BAB 14

Romance Completed 15718

"Jap nak pergi toilet sekejap." Kata aku pada Nurul. Sudah jam 4 petang dan sekejap lagi Nurul akan bertolak semula ke Kuala lumpur.

Aku pergi ke tandas seoramg diri. Ketika aku sedang mencuci tangan telefon aku berbunyi.

"Sarah, Naz pergi toilet juga seorang diri. Hati hati." Kata Haziq.

"Okay." Kata aku lalu aku mematikan talian. Aku mengeluarkan kunci rumah aku yang mempunyai keychain pisau. Orang anggap itu pisau tipu sebenarnya pisau sebenar. Radzi yang tempah pisau itu untuk aku menjaga keselamatan aku.

Aku keluar dari tandas. Tidak semena mena tubuh aku di tarik dengan kasar lalu dihempas ke dinding.

"Pelacur!" Kata Naz. Aku tersengih sinis memandang dia.

"Siapa pelacur? Aku?" Kata aku sinis.

"Murah! Dengan semua jantan kau nak! Aku nak dekat kau, kau jual mahal.. kau dengar ni Sarah. Aku akan dapat kau juga suatu hari nanti. Aku akan pastikan!" kata Naz lagi. Aku ketawa sinis.

"Kenapa? Kau sakit hati? Eh come onlah.. kau patut sedar kau tak layak! GRO pandang kau pun diaorang tak nak. Lainlah kalau dia orang dah terdesak sangat." Kutuk aku sinis. Naz memandang aku tajam. Aku tersenyum sinis sebelum aku menolak tubuh dia menjauhi aku.

"Got to go. Oh! Kalau kau cuba nak pecah belahkan hubungan aku dan Ijatt. Tolonglah.. lupakan niat kau tu..." kata aku sinis sebelum aku berlalu pergi.

Haziq tersenyum memandang aku. Naz tak sedar, sepanjang perbualan aku dengan dia di rekod oleh Haziq. Aku menelefon Haziq dan Haziq merekod segalanya.

"Kau memang berani.." kata Beena. Aku tersenyum.

"Nampaknya lepas ni aku tak boleh skip kelas tinju aku." Kata aku pada mereka.

"Nurul mana?" Tanya aku pelik.

"Dia pergi beli hadiah untuk mak dia." Kata Danish. Aku mengganggukkan kepala.

****

"Sarah! Happy Birthday!!" Kata Haziq ceria. Aku memandang dia terkejut. Jam di tangan aku lihat. Tepat jam 12 malam dan tarikh hari ini 20 hb. 20hb? Wait.. aku lupa birthday aku sendiri!

"Haziq! Kau ingat?" Tanya aku terkejut. Aku memandang sekeliling kami. Kosong di pantai itu. Hanya kami berdua sahaja. Gelap tetapi cahaya bulan menerangi kami di tepi pantai ini. Haziq tersenyum.

"Mestilah aku ingat birthday perempuan yang aku suka." Kata Haziq ceria. Tergamam aku. Dia pun sukakan aku? Arghh!! Aku excited tetapi aku control riak wajah aku.

"Mak.. maksud kau Ziq?" Tanya aku pelik. Haziq tersenyum.

"Tak payah nak buat buat pekak lah..." sindir Haziq dengan wajahnya yang masih tersenyum. Aku menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah aku. Dia suka kat aku. Wow!!

"Nah hadiah." Kata Haziq sambil menghulurkan sekotak hadiah kepada aku.

"Rantai ke ni Ziq? Pleaselah.. kau tahukan aku tak pakai benda benda ni semua.." kata aku. Haziq ketawa kecil.

"Buka dulu..." kata Haziq. Aku membuka kotak tersebut. Terkejut aku.

"Yes!! Sayang kau Haziq!!" Jerit aku sambil memandang isi kandungan kotak tersebut.

Sehelai kertas kecil yang tertulis penerbangan ke Jepun selama 7 hari dan tiket ke CF yang diadakan di Jepun. Well aku peminat anime dan ini adalah hadiah terbaik yang aku terima. Wohoo!!

"Seriuslah Ziq!!"

"Seriuslah bongok..." kata Haziq ceria.

"Tu hadiah daripada aku, parent kau. Dan abang abang kau. Cuba tengok ke arah sana." Haziq menunjukkan ke arah cafe hotel yang berada tidak jauh dari kami.

"Abang!!!" Jerit aku gembira. Aku menepuk bahu Haziq teruja.

"Abang aku datang!!! Yeahh!!" Haziq ketawa melihat reaksi aku.

"Asal kau teruja sangat ni. Abang kau je pun...." kata Haziq pelik.

"Abang aku yang lagi dua ekor ty patutnya ada graduation! Aku dapat pergi Jepun! Kau gila tak teruja! Yeah!!! Aku dapat jumpa Naruto!!!!" Aku melompat lompat gembira.

"Hilang perangai kasar kau tu Sarah." Kata Haziq.

"Kisah apa aku! Thanks Haziq! The best birthday ever! Thank you bro!" Kata aku gembira.

"Jom. Abang kau dah tunggu kau tu." Kata Haziq lalu menarik tangan aku menuju ke abang abang aku.

"Happy birthday baby girl!" Kata mereka serentak.

Aku memeluk mereka berempat. Haaa... rindunya dekat mereka semua.

"Abang ingat lagi bila ibu dapat tahu dia pregnant. Ibu tak harap pun dapat anak perempuan. Doktor scan pun nampak burung. Alih alih yang keluar perempuan." Kata Daniel. Aku tersenyum.

"Aku dah get ready kereta mainan kau tahu tak.." kata Radzi.

"Bila dah besar sikit aku beli bear kecil untuk dia. Bear tu dia gigit lepas tu main kereta mainan kau." Kata Amall pula.

"Aku ingat lagi aku dan dia bertumbuk sebab berebut kereta mainan." Kata Ariff. Aku ketawa.

"Dari kecil kita ajar dia jadi lelaki tapi ibu akan sentiasa ubah dia jadi perempuan." Kata Radzi.

"Lepas tu ada pula pengkhianat antara kita.. hm... tak dapat aku tengok lelaki jadian." Kata Amall sambil memandang Daniel. Daniel tersengih sambil memeluk bahu aku.

"Thanks Haziq rancang benda ni." Kata Daniel. Haziq tersengih.

"Aku tak pernah tengok budak ni jadi lelaki betul betul. Kau orang pernah tengok ke?" Abang abang aku ketawa kuat.

"Mustahillah tak pernah. Esok kitaorang dress up dia jadi lelaki." Kata Amall.

Haziq tersengih lebar. Aku buat muka.

"Abang! Perjanjian kita dekat rumah je ya Sarah pakai macam lelaki!" Kata aku malu. Ariff tersengih sengih.

"Takpe... member kau pun layak juga lihat kau berpakaian lelaki..." kata Ariff dengan sengihan sinisnya. Aku mengelengkan kepala. Pening... pening...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience