Bab 1

Romance Series 11313

'kringgggg'

"Fuhhh akhirnyaaa"tangannya mula licah mengemas buku latihan di atas meja.Pen yang bertaburan dikutip satu persatu.

Hanan geli hati melihat telatah Faris.Baru separuh hari belajar dah lemau.Pelik juga dia dengan faris ni,gaya macam budak malas belajar tapi setiap kali ujian pehhh kaw kaw dia score."Aduh,sakit lah gila"kepala maira dah selamat kena luku dengan faris.Hanan ketawa lagi melihat gelagat dua sahabat baiknya,faris dan maira.

"kau dah lama hidup ke faris? Kang percuma je aku lempang kau" soal maira yang sudah mula tayang muka tidak puas hati."Wekkkk,tu lah berangan lagi.Cepatlah sikit,perut aku dah keluar lagu kpop ni.Aku tak sempat makan pagi tadi" faris mula tayang muka seposen.

"Dah lah gaduh tu,jom pergi port biasa.Aku bawak nasi lemak sambal kerang hari ni" bekas berisi nasi lemak diangkat.
"Yahooo,ni sayang lebih ni.Hanan tak pernah mengecewakan aku.Lama dah aku tak makan nasi lemak yang Cikgu Is buat" air liur faris dah hampir meleleh terbayangkan nasi lemak buatan Cikgu Iskandar aka abah hanan inara.

Botol air mineral dicapai,dituang ke tangan sekadar ala kadar.Buat syarat nk bagi tangan bersih walaupun makan guna sudu.Tak yakin nak makan kalau tak basuh tangan.Dah segala jenis barang dia pegang dalam kelas tadi.Entah berapa banyak kuman yang tengah menumpang dekat jari gebu dia.

"Maira,kau jadi tak nak join aku dengan hanan perform untuk hari guru nanti?"tersembur nasi dari mulut faris.Maira urut dada tanda sabar.Tak senonoh betul lah faris ni.Ade yang kena luku dengan aku kang.Makan sambil bercakap dapat pakej nasi tersembur pulak tu.

"Kau ni bagi lah habis dulu makanan dalam mulut tu.Habis tersembur,kalau masuk bekas aku tadi memang aku likup atas kepala kau".Faris sekadar tayang muka tak kisah.Lagi lah berasap si maira.

"Jomlah maira,takkan aku dengan faris je join.Sesekali bagi hilang stress join" mata hanan terkelip kelip memandang maira.Mana lah tahu maira cair tengok mata aku yg cantik ni.

"Ye aku join sekali,korang nak nyanyi lagu ape nanti? lagu kpop aku tak nak eah.Korang pilih lah lagu yang senang aku nak nyanyi".

Faris dah tersengih mendengar jawapan maira."Kita perform lagu band indon lah weh.Baru cair cikgu kita tu".Kringgggg bunyi loceng tanda waktu rehat tamat.

"Weh cepat weh,tu singa betina dah dekat dah tu"tergopoh gopoh faris menutup bekas makanan.Siapa lagi yang dimaksudkan dengan singa betina kalau bukan penolong pengawas,Fatehah.

Lintang pukang mereka bertiga berlari ke arah kelas.Daripada bertembung dengan fatehah baik lari selamatkan diri dulu.

"Rayyan kau jangan nak mengelat eah.Aku dah bagi senarai perfomance dekat cikgu" ammar dah bagi warning dulu sebelum rayyan bagi alasan.Bukan main susah lagi nak paksa seketul Rayyan Falah ni.

"Ikut kau lah ammar,aku malas layan" kaki diatur ke makmal sains.Selepas ini mata pelajaran fizik.Cikgu Iskandar dah pesan minggu lepas untuk sediakan peralatan untuk sesi pembelajaran mereka hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience