Fawwaz tekun meneliti fail projek kerjasama antara Hotel emperor dan Syarikat skyline.Syarikat penerbangan yang terkenal dengan servis perkhidmatan yang bagus.Sering menjadi buah mulut antara golongan yang berada.Kali ini syarikat skyline memilih untuk bekerjasama dengan hotel emperor untuk projek amal anak yatim di sekitar kuala lumpur.
Datuk seth uwais selaku ceo skyline memang terkenal dengan sikap pemurah.Baru sahaja lima tahun mengambil alih jawatan bapanya Datuk khalis tetapi sudah terkenal kerana sikap pemurah dan kebijaksanaan mengembangkan bisnes bapanya.
Secretary fawwaz,kak fiza tergopoh gopoh masuk ke pejabat fawwaz setelah mengetuk sebanyak dua kali.
"Maaf boss,kita ada masalah"kak fiza mula menerangkan kejadian yang terjadi pada hotel emperor.Ini kali pertama perkara sebegini terjadi sepanjang lapan tahun dia berkhidmat di sini.
"Akak tolong cancelkan dulu meeting saya untuk hari ni.Saya kena selesaikan hal ni secepat mungkin.Saya taknak pekerja saya diperlaku kan sesuka hati.Saya turun dulu,nanti akak dah siap cancelkan meeting akak terus ke bawah ya.Jangan lupa bawak sekali rakaman cctv".
Kedengaran bunyi bising disekitar tingkat lima yang menempatkan suit yang kebiasaanya digunakan oleh golongan Vip dan Vvip.Pekerja pekerja tiada yang berani masuk kebilik yang sudah terbuka luas pintunya.Tiada yang menyedari kehadiran fawwaz yang baru tiba.
"Ehem..."
"Boss"terkejut para pekerja melihat ceo syarikat turun melihat kejadian yang mengemparkan tingkat lima itu.
"Dia masih dekat dalam?"soal fawwaz.Para pekerja hanya menganggukkan kepala seraya memberi laluan untuk fawwaz masuk ke bilik yang dikerumuni tadi.
"Tan Sri..."fawwaz cuba untuk mengawal intonasinya.
"Hah baguslah ceo turun.Budak ni dah malukan aku.Aku nak dia minta maaf.Kalau tak aku saman hotel ni".
"Tan sri,saya dapat maklumat mengatakan tan sri cuba melakukan sexual harassment pada salah seorang dari pekerja saya.Jadi bukan ke tan sri yang perlu minta maaf?Dan saya rasa pekerja saya yang patut saman tan sri"
Merah muka tan sri lee apabila selamba fawwaz memintanya memohon maaf.
"Apa bukti yang kau ada?Kau nampak aku raba pekerja kau ke?Kau jangan nak gertak aku.Kau belum tahu siapa aku,aku boleh rosakkan nama hotel emperor ni".
"Tan sri jangan berdalih lagi.Macam mana baju pekerja saya boleh terkoyak?Takkan dia sengaja koyak kot?Tu tudung dia dah senget,kesan merah dekat pergelangan tangan.Tu mesti kesan masa bergelut dengan tan sri".
Tan Sri Lee segera menerpa ke arah fawwaz.Fawwaz yang dapat membaca gerakan tan sri lee segera mengelak.Kesudahannya tan sri lee yang jatuh tersungkur di tepi katil suit.
Kak fiza yang baru sahaja sampai di bilik suit itu segera menyerahkan rakaman cctv kepada fawwaz.Segera fawwaz mainkan didepan tan sri lee.Tergaman tan sri lee apabila skrin memaparkan kejadian dia menarik tudung pekerja tadi di depan pintu bilik.Tak cukup dengan itu,tan sri juga menampar pekerja yang bernama aina itu.
"Saya ada bukti yang menunjukkan yang tan sri bersalah"fawwaz segera memulangkan tab kepada kak fiza.Dipandang muka tan sri lee yang masih berlagak sombong itu.
"Kau ingat aku akan kalah dengan perempuan ni.Aku ada duit lah nak tutup mulut pihak polis.Budak ni pun aku boleh bunuh je".Angkuh betul tan sri lee berbicara.
Tiba tiba fawwaz mula gelak.Kak fiza dan pekerja lain mula kebingungan.Begitu juga dengan tan sri lee.Ainaa pula masih teresak,malu bila senang senang diperlakukan sebegitu oleh tan sri lee.Badan yang terdedah sedaya upaya ditutup dengan tangan.
"Well..well..well.Saya rasa mungkin rancangan tan sri tu dah tak boleh pakai"fawwaz segera mengeluarkan handphone dari poket seluar.Rupanya fawwaz lagi bijak,segala perbualan dia dan tan sri lee tadi dirakam dari awal.
Terus terduduk tan sri lee yang angkuh tadi.Tak sangka fawwaz akan merakam perbualan mereka.
"Kak fiza,polis dah sampai ke?"soal fawwaz.
"Dalam perjalan boss".
"Tolong pastikan tan sri lee tak lari ya.Saya nak bawak staff kita ke klinik".
Segera fawwaz tutup badan aina yang terdedah dengan coat miliknya."Awak okay tak ni?Saya bawak awak ke klinik".
"Takpe boss,saya boleh pergi sendiri"jawab aina sambil teresak esak.
"Kak fiza tolong bawa dia ke kereta saya.Akak teman saya bawak dia ke klinik"segera kak fiza membantu ainaa untuk bangun.
"Takpe boss.Saya pergi sendiri.Saya taknak susahkan boss".
"Saya bawak awak ke klinik.Awak tanggungjawab saya.Saya taknak jadi majikan yang tak menjaga kebajikan pekerja.Lagipula ini melibatkan maruah awak.Awak nak ke keluar hotel dengan pakaian yang koyak macam ni?".
Segera aina menggelengkan kepala.Kesudahannya dia hanya mengikut arahan dari fawwaz.
Sebelum keluar dari suit sempat lagi fawwaz pesan kepada para pekerja"saya taknak perkara macam ni berulang lagi.Kalau rasa diri awak diperlakukan secara tidak adil atau dikasari oleh tetamu,tolong laporkan pada pihak atasan.Tak kira lah tetamu vvip sekali pun,salah tetap salah.Dan perkara yang berlaku hari ni saya harap jangan ada yang sebarkan.Maruah kawan sekerja kamu semua yang jadi bualan andai perkara ini tersebar".
*************
Riuh ruang makan keluarga Encik Raykal setelah dua keluarga berkumpul untuk menikmati makan malam.Bermacam macam juadah yang disediakan oleh puan reesa dan puan sofea.Ada tomyam seafood,kangkung belacan,kerabu manga,kerapu masam manis dan puding kastard sebagai pencuci mulut.
"Babah bangga dengan fawwaz,dah besar dah dapat ganti tempat papa.Babah ingat lagi tiga tahun lepas fawwaz habis habisan tolak permintaan papa yang nak fawwaz ganti tempat dia".
"Tak sia sia lah papa tunggu tiga tahun.Papa risau jugak lah takut fawwaz lari bawak diri lagi macam tiga tahun lepas"seloroh Encik Eiffat.
Tergelak semua yang ada dimeja makan.Mana boleh lupa kejadian fawwaz hilang selepas diminta jadi ceo hotel emperor.Hampir dua minggu fawwaz menghilangkan diri.Cuma satu pesanan ringkas yang dihantar pada mama yang menyatakan dia perlukan masa.Kalah orang perempuan bawak diri.
"Dah lah tu pa,babah.Malulah fawwaz.Lagi pun fawwaz tak sedia lagi masa tu"
Puan sofea lantas mengambil peluang mengusik fawwaz"adik dengan baby nanti nak merajuk jangan macam angah pulak.Bukan main kami semua risaukan dia,rupanya tak jauh pun angah bawak diri.Dekat hotel emperor tu jugak lah dia menyorok selama tiga belas hari".
"Seriously fawwaz?Abang ian tak tahu pulak fawwaz menyorok dekat situ.Baik lah fawwaz datang menyorok dekat rumah nenda dari duduk dekat emperor tu"merah muka rayyan gelakkan si fawwaz.
"Okay,let's drop this topic.Cakap pasal benda lain lah"mencuka muka fawwaz.
"Nenda dengar ada tan sri buat hal dekat emperor baru baru ni.Macam mana keadaan pekerja yang jadi mangsa tan sri tu?Apa tindakan emir?soal nenda fatima setelah dari tadi hanya menjadi pendengar.Ya hanya nenda yang memanggil fawwaz dengan panggilan emir,katanya berbelit lidah nak menyebut fawwaz takut jadi mawaz pulak nanti.
"Oh tu tan sri lee.Vvip hotel kita.Tapi emir dah blacklist nama dia nenda.Pekerja kita dah buat laporan and dia dah saman tan sri tu.Pihak emperor pon saman tan sri lee sebab dah jejaskan nama baik hotel.Rupanya masa dia buat hal hari tu,dia ada ambil barang terlarang.Jadi sekarang tan sri tu dalam tahanan polis atas tuduhan sexual harrasment,salah guna dadah and cemarkan nama baik hotel.Tapi jangan risau,minggu depan selepas selesai event dengan skyline,hotel akan buat press conference nak jawab soalan berkaitan kes tan sri tu".
"Macam macam lah orang zaman sekarang ni.Dah pekerja angah macam mana?Mama ingat nanti nak ajak papa jumpa pekerja tu.Nak minta maaf bagi pihak hotel"
"No need lah mama,angah dah selesaikan.Angah bagi dia cuti for a week and pampasan atas kecuaian pihak hotel.Hari tu pun angah yang hantarkan dia ke klinik".
"Baguslah tu,betul tindakan emir.Kita ni sebagai majikan kena ambil tahu hal kebajikan pekerja.Arwah atuk selalu pesan tu pada nenda.Ni menunjukkan yang emir bertanggungjawab dan amanah"puji nenda fatima.
"Betul tu nenda!Rayyan rasa fawwaz pun dah mampu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami"terbuntang mata fawwaz mendengar kata kata rayyan.
Apa kena mengena tanggungjawab syarikat dengan tanggungjawab suami?Nampak sangat rayyan nak kenakan si fawwaz.Dalam masa yang sama menjerat rifqi.Terus senyap fawwaz dan rifqi.Buat buat sibuk mencedok lauk.
"Hah emir,betul rayyan cakap tu.Bila nak kawin?Rifqi?Takkan takdek calon lagi?Nak nenda carikan?"
Sudah nenda dah start korek pasal calon ni."Errr,rifqi busy lah nenda.Baru buka studio kan.Suruh angah jalan dulu lah"selamba rifqi jual nama fawwaz.
"Kalau tunang rayyan ni ada adik beradik perempuan memang nenda suruh je korang masuk meminang,sayang pulak hanan anak tunggal".
"Erm nenda apa kata kita habiskan makan dulu.Kejap lagi kita ambil angin dekat taman bunga nenda ya.Soal jodoh tu emir serahkan pada Allah.Kalau dah sampai masa nanti,InsyaAllah emir kawin"jawapan paling selamat fawwaz boleh fikir setakat ini.
"Pandai lah kamu tukar topik ya".Fawwaz tayang sengih,kantoi pula dengan nenda.Kemudian masing masing menyambung menjamu selera.Aqil,aisya dan raifa dari tadi hanya menjadi pendengar setia,penat sangat masing masing.Mana tidaknya kalau dah tiga jam mereka bermain badminton di laman tengah di teratak nenda.
***********
Kuey teow goreng yang berbaki separuh lagi dikuis dengan garfu.Kemudian dikacau pula jus manga menggunakan straw.Kemudian dikuis balik kuey teow tadi.
"Maira,please stop ulang kuis makanan and kacau jus tu.Tak tenang aku nak makan ni.Kau ada masalah ke?Dari tadi senyap.Aku,hanan dengan rai je yang duk bersuara dari tadi.Kau pulak dah macam duduk lain dah ni?kau dah sampai mana ni?bulan?bintang?ke syurga"soal faris.Tak puas hati dengan tindakan maira.
Paling dia tak suka kalau ada yang sembunyikan masalah.Taknak kongsi takpe tapi jangan tayang muka cemberut depan dia.Kalau dah muka macam cicak tercirit tu baik cerita je.Apa guna ada kawan kan?Lagi pun dah tiga belas tahun berkawan.
Share this novel