Bab18

Romance Series 11313

Staff semua semakin pelik melihat perubahan pada rayyan.Berkepit memanjang dengan si puteri.

"Emmm...You dengan hanan macam mana?Hanan tak marah ke you selalu keluar makan dengan i?"sengaja puteri cuba bertanya begitu.Ingin menguji sekuat mana penangan barang bomoh siam yang digunakan pada rayyan.

"Entahlah,i dah jarang contact hanan.Sejujurnya i tak rasa apa pun sekarang.Rasa sayang and cinta pada hanan rasa macam hilang.I rasa kosong je sekarang ni".

"Habis tu macam mana wedding you nanti?Tinggal lagi dua bulan sebelum berlangsung kan.Takkan sikit pun tiada rasa sayang pada hanan?Mustahil lah rayyan,you dengan dia bercinta since you form 5 kan.Lama sangat dah tu,tak menyesal kalau you nak tinggalkan hanan sekarang?".


"Mungkin sebab dah lama sangat sampai i dah tawar hati.Kenapalah lambat sangat kita jumpa ya puteri?Kalau tak mungkin sekarang you dengan i dah kahwin.Mungkin kita dah ada anak.Hanan tu dah berapa kali tolak cadangan i ajak tunang awal".


Puteri pura-pura terkejut apabila rayyan kata bergitu,padahal dalam hati dah melonjak senang.Mungkin lepas ni dia boleh jumpa bomoh siam tu lagi untuk buat rayyan makin sayang pada dia.

"I ingat lagi masa first time jumpa you dekat sawah.I ingat anak siapa lah yang teruja sangat tengok sawah sampai terjun sawah"sengaja puteri alih topik.

Rayyan mula ketawa.Teringat kejadian itu.
Dah lah dengan baju kemeja putih dan seluar jeans hitam,acah macho sikit.Padahal Nek jah sudah suruh tukar baju sebelum keluar pusing kampung.Akibat tak dengar kata Nek jah,habis satu badan rayyan penuh dengan lumpur.Teruja sangat jumpa sawah sampai tergelincir terus dalam sawah.

"Lepas tu you menangis sebab ada pacat dekat tangan and leher you.Habis semua orang gelakkan you masa tu"sambung puteri.

"Terlakar pulak bila ingat balik.You pun i tertolak masuk sawah sebab geli sangat dengan pacat tu".

Meja disebelah sudah menjeling.Kuat sangat suara rayyan dan puteri gelak.

"Lepas tu you demam seharian sebab terkejut dengan pacat.Terlakar gila you ni kan rayyan"


Akhirnya keduanya melangkah keluar dari restaurant setelah hampir saja mata meja sebelah juling memandang mereka berdua.

*************

Hanan yang baru sahaja sampai di rumah pelik melihat kereta encik iskandar berada di rumah.Kebiasaannya masa ni abah masih lagi di restaurant,busy menguruskan hal restaurant.

"Assalamualaikum...abah oh abah.Hanan dah balik ni"

Kunci grill dibuka.Masih belum kelihatan abah.Mungkin abah dekat dalam bilik kot.

Hanan kemudian masuk ke biliknya dan mandi.Sudah berlengas satu badan selepas ulang alik ke stor.Siap sahaja mandi nombor rayyan didail.Apa khabar encik tunang.Dah lama rasanya tak berbual dengan rayyan.

Hampir lima minit menunggu rayyan menjawab panggilan telefon tapi hampa,panggilan tak dijawab.Hanan akhirnya turun ke bawah.Mahu berbual dengan abah.

Bunyi batuk yang kuat menyebabkan hanan mempercepatkan langkahnya.Pintu bilik encik iskandar diketuk sebelum masuk.

"Abah okay tak ni?Dari luar inara dengar abah batuk"air mineral ditepi katil dituang.Kemudian dihulurkan pada Encik Iskandar.

"Abah batuk sikit je inara.Ni sebab cuaca kot.Sekarang ni kan malam je hujan,siang pula panas.Tu yang abah batuk tu".


"Yelah tu.Abah banyak minum ais kan masa dekat restaurant?Inara dah pesan kurangkan ais.Ni dah batuk teruk.Abah dah ke klinik belum ni?Nak inara hantar abah?"

"Tak payahlah inara.Abah dah pergi sebelum balik rumah tadi.Ubat pun dah makan tadi.Inara macam mana? sihat?okay tak?"

"Inara macam biasa lah abah.Penat kerja macam biasa.Betul abah dah makan ubat ni?Abah bukan culas ubat ke?

Encik iskandar ketawa sebelum batuk kembali.Hanan segera mengurut dada encik iskandar.

"Abah jangan ketawa sangat lah.Teruk sangat abah batuk ni?Mana ubat abah?Inara nak cek betul tak abah makan ni".Laci meja disebelah katil diselongkar cuba mencari ubat.

"Inara sepah lah laci abah nanti.Ubat abah ada dekat meja cermin tu"Encik iskandar hanya memandang hanan inara yang sibuk membaca butiran pada plastik ubat.Dah puas hati baru lah hanan kembali duduk di sebelah encik iskandar.

***************

Dadanya diurut perlahan.Hampir sahaja jatuh mujur ada si suami di sebelah.Dugaan apa yang engkau berikan pada kami ya Allah bisik hatinya.Perkabaran dari rayyan membuat semuanya terdiam kelu.

"Rayyan sedar tak apa yang rayyan cakap ni?Umi salah dengar ke?Abang?Saya salah dengar ke?"Puan Reesa bagai kebingungan.

"Kenapa tiba-tiba rayyan?Cuba cakap dengan nenda?Majlis rayyan dah tak lama dah ni rayyan,tinggal dua bulan je lagi"

"Rayyan tak tahu umi,nenda.Rayyan rasa dah hilang rasa sayang pada hanan.Rayyan taknak kahwin dengan dia tanpa rasa cinta.Rayyan tak nak teruskan lagi hubungan ni.Rayyan takut rayyan tak ikhlas terima hanan".


"Nenda rasa rayyan tengah keliru dengan perasaan rayyan.Rayyan fikir dulu betul-betul.Jangan menyesal kemudian hari,bukan sekejap rayyan tunggu hanan"nenda fatima cuba untuk memujuk rayyan.Bukannya mereka tak tahu bertapa sayangnya rayyan pada hanan.Mustahil dalam sekelip mata rasa sayang tu boleh hilang.

"Rayyan dah fikir masak-masak and rayyan memang tak boleh teruskan lagi.Hati rayyan bukan lagi milik hanan.Esok rayyan akan jumpa hanan.Rayyan naik dulu,assalamualaikum...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience