Bab10

Romance Series 11313

"Terima kasih abah,inara speechless sangat tadi".

"Abah buat yang termampu je inara.Ni semua idea rayyan".

Hanan tersenyum bahagia.Ya bahagia sangat.Ada abah,rayyan,mika,mikael,
faris,maira,raifa serta staff Nasuha kitchen.


Honda crv milik rayyan diparking dihadapan Nasuha kitchen.Segera rayyan dan hanan melangkah keluar."Sorry tau abang,kacau rancangan abang kejap.Abah cakap dokumen tu penting tu dia suruh hanan ambilkan".

Rayyan mengelengkan kepalanya"it's okay lah love.Abang faham "

Baru sahaja hanan nyalakan lampu di ruangan tengah.

"Surprise......"

"Happy birthday to you,happy birthday to you.Happy birthday to Hanan Inara,happy birthday to you".Sebijik kek rasberry coklat disuakan ke hanan.Lilin Berbentuk nombor dua dan enam ditiup oleh hanan.

"Terima kasih semua.Hanan speechless sangat ni.Terima kasih sangat sangat".

Mereka semua segera menikmati hidangan yang telah disediakan oleh staff Nasuha kitchen.Hanan yang sedang asyik menikmati kek rasberry coklat terkedu setelah rayyan letakkan satu kotak kecil di depannya.

"Erm apa ni abang?Tadi kan abang dah bagi hadiah dekat hanan".

Rayyan senyum."Cincin tunang kita".

"What?"

"Why?Hanan still tak sedia lagi ke?"rayyan dah cuak.Dah beberapa kali hanan tolak.Takkan kali ni kena reject lagi kot?

"Hahahahaha....lawak lah muka abang ni.Cuak pun jangan lah tunjuk sangat.Hanan terima tapi abang kena bawak family abang jumpa abah dulu.Kita ada keluarga,tak manis kalau buat macam ni.Cincin ni abang bagi masa kita tunang okay"segera hanan tinggalkan rayyan yang terkejut dengan penerimaan hanan tadi.

Hanan bergerak ke arah jejaka yang berkemeja putih yang duduk bersantai di hujung restaurant."Hai mikael,menung apa tu?"

Ady mikael hadiahkan senyum buat hanan."Termenung kosong je hanan".

"Ada problem ke?share lah dengan hanan.Hanan boleh dengar macam zaman study dulu.Mikael kan selalu kongsi cerita dengan hanan"

"Takdek ape yang menarik pon nak kongsi hanan.Biasalah penat kerja".


************

Pranggg...hancur berkecai cermin didepannya.Berterabur kaca diatas karpet berbulu merah mawar itu.
"Kenapa semuanya engkau yang dapat?Semua yang aku nak kau yang dapat"ditarik rambut dikepalanya dengan penuh amarah.

"Bodoh punya perempuan.Kau tunggu aku rampas rayyan dari kau!!! Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa hanan inara.Let's start the game huh".

Membuak buak rasa sakit hati apabila melihat gambar yang dimuat naik di instagram rayyan.Gambar rayyan merenung hanan yang sedang asyik menikmati kek dengan caption "Planning getting old with my soulmate.Happy birthday love".

************
Tali leher segera dilonggarkan sebaik sahaja masuk ke ruangan pejabatnya.E-mel diperiksa takut ada perkara penting yang dia terlepas pandang.Untuk kali pertama fawwaz menghadiri pertemuan dengan syarikat yang bekerjasama dengan hotel tanpa ada papa atau rifqi.Nasib baik pertemuan itu berjalan lancar tanpa sebarang perkara tak diingini berlaku.

Jam ditangannya menunjukkan pukul tiga empat puluh petang.Lagi sekali dia berlapar akibat terkejar urusan syarikat.Rifqi pula dah selamat merasmikan pembukaan studio photographer.Fawwaz geram betul dengan along ni,elok papa bagi jadi ceo hotel dia pergi bukak studio.Kesudahannya dia yang perlu menyandang jawatan ceo Hotel Emperor.

********
Hanan melihat pantulan wajahnya di cermin."Ya Allah lainnya muka aku.Ni hanan ke miss universe?"hahahaha sempat lagi hanan loyar buruk.

"Hanan.....cantiknya hanan"mika yang baru sahaja masuk ke bilik hanan segera memuji kecantikan wajah hanan yang sudah ditata rias oleh juru solek yang ditempah khas oleh Puan Reesa.
"Mika,rai betul ke hanan dah nak jadi tunang abang rayyan ni?"seolah tak percaya.
"Ya hanan inara a.k.a my future sis in law.Lena lah abang rai tidur malam ni,buah hati dah selamat jadi tunang".

Tok...tok..tokkk pintu bilik hanan diketuk dari luar.Mika yang berada paling dekat dengan pintu segera membuka pintu.

"Hanan dah siap?Jom pergi depan sarung cincin."ujar mak ani sebagai wakil abah yang merupakan jiran sebelah rumah.

Hanan yang cantik berbaju kurung warna cream keluar dari bilik diiringi oleh rai dan mika.Majlis tunang antara dia dan rayyan diadakan secara kecil kecilan sahaja.Itu pun antara dua belah keluarga dan jiran sebelah rumah mereka,mak ani dan pakcik hamid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience