Bab 6

Romance Series 11313

Hanan sakan menari sambil tangan ligat membancuh kopi untuk Encik Iskandar.Bergema dapur dengan lagu dessert nyanyian dawin.

They can imitate you
But they can't duplicate you
Cause you got something special
That makes me wanna taste you
I want it all day long
I'm addicted like it's wrong
I want it all day long
I'm addicted like it's wrong

"Inara oh inara.Bertuah punya budak.Abah dari dalam bilik dah dengar suara inara duk menyanyi"geleng kepala Encik Iskandar nak melayan si Hanan inara ni.

Hanan tayang muka seposen.Abah ni kasi can lah inara nak menyumbangkan suara katak puru inara ni."Inara nak bagi abah semangat pagi ni,tu inara kasi abah dengar suara inara yang merdu ala lullaby ni".

"Macam tarzan ade lah,lullaby tu memang mustahil.Orang dulu-dulu cakap nyanyi kat dapur nanti kawin dengan orang tua tau.Inara nak kawin dengan orang tua mana pulak ni?"sengaja diusik anak daranya.
"Orang tua mana lagi bah kalau bukan ex student kesayangan abah tu.Abang rayyan kira tua lah jugak kan.Inara baru 23,abang rayyan dah 25" bab cari alasan memang pro lah si hanan ni.
"Abah kalau cakap dengan inara ni memang tak boleh menang.Ni dah 3bulan jadi penganggur terhormat ni,bila nak kerja?Abah ajak kerja dengan abah taknak.Sombong sangat" .
"Abah ni cakap macam lah inara tak tolong abah dekat restoran abah tu.Dah few hotel dah inara try,tunggu panggil je.Tu pun kalau ade rezeki lah.Kasi lah Inara merasa kerja sendiri dulu bah.Nanti sampai masa inara akan tolong abah".

"Em yelah inara".
Encik Iskandar tahu inara tak suka dipaksa.Semoga suatu hari nanti dia harap inara akan jadi penyambung kepada usahanya.Restoran Nasuha kitchen terhasil atas tanda sayang buat arwah isteri dan anaknya.

**********

Berat rasanya nak tinggalkan negara kelahiranya ini.Sudah acap kali mama dan papa menyuruhnya pulang ke Malaysia.Hari ini hari terakhir dia di negara yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu,burj khalifa.
Kereta dipandu ke arah taman permainan yang menjadi tempat yang menyimpan memori dia dan adik beradiknya.Mahu melihat taman itu buat kali terakhir.Disini lah tempat dia rebah saat mendapat perkhabaran tentang pemergian Arwah atuknya,Saad.

Mamanya Puan Sofea merupakan keturunan pure arab dubai.Setelah pemergian atuk 2tahun yang lalu,papa membuat keputusan untuk kami sekeluarga pulang ke Malaysia.Lagi pula mama sudah tiada saudara mara disini.Along,adik dan baby sememangnya tiada terikat dengan apa apa komitmen disini membuat keputusan untuk ikut papa dan mama pulang Malaysia.Tinggal lah Fawwaz Emir sendirian di kota dubai ni.Lagi pula dia baru sahaja bekerja.Jadi dia bertegas untuk terus bekerja sehingga tamat kontraknya disini.

Leka melihat kanak-kanak riang berlari didepannya.Teringat aqil dan aisya yang sering bekejaran sebegitu.Telefon bimbit milik fawwaz mula bergetar menandakan ada panggilan masuk.

"Hello,assalamualaikum angah.Esok flight angah pukul berapa?"soal pemanggil dihujung talian.Button loudspeaker ditekan.
"Waalaikumsalam baby,flight pagi pukul 7.Kenapa?Rindu sangat ke tu?"

"Papa tanya.Offkosss baby rindu angah.Lama tak jumpa angah.Nanti balik sini angah kena piggyback baby okay.Along dengan bangdik tak layan kalau baby mintak piggyback"rungut si bongsu.
Aqil Eikram membulatkan mata mendengar kata si bongsu.Segera diambil phone Aisya Eiman yang sememangnya diletakkan diatas meja.
"Angah bayangkan eah,adik baru lepas balik futsal.Dengan penat pastu badan berpeluh lagi,boleh pulak baby nak berpiggyback time tu.Dia ingat adik ni kayu cengal ke hapee?"bebel si Aqil sambil tangan sibuk mengusap kepala harry si kucing parsi.

Suka betul gaduh mulut dua orang adiknya ini.Nasib baik gaduh manja sahaja.Mereka empat beradik sememangnya rapat antara satu sama lain.Cuma si bongsu extra manja dengan fawwaz emir.

"Alasan je semua tu.Bangdik memang taknak layan baby kan.Ah angah,lupa pulak along pesan suruh bawak balik angin dubai"terkekek kekek aisya ketawa mengenangkan pesanan along mereka itu.

Buang tebiat ke ape Rifqi Eshal tu?Dalam banyak mende yang ade dekat sini angin yang dia mintak bisik hati kecil fawwaz."Ni siapa ambik angah esok?".

"Baby,along dengan bangdik ambik angah esok.Mama papa busy esok"jawab si bongsu.

Mata Aisya Eiman liar memerhati ke arah balai ketibaan.Takut terlepas pandang angah kesayangannya.Lima minit berlalu masih belum kelihatan fawwaz emir.
"Baby duduk diam dulu boleh tak?Tak lari lah angah tu"pening Aqil Eikram melihat si bongsu yang tak reti duduk diam ni.

"Baby takut angah tak nampak kita lah.Bangdik ni sibuk menghadap buku,ni airport okay bukan rumah".

"Sibuklah baby ni.At least your bangdik ni tak membuang masa.Sementara boleh gain knowledge kita ambil lah peluang ni".

Rifqi segera ke arah fawwaz emir yang baru keluar dari balai berlepas.Ditinggalkan dua manusia yang masih sibuk bergaduh.

Tangan rifqi dicium hormat.Segera dipeluk tubuh along setelah sekian lama tak bertemu."Sihat along?Mana adik dengan baby?Tak ikut sekali ke?".
"Alhamdulillah along sihat,datang dengan budak berdua tu lah.Tu sibuk berperang lagi tu.Dorang tu kalau dah bergaduh bukan reti pandang kiri kanan"matanya diarah ke aqil dan aisya yang masih berperang mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience