Sudah lima hari semenjak hanan pulang dari rumah rayyan.Senang dapat pulang ke rumah sendiri.Layanan rayyan sekeluarga memang baik tiada yang kurang.Hari ini dia dan rayyan akan ke butik puan reesa,untuk fitting baju pengantin.
"Abah nak makan apa pagi ni?"soal hanan yang masih sibuk menilik bahan-bahan dalam peti sejuk.
"Abah teringin nak makan mee goreng basah lah inara.Ada tak mee kuning dalam peti tu?"kecur air liur encik iskandar apabila terbayangkan mee goreng basah.
"Ada bah,inara siapkan bahan dulu ya.Abah nak minum dulu sebelum tunggu mee siap?"bahan untuk mee goreng basah disusun ditepi singki.
"Abah minum kejap lagi lah.Abah nak keluar siram pokok dulu.Inara buatkan teh tarik ya untuk abah nanti".
Segera Encik iskandar menyarung selipar.Segar betul udara pagi ni.Tengah seronok encik iskandar membelek pokok yang ditanam dihalaman,ada suara yang menegur dari pagar sebelah.
"Assalamualaikum cikgu is.Rajin betul siram pokok pagi ni"tegur suara dibalik pagar.
"Eh hamid..Waalaikumsalam.Lama tak belai pokok ni semua ni mid"
"Tu lah cikgu sibuk memanjang.Ni tak kerja ke hari ni cikgu".Encik hamid dan Encik Iskandar sudah berjiran hampir tiga dekad.Sudah dianggap seperti keluarga dekat.Jika Encik Iskandar dilanda musibah,encik hamid lah yang setia menghulurkan bantuan.Begitu juga apabila Encik hamid yang ditimpa musibah.
"Hari ni lewat sikit mid,staff dah boleh handle kalau aku tiada.Inara cuti hari ni,tu yang aku kerja lewat sikit.Nak sarapan dengan dia sekali kejap lagi".
"Ooo...Patutlah.Kejap je rasanya budak tu membesarkan.Teringat lagi inara tu dengan tocang duanya berlari-lari dekat laman ni.Sekarang ni dah besar,dah nak jadi isteri orang dah"
"Aku pun tak sangka mid,aku rasa inara tu masih lagi budak lagi.Tapi aku lagi lega dapat serahkan inara pada suami dia.Kalau ada apa terjadi pada aku,inara akan ada tempat bergantung"
Hanan yang sudah siap menghidangkan mee goreng basah dan teh tarik segera ke luar rumah."Abah dah siap.Jom makan dulu"
"Uiii untung cikgu is ada anak dara rajin ni"usik pak cik hamid.
"Eh pak cik hamid,tak perasan pulak hanan.Pak cik dah sarapan ke belum?Kalau belum meh lah join inara dengan abah".
"Takpe lah inara,pakcik dah sarapan dengan makcik tadi.Makcik masak lempeng kelapa pagi tadi"....
********************
"Love nak tema warna apa?Abang ikut je"
Tangan hanan masih sibuk membelek katalog pakaian pengantin.Rambang mata melihat design yang pelbagai.
"Hanan nak warna baby blue ni tapi...warna plum ni cantik juga"
"Takpe take your time love.Fikir betul-betul or love nak both colour?Kita boleh buat dua baju.Satu untuk akad nikah and satu untuk sanding"
"Nope,akad nikah hanan nak warna putih.Kita tanya umi lah.Umi mesti lagi tahu yang mana sesuai kot".
Puan Reesa yang baru sahaja habis melayan tetamu segera duduk di sebelah hanan.
"Dah tahu nak yang mana?"soal puan reesa.
"Hanan tak sure nak pilih warna baby blue atau plum.Both cantik.Akad nikah hanan memang nak warna putih.Cuma sanding ni confius nak pilih.Umi rasa yang mana sesuai?"
Hampir tiga jam berbincang akhirnya selesai urusan baju dan pelamin.Baby blue menjadi pilihan mereka.Pelamin pula bewarna putih dengan tema fairytale.Urusan catering pula diuruskan oleh Encik iskandar.Mereka akan menggunakan khidmat Nasuha Kitchen.
Usai sahaja siap urusan di butik,rayyan membawa hanan makan di restorant thai.Tomyam seafood,telur dadar dan somtam menjadi pilihan.
"So barang hantaran semua tu love nak beli sekarang or lain kali?kemudian satu sudu nasi selamat masuk ke mulut rayyan.
"Nanti lah abang.Hanan dah penat ni.Padahal kita duduk je dari tadi dekat butik tu tapi dia punya penat tu,hanan rasa macam tengah handle customer pack for three thousand"
"Lain macam penat tu.Oh abang lupa bagi tahu,minggu depan abang kena pergi pahang dalam tiga hari.Nak jumpa supplier untuk perabot baru"
"Lama ke?dengan siapa?"air mangga disisip.
"Dengan puteri and pak abu".
Hanan hanya menganggukan kepala.Kemudian segera menghabiskan nasi di dalam pinggan.
**********
Hanan duduk bersil di tangga kitchen.Penat seharian tak dapat duduk.Berbaki lagi lima minit sebelum tamat shift.Hanan mula berkira-kira untuk menelefon rayyan yang sudah bergerak ke pahang.
"Nak call ke taknak eah?Erm nanti lah.Takut abang tengah busy".disimpan balik iphone ke dalam poket seluar.
Rayyan yang sedang meneliti kualiti kayu yang akan dijadikan perabot ditemani oleh puteri.Puteri dengan tangkas mencatat point penting untuk tujuan pemilihan kayu yang lebih baik.
"Okay,itu sahaja untuk hari ni.Selebihnya kita sambung esok.Esok kita akan ke kilang mana puteri?"peluh di dahi dikesat dengan hujung baju.
"Esok lepas kita habis tengok produk dekat sini,kita akan ke kilang di temerloh boss"air mineral dihulurkan pada rayyan.
"Thanks puteri.Kita balik hotel dulu lah.Esok kita jumpa dekat lobby.Kalau awak nak keluar kemana-mana silakan,cuma jaga diri"air mineral tadi diminum hampir separuh botol.
Puteri hanya tersenyum melihat rayyan."Baik boss"kemudian keduanya segera ke kereta yang dipandu pak abu.
Malamnya rayyan hanya berehat di dalam bilik.Terasa badanya sedikit lemah,mungkin sebab terlalu lama terdedah dengan habuk kayu di kilang tadi.Pesanan ws daripada puteri dibuka.Rupanya puteri telah memesan makanan untuk dirinya dan meletakkan di depan pintu bilik.
Usai mengambil makanan segera rayyan menghantar pesanan ws kepada puteri.Mengucapkan terima kasih atas makanan yang telah dipesan.
Hari ni rayyan telah menyelesaikan lawatan ke kilang kayu seperti yang dijadualkan oleh ayu.Lega apabila sudah selesai.Kepalanya asyik berdenyut dari pagi tadi.Nak buat kerja pun susah,mujur saja ada puteri yang boleh membantu.Berbaki satu lagi kilang yang perlu dia lawati untuk esok.
"Puteri,boleh dah reschedule balik dengan kilang satu lagi tu?Saya nak settle hari ni.Dah larat lah nak berlama dekat sini.Kepala ni asyik berdenyut dari pagi tadi".
"Saya cuba call dulu ya boss"puteri segera menghubungi kilang yang dimaksudkan oleh rayyan tadi.
"Pak abu nanti tolong berhenti mana-mana kedai.Rayyan nak beli panadol.Lupa pulak nak bawak".
"Baik lah rayyan.Nanti pak abu carikan"
"Boss,pihak kilang kata boleh.Kebetulan kilang mereka tengah kosong sekarang.
Pukul dua kita boleh kesana.
*************
"Rai,nanti jadi pengapit hanan nak tak?si mika tak nak lah pulak"soal hanan kepada raifa.
"Raifa yang dihujung talian gelak kecik
"sejak bila mika tu pandai tolak offer hanan?"
Hanan turut ketawa"mika kata takut seri dia hilang.Mana taknya wedding dia dengan hanan selang tiga minggu je".
"Ada-ada je si mika tu kan.Okey lah rai jadi pengapit hanan.Mana tahu ade jumpa jodoh ke hahahaha"
Malam itu bilik hanan ditemani gelak ketawa hanan dan raifa.
Share this novel