih sahaja.Yang lain hanya ketawa melihat telatah mereka berdua.
Encik Iskandar memerhati sekeliling restaurant yang sudah cantik dihias dengan belon biru dan purple.Keduanya warna kegemaran hanan.Juadah yang disediakan juga semua kesukaan hanan.Semua disediakan mengikut selera hanan.
Mika segera melangkah masuk ke restaurant milik abah hanan.Dengan cermat kek yang dibawa khas untuk hanan diletakkan diatas meja.
"Pakcik,kek ni nak letak dekat mana?Lambat lagi kan hanan sampai? Mika takut cair pulak kek ni nanti".
Encik iskandar yang sedang leka membaiki hiasa di meja makan seger menoleh ke arah mika."Mika masuk dapur letak dekat chiller".
Sekali lagi pintu masuk restaurant Encik iskandar dibuka dari luar.Kelihatan seorang lelaki yang melangkah masuk dengan kotak sederhana besar.Dengan bergaya kemeja putih dan seluar jeans biru gelap.Maira yang kebetulan baru turun dari tingkat atas hampir tersungkur dek kerana terpana dengan lelaki yang baru masuk tadi.
"Mak aih kacaknya,sejak bila pula hanan kenal dengan lelaki yang kacak ni?"bisik hati maira.Sedang sibuk maira memuji ciptaan Allah yang satu ni,tinggg terlayar wajah tunangnyaa.
"astaghfirullahalazim...maira,maira ingat tunang kau"ditepuk pipinya kiri kanan.
Lelaki berkemeja putih tadi kebetulan ternampak perbuatan maira mula tayang muka pelik.Lantak dia lah,yang penting sekarang ni mana mika?Dah suruh aku angkut kotak ni pastu dia hilang.
Jeng..jeng...jeng...Siapakah lelaki berkemeja putih tadi?
Share this novel