"Mika,tahniah"....
"Hanan jugak,tahniah.Finally kita officially dah graduate.Tak sia-sia lah bulu bulu tangan kita ni hangus".
"Eh mika ni kan,yang hangus tu jugaklah yang dia ingat.Hanan trauma lagi tau".
Mereka yang berkumpul di sekeliling hanan sakan bergelak ketawa.Mana boleh lupa kejadian yang berlaku semasa mereka sedang bertungkus lumus menjayakan majlis anjuran universiti.
*******
"Wei korang,aku dengar cite kelas kita kena masak untuk event uni minggu depan".
Kelas yang bising dengar suara pelajar diploma kulinari itu serta merta sunyi.
"Yedok ko? takdek pun Puan Ayu bagi tahu ape ape dalam ws group"mira bersuara selaku wakil kelas yang masih blur dengan berita yang baru diterima daripada mirzan tadi.
"Aku pon tak sure sebab aku terdengar masa lalu depan pejabat tadi.Ape susah tanye je lah Puan Ayu.Kelas dia kan sekarang ni"balas mirzan.
"Assalamualaikum semua".
"Waalaikumsalam Puan"jawab seisi kelas.
"Ni sebelum saya mulakan kelas hari ni,ada perkara yang saya nak bagitahu.Pengarah Uni arahkan kita untuk sediakan juadah untuk event yang akan diadakan pada minggu depan.Menu semua dah ada,cuma perlukan tenaga kerja korang semua je.Boleh tak korang semua terlibat dalam event ni?"Soal Puan Ayu.
Hanan,mika beserta beberapa lagi classmate mereka ditugaskan di bahagian dapur panas.Menu yang perlu mereka siapkan adalah nasi goreng kampung dan mee hoon singapore.
************
"Nasib baiklah laku lagi si Hanan dengan mika ni walaupun bulu tangan hangus"usik mirzan yang segak dengan jubah konvo.
"Setakat bulu tangan tak jatuh okay saham aku"balas mikayla.
Takdan jatuh saham lah kalau dah kena sambar dengan Faris.Faris mana?Siapa lagi kalau bestfriend hanan semasa sekolah menengah.Macam mana boleh jatuh cinta pon hanan tak tahu.Tapi sesuai lah si mikayla dengan faris ni.Masing-masing kepala biul.
Yang lain hanya gelak mendengar ujahan si mika.Berseronok pada hari yang cukup bermakna buat mereka semua.Lulus dan berjaya memegang diploma kulinari okehhh.Entah berapa ratus gambar yang mereka ambil bersama.Ini lah kenangan zaman belajar yang boleh disimpan.
Encik Iskandar tersenyum dari jauh melihat hanan dan rakan sekelasnya bergelak ketawa.Jauh disudut hati sungguh dia bangga dengan hanan.Anak manjanya sudah berjaya memegang segulung ijazah yang memang dia impikan.
"Inara"...
"Abah......"segera hanan meminta diri daripada rakan sekelasnya.
"Tahniah anak manja abah.Abah bangga dengan inara"jambangan bunga lili dihadiahkan buat Hanan Inara.
Segera disambut bunga pemberian dari Encik Iskandar."Terima kasih abah,banyak sangat abah berkorban untuk inara.Ijazah ni hadiah inara buat abah,arwah ibu dan adik".Tubuh tua Encik Iskandar dipeluk erat.
"Ehemmm..."
"Sampai dah buah hati inara tu"usik Encik Iskandar.Rayyan tersenyum malu,segera dihulurkan tangan bersalam dengan abah kesayangan hanan.
"Congrats Love,abang bangga dengan hanan".Jambangan bunga yang dihiasi dengan tiga kuntum bunga mawar dan baby breath dihulurkan pada hanan.
"Auwww cantiknya,thank you abang.Semalam cakap tak boleh datang ni tiba-tiba muncul eah.Lama dah abang sampai?".
"Abang nak surprise love lah.Suka tak?Takkan lah abang tak datang graduation buah hati abang.Lama dah sampai,sempat lah tengok love duk bergelak ketawa tadi".
"Abang cemburu eah?Takkan dengan classmate hanan pon abang nak cemburu?takut jatuh saham eah?"keningnya dijongkit nakal.Depan abah pon sempat lagi si hanan ni buat nakal dia.
"Inara ni nakal betul ya dengan buah hati.Cepatlah kahwin ye.Abah nak cucu 10 orang.Abah pergi sana dulu lah.Nak berborak dengan ayah mika"segera Encik Iskandar angkat kaki setelah berjaya mengusik inara.
"Eh,abang tak cakap pon abang cemburu.Love borak ape yang seronok sangat tu.And bila nak bagi masuk?"
Hanan kerut dahi."Masuk ape?Tadi classmate hanan pergi usik kes bulu tangan hanan hangus tu lah".
"Masuk meminang lah,abah dah mintak cucu 10 orang tu"sengaja Rayyan sebutkan balik permintaan Encik Iskandar tadi.
"Rayyan Falah ni memang gatal eah?Hanan cari lain baru tahu.Hanan dah cakap kan hanan nak kerja dulu.Abang nak kahwin cepat cari lah kiri kanan abang tu.Bukan main ramai duk pandang abang.Boleh lah buat shortlist bakal wife".
Itu dia hanan inara dah keluarkan aura membunuh.Kelu kejap Rayyan falah.Mood Hanan inara memang sukar dijangka.Kejap happy,moody,angin taufan,petir,manja.Mujur sayang tak pernah kurang.
Teringat kejadian semasa kes bulu tangan hanan hangus.
*************
Fail yang bersusun kemas diatas meja dicapai.Rayyan baru sahaja pulang dari tapak projek resort yang sedang diusahakan oleh syarikat nenda fatimah.Berdenyut kepala menahan terik mentari.Intercom ditekan "Puteri,masuk kejap".
Pintu pejabat diketuk,kemudian muncul puteri disebalik pintu."Ya Encik Rayyan?Encik perlukan apa-apa ke?.
"Puteri,lepas ni I ade temujanji dengan client lagi ke?".
Tab ditangan segera dihidupkan,menyemak jadual Rayyan Falah."Untuk hari ni dah takdek ape dah Encik Rayyan".
Baru sahaja nak bersuara,skrin phone menyala.Nama hanan inara muncul di skrin.
"Hello love"...
"Abang,boleh datang jumpa hanan sekarang?"suara hanan dihujung talian kedengaran seperti teresak esak.
"Eh,kenapa ni love?Are u crying?"mula terbit rasa cemas dalam diri rayyan.
"Please abang.Hanan nak jumpa sekarang".
Kunci kereta segera dicapai."Puteri,i nak kena keluar ni.I tak balik pejabat dah kot.If my babah cari suruh babah call I.Thanks puteri".
Honda crv dipandu sehabis laju yang boleh.Terngiang esakan hanan di hujung talian tadi.Perjalanan yang biasanya mengambil masa satu jam menjadi empat puluh lima minit sahaja.Jangan terkejutlah kalau ada surat saman dari abang polis nanti.
"Assalamualaikum love,abang dah nak sampai uni ni.Love dekat mana?"
"Waalaikumsalam abang.Hanan dekat cafe.Abang ambik hanan dekat cafe.Kita keluar ya.Hanan dah minta izin abah".
Taman tasik titiwangsa menjadi pilihan rayyan.Sudah tidak tahu kemana arah tuju setelah keluar dari kawasan uni tadi.Hanan pula hanya diam membisu.
"Love,anything nak share dengan abang?Jangan diam please.Abang risau lah.Kenapa love menangis ni?"
Tangannya dihulur ke arah rayyan."Abang tengok tangan hanan ni.Habis bulu tangan hanan hangus".
"Laaa bulu tangan hangus.Ingat apa lah tadi.Bulu tangan je kot.Eh,bulu tangan hangus?" soal rayyan yang seakan baru sedar dengan perkabaran dari hanan tadi.
*************
"Mika,tadi riz pesan yang ni last batch.So habiskan jelah barang saki baki tu"laung fatin dari hujung dapur.Sambil tangan masih licah menggaul mee hoon singapore dalam kuali.
"Okay atin,tangan mika pun dah nak tercabut ni".
Segera hanan mencuit bahu mika."Tukar dengan hanan.Mika assist hanan pulak" bekas berisi bawang diberikan kepada mikayla.Segera mereka berdua menyiapkan batch akhir nasi goreng kampung tadi.
"Geng,nasi goreng kampung dah siap ke?Mee hoon last batch aku dah hantar depan"soal hariz yang menjadi pengurus urusan penyediaan hari ini.
Nasi goreng kampung yang masih berasap itu segera hanan dan mika alihkan ke dalam bekas buffet sebelum hariz angkat ke dewan depan.
"Leganyaaa dah siap masak.Bahu mika rasa nak tercabut dah ni.Nasib boleh balik rumah hari ni.Eh apesal mika bau gas ni.Tetiba kuat bau n...."
Belum sempat habis ayat mika,api menyambar kelur dari bawah kuali didepan hanan dan mika.Tangan keduanya terkena api yang menyambar tadi.Jatuh terduduk hanan dan mika dek kerana terkejut.Syafiq yang kebetulan paling dekat dekat pili gas segera bertindak menutup saluran gas agar berhenti mengalir.
Suasana dapur mula kecoh.Puan Ayu yang kebetulan baru masuk ke kawasan dapur segera menarik hanan dan mika ke singki.Dialirkan air ke tangan mereka yang disambar api tadi.Manakala mika dan hanan menurut sahaja tingkah laku puan Ayu.Keduanya seakan masih tidak memberi sebarang reaksi akibat terkejut.
Keduanya dibawa ke klinik uni.Mujur tiada sebarang kecederaan yang serius.Cuma bulu tangan keduanya hangus.Rupanya paip gas dihadapan mereka tadi bocor,mujur syafiq bertindak segera sebelum kejadian yang lebih serius berlaku.
***********
"Mika dah balik rumah dah.Hanan call abah tadi.Abah balik kedah semalam.Hanan cuma terfikir abang.Tu yang hanan call abang.Abah ambik flight pukul 5 petang.Hanan tak nak duduk sorang,hanan takut hanan terbayang accident tadi".
"Hey,it's okay lah love.Memang love kena call abang.Anything happen love kena bagi tahu abang.Abang teman love sementara abah sampai okay.Tapi kan love,nanti kuranglah".
Hanan kerut dahi."Apa yang kurang?"
Rayyan falah dah tersengih."Your hantaran".
"Abang ni kan.Tak funny okay.Hanan bagi tahu rai nanti.Biar rai cerita dekat umi and babah.Pastu biar abang kena marah"dimuncungkan mulut tanda merajuk dengan rayyan.
"Sorry love,abang gurau je lah.No umi and babah please.Umi bebel nanti sejam tak cukup.Umi kalau pasal hanan,abang memang takdek peluang nak menang".
**************
Rayyan falah tersengih sengih mengenangkan kes tangan hanan.Mika dengan faris dekat sebelah pun dia tak perasan.
"Pehal abang rayyan tu hanan?"soal faris.
"Entah dia.Boleh pulak dia mengelamun".Pipi rayyan falah ditepuk lembut dengan kertas ijazahnya.
Barulah rayyan sedar.
"Abang dah kenapa? sengih-sengih pehal?"
"Abang ingat kes bulu tangan love"jawab rayyan sambil tergelak.
Kurang asam punya boyfriend.Boleh dia gelak.Si faris ni boleh pulak dia join gelak.Kesudahannya rayyan dengan faris kena luku dengan hanan dan mika.
Share this novel