Encik Iskandar hanya mampu memandang tingkah laku satu-satunya anak perempuannya,Hanan Inara.
Sudah dua minggu sejak pemergian isteri Nasuha dan anak lelakinya Haikal Ifwat.Siapa sangka dalam sekelip mata rumah yang penuh dengan gelak ketawa kini sepi bagai tiada penghuni.
Remuk hati tua Encik Iskandar apabila mendapat panggilan yang menyatakan isteri dan anak bongsunya meninggal selepas dilanggar.Masih segar bayangan isteri dan anak mereka duduk semeja bergurau senda.Tapi dia akur dengan ketentuan Sang Pencipta.
"Inara,mari makan dulu nak.Teman abah makan ya.Inara pun belum makan kan?" perlahan tangan tua Encik iskandar mengusap lembut bahu Hanan Inara.
Hanan masih melayan sedih yang bertamu dihati.Siapa sangka dia akan kehilangan ibu dan adik kesayangannya.Dia masih belum bersedia untuk menerima kenyataan ini.Di usia dua belas tahun sudah memegang "title" anak yatim.Lemah longlai kakinya apabila mendapat berita tentang kemalangan yang melibat ibu dan adiknya.
************
"Abah,rasanya adik suka tak hadiah yang kita beli ni? Adik cakap dengan inara dia nak kereta kontrol ni,tapi dia tak cakap nak warna apa".Jarinya diletakkan didagu tanda sedang berfikir.
"Confirmlah adik suka,inara yang pilihkan untuk dia.Nanti inara jangan berebut pulak dengan adik ya.Main sama-sama ya sayang". kata Encik Iskandar.Matanya masih fokus kehadapan memandang jalan raya.Tersenyum dengan telatah anaknya.Bukan main suka lagi inara bila dapat belikan hadiah untuk adiknya,haikal.Hari ini hari ulang tahun anak bongsunya yang ke sepuluh tahun,jadi dia dan isteri merancang ingin berikan kejutan buat haikal.Kek dan hadiah sudah dibeli untuk meraikan haikal.
Telefon bimbitnya nyaring berbunyi minta diangkat,segera diangkat."Hello,ini suami Puan Nasuha ke?tanya pemanggil dihujung talian". "Ya saya suaminya,boleh saya tahu siapa yang bercakap?" soal Encik Iskandar.
"Saya hamid,encik saya mintak encik bersabar ya dengan berita yang saya nak sampaikan ni". Hati Encik Iskandar sudah berdebar-debar. "Puan Nasuha dan anak encik terlibat dengan kes langgar lari,kedua- duanya meninggal di tempat kejadian".
'Sretttt'
Kereta yang dipandu Encik Iskandar dibrek secara mengejut.Mujur tiada kenderaan dibelakang mereka.Hanan sudah pucat apabila kereta dibrek secara tiba-tiba.Encik Iskandar mula beristifar,terkedu dengan berita yang baru sahaja diterima.
**********
Hanan yang masih mengelamun tersedar apabila Encik Iskandar mengusap lembut bahunya. "Abah cakap apa tadi? Inara tak dengar".wajah Encik iskandar dipandang sayu.
"Abah nak ajak inara makan.Inara belum makan lagi dari pagi tadi kan.Nanti perut masuk angin,inara tu gastrik.Makan sikit pun jadilah,asalkan perut tu berisi.Inara dengar cakap abah ya."
Langkah kaki diatur mengikut abah ke meja makan.Hanan kena kuat,sekarang dia hanya ada abah.Hanan taknak susahkan abah.Nasi dipinggan disuap perlahan ke mulut.
"Abah,esok inara nak ke sekolah.Abah boleh hantarkan?" Soal hanan.
"Inara dah sedia ke? Kalau inara belum kuat lagi jangan paksa diri". Soal Encik Iskandar.Dia risau inara belum bersedia.
Senyum diukir buat abah. "Inara dah janji dengan ibu nak belajar sungguh- sungguh.Inara nak dapat keputusan cemerlang UPRS nanti.Inara nak ibu dengan abah bangga".
Share this novel