"Angah tolong hantar baby hari ni boleh tak?Bangdik tak boleh hantarlah.Please angah.."mata zamrud miliknya dikelip-kelip.
Jam ditangan baru menunjukkan pukul tujuh lima minit pagi.Awal lagi kalau nak gerak ke hotel terus.
"Okay boleh je"
"Okay thanks angah.Baby pergi ambik fail kejap dekat atas"terkedek-kedek aisya berlari ke tingkat atas.
Bukannya aisya eiman tidak mempunyai lesen memandu tapi abang-abangnya yang tidak membenarkan dia memandu.Baru sebulan dapat lesen,hampir sahaja kereta yang dipandu aisya melanggar pondok guard di kawasan perumahan mereka.Kesudahannya lesennya dijadikan perhiasan di dalam dompet.
Kereta fawwaz sudah masuk ke kawasan kolej aisya.Fawwaz segera memberhentikan kereta di hadapan kawasan cafe.
"Thank you angah sebab hantar baby.Balik nanti baby balik dengan bangdik.Bye" tangan fawwaz dicium.
Kak fiza yang sibuk menyusun fail tersentak dengan kehadiran fawwaz yang muncul secara tiba-tiba didepannya.
"Astafirullahalazim....Boss,terkejut kak fiza"dadanya diurut perlahan.Hampir nak melompat keluar dah jantung ni.
Fawwaz tayang sengih.Tak sangka pulak kak fiza terkejut sampai macam tu.
"Sorry kak.Akak tu yang ralit sangat.Saya panggil dari tadi dah".
"Lah ye ke?Boss ada perlukan apa-apa?"
"Hari ni jadual saya kosong kan?Saya ingat nak turun melawat kawasan kitchen hari ni.Tak pernah turun pun sebelum ni".
"Oh ingatkan apa tadi.Boleh je boss.Hari ni memang jadual bos kosong.Nak kak fiza teman ke?"
"No need kak.Saya turun sendiri.Saja nak tengok-tengok".
Kak fiza hanya anggukkan kepala.Daripada Encik Raykal,Encik Eiffat dan Encik Rifqi semuanya suka turun padang.Sekarang ni menurun ke fawwaz pula.Nampaknya keluarga arwah datuk ahmad memang di didik untuk jadi pemimpin yang bertanggungjawab.
Hanan dan mirzan sedang sibuk mengangkut stok tepung dan dan gula dari stor kering.Berpeluh dibuatnya.Hari ni segala bekas tepung akan di refill.Sudah hampir hujung bulan maka segala stok semakin berkurang.Event yang diadakan di hotel ini bukannya sikit jumlah tetamu.Paling minimum yang mereka pernah terima pun tiga ratus pack.
Mirzan sudah jatuh terjelepuk di tepi tangga.Skru kaki dah longgar dari tadi berulang dari stor untuk ambik stok barang.
"Okay tak?Duduk dulu lah.Hanan pon dah terketar kaki ni"hanan duduk di hujung tangga.
"Muka kita lagi kena bulan ni hanan.Bulan lepas kita jugak yang kena angkut stok ni"mirzan mula mengurut lutut.
"Tu lah kena syift kita dua bulan ni.Untung lah kak mia dengan abang john".
"Ewah-ewah dua ketul ni.Seronok berborak?Patutlah aku tunggu tak sampai-sampai gula ni"chef mok dah mula membebel.Acah diva betul lah chef ni mujur sayang kalau tak memang mandi tepung lah chef.
"Lahhh daripada chef tunggu baik lah chef tolong.Kaki saya ni dah lembik.Tu yang jatuh tadi,ni pun baru je duduk kejap"
"Macam-macam lah alasan kau mirzan.Lelaki apa boleh jatuh sebab angkat tepung?Tak macho lah kau ni"chef mok fire balik dekat si mirzan.
"Dah lah tu chef,bagi hanan dengan mirzan rest kejap.Nanti kami sambung balik.Tak banyak dah ni"hanan cuba sejukkan hati chef mok.
"Huh tak kuasa nak layan kau berdua.Baik aku pergi depan dulu".Chef mok ni kalau dia buat perangai diva tu kalah vvip hotel ni.
Fawwaz mula memerhati produk yang telah siap disusun dalam chiller.Macam-macam jenis makanan dan pencuci mulut disusun dengan cermat.Fawwaz yang ralik melihat dessert tidak menyedari kewujudan seorang lagi manusia yang sedang menyusun produk di rak belakang.
Tangggg....
Pinggan kaca yang berisi puding kelapa jatuh.Lebih tepat atas kepala fawwaz.Fuhh berpinar mata.Kepala fawwaz mula berdenyut akibat kesan pinggan kaca tadi.
"Haih lah,masa ni lah kau nak terjatuh.Dah rugi produk"bebel manusia dari rak belakang.Belum menyedari kehadiran fawwaz dalam chiller"...
"Oh mak meletup...Boss.Boss buat apa dalam ni?"mata dia tertacap pada baju fawwaz yang sudah dipenuhi puding kelapa.Mati lah kau nakkk.Pinggan jatuh dekat boss.
"Ya Allah...Boss.Boss okay tak ni?Maaf boss saya tak sengaja".Berdebar bagai nak pecah dada ni.
"It's okay...saya okay je ni"fawwaz cuba menenangkan manusia yang sudah tidak keruan didepan dia ni.Kemudian fawwaz kembali memegang kepala setelah kepalanya kembali berdenyut.
"Boss,darah...."makin kalut dibuatnya.Darah mula keluar dan kelihatan di dahi fawwaz.
"Hanan...Mirzan tolong aku..."jerit chef mok.Jangan lah boss cedera parah sebab pinggan pudding tu.
Fawwaz ketawa.Lucu pula rasanya.Baru je pertama kali jejak kaki di kawasan kitchen dah accident.Mujur tiada yang serius cuma luka sedikit sahaja.Chef Mok tak berhenti memohon maaf atas kecuaian dia.Puas fawwaz nak yakin kan bahawa dia okay.
**************
"Abang,syarikat tu tengah sibuk sangat ke sekarang?"
Sang suami yang sedang membaca buku diatas katil ditatap.Entah kenapa lain macam betul rasa hati ni.Rasa seperti ada perkara buruk yang berlaku.
"Biasa je yang.Kenapa tanya?Nak ajak abang pergi honeymoon ke?"
Puan Reesa jeling ke arah suaminya.
Mengada betul lah babah rayyan ni.
"Banyak lah abang punya honeymoon.Saya cuma pelik dengan rayyan tu.Macam ada something yang pelik"
"Apa yang peliknya?"soal Encik Raykal.Buku diletakkan ke tepi.Memberi tumpuan penuh pada si isteri.
"Sejak kebelakangan ni rayyan nampak lain.Kalau saya atau mak ajak berborak mesti dia beri alasan.Tu belum kira lagi berapa kali dia mungkir janji dengan hanan nak pergi beli barang hantaran"
"Abang tengok dia dekat pejabat okay je.Macam biasa je".
"Nanti abang ajak dia bincang.Majlis kahwin tinggal lagi dua bulan tapi rayyan tu macam tak buat persediaan langsung.Dia ni nak kahwin ke tak?"
"Nanti abang cuba cakap dengan rayyan.Sayang doakan yang terbaik untuk mereka berdua.InsyaAllah tak akan kemana lah kalau dah berjodoh tu".Encik Raykal cuba menenangkan isterinya.
Share this novel