BAB 5

Romance Completed 15718

Aku menghabiskan masa aku dengan bermain Dota. Semalaman aku online tak sedar matahari sudah tegak. Pintu rumah pokok aku dibuka. Ayah menegur aku.

"Stop it Sarah. Ayah dan ibu nak pergi kerja ni. Tak nak hantar kami ke?" Bebel ayah. Aku ketawa lalu aku menutup komputer.

"Sorry dad, Sarah memang dah nak tutup pun sekali Ayah datang pula." Aku menyalam tangan ayah. Semalam jam 3 pagi mereka sampai. Aku ketika itu di rumah pokok tidak sedar akan kepulangan mereka.

"Tak penat ke ayah kerja. Baru je balik holiday kan?" Tanya aku pelik. Ayah tersenyum.

"Dah lama sangat tinggal kerja ayah tu." Kata ayah. Aku kemudian menghantar ayah ke porch kereta. Ibu yang sedang menyiram pokok memandang aku.

Tangan ibu aku kucup.

"Miss you ibu." Kata ibu. Ibu mengerutkan dahi dia. Tangannya memegang rambut aku.

"Warnakan rambut ya?" Aku menelan liur. Aku lupa. Minggu lepas Abang ada warnakan rambut aku dengan warna perang. Aku tersengih.

"Abang bu, abang. Ni semua dia punya kerja. Marah dia." Kata aku laju. Ibu bercekak pinggang.

"Ahmad Daniel!! Turun kamu sekarang!" Jerit ibu kuat. Aku menutup telinga. Ibu ni pagi pagi lagi dah mengamuk. Habislah abang..

Daniel terkocoh kacah turun. Sekelip mata dia sudah berada di hadapan ibu. Bukan dia sahaja, ketiga tiga abang aku turut turun berdiri tegak di hadapan ibu.

"Pagi bu." Amall.

"Pagi mum, lawa hari ni." Radzi.

"Pagi ibuku sayang." Ariff.

"Pagi ibu, Daniel tahu Daniel salah. Ampun bu.." Daniel.

Aku ketawa melihat mereka. Tahu takut...

"Sedar pun salah kamu hari ni. Di sebabkan kamu bersalah, kamu akan di denda. Kemas rumah, pokok ibu kejap lagi sampai tanamkan sekeliling rumah. Hias balik laman ibu ni. Lepas tu search setiap university di London dan senaraikan course yang mereka tawarkan untuk Ariff dan Sarah. Faham!" Ibu menggunakan kuasa Vetonya. Terangguk angguk Daniel.

Kami semua menahan ketawa.

"Ada apa apa lagi ke bu?" Tanya Daniel.

"Takde! Dah pergi masuk! Ibu dah buat breakfast!"

Kami semua salam dengan ibu dan ayah sebelum kami masuk ke dalam rumah.

"Hahahah! Kena marah! Itulah, aku dah pesan hari tu. Jangan main dengan rambut Sarah kau degil.." kata Amall. Daniel menjeling.

Kami semua menikmati breakfast dengan keadaan yang riuh dan ceria.

****

Aku duduk bersandar pada kerusi. Ijatt, Beena dan Danish memandang aku yang sedang stress kerana lelaki bernama Naz itu.

"Sabar Chott. Rilek je lah.." pujuk Beena. Aku tersengih lemah lalu aku terus memandang ke arah lain. Telefon di tangan aku ketuk ketuk pada meja.

"Aku tak nak jumpa mamat tu.... haaaa...." aku mula bercakap seorang diri.

"Parah dah kau ni Chott..." kata Danish sambil menggeleng gelengkan kepala.

"Dia nak sangat jumpa kau ke?" Tanya Ijatt.

"Ya.... aku tak nak wei! Aku tak rela.." kata aku lemah.

"Kau dah buat Ijatt jadi kau punya boyfriend kan? Nak takut apa lagi. Kalau mamat tu nak jumpa bawa jelah Ijatt." Kata Beena.

"Masalahnya, aku dah mention ayah aku, mak aku, abang abang aku, dengan Ijatt sekali pun dia degil juga. Dia kata jomlah kita keluar berdua. Saya nak kenal awak lagi. Lepas tu dia kata dia rindulah apalah. Aku geli kau tahu tak? Berbuih mulut aku mention pasal Ijatt tapi dia degil nak mampus. Okay nak kenal aku tak kisah masalahnya dia kata kita berdua. Tiada orang lain. Heiii!! Fade up aku. Penat aku nak tahan baran aku masa chat dengan dia wei!"

Tiba tiba telefon aku berbunyi.

Aku capai dan aku buka. Nak pengsan aku lihat whatsapp aku. Naz menghantar 20 chat kepada aku. Rakan rakan aku nampak reaksi wajah aku lalu mereka menghampiri aku.

"Awak, saya rindu. Awak jomlah kita date sama sama. Awak lambatnya reply. Awak bila kita nak keluar sama sama." Ijatt membaca satu persatu chat dari Naz.

"Gila mamat ni!" Kata mereka serentak. Aku mengganggukkan kepala aku.

"Everyday, every minutes he will text me. You think?" Soal aku bengang.

"Kalau aku, dengan ayat ayat macam ni lagi. Memang aku bosan lah dol. Semak je hidup rasanya." Kata Danish.

"See? That what i feel right now." Mereka semua kelihatan gusar.

"Okay Chott macam ni Chott. Kau setuju je nak keluar dengan dia." Kata Ijatt.

"Aku kalau boleh tak nak doh keluar dengan dia. Lagi lagi berdua. No! No way!" Bentak aku. Ijatt berdecit.

"Sabar Chott aku tak habis cakap lagi, aku follow kau." Kata Ijatt. Aku memandang dia risau.

"Are you serius. Benda ni bukan main main tau." Kata aku perlahan.

"Aku tak main main Chott... tak pun apa kata kau call je crush kau tu. Minta tolong dia. Aku tahu dia mesti tolong kau punya. Dia pun suka dekat kau.." kata Ijatt selamba. Terkejut aku.

"Ei! Apa masalah kau ni? Haziq tak suka dekat aku lah! Dia dah ada awek!" Kata aku pada Ijatt. Ijatt dan Danish ketawa. Aku dan Beena terpinga pinga memandang mereka.

"Lagi pun mamat tu sekarang ni kan tengah holiday dengan family dia. Tak nak aku kacau dia." Kata aku perlahan. Aku memandang ke arah lain sambil teringat kepada lelaki yang memiliki hati aku ini.

Muhammad Haziq Naufal bin Adnan.

Dia sebaya dengan kami berempat. Kawan kepada Danish. Aku mula suka dengan dia ketika kami berempat keluar bersama dan Danish mengajak dia keluar bersama kami. Sejak daripada haritu dia akan selalu keluar bersama kami walaupun kadang kala Danish tiada.

Haziq bukanlah seperti lelaki lain. Dia agak liar tetapi bukan playboy. Dia kadang kala akan hisap ganja, yes dia merokok. Club dia dah selalu pergi. Arak aku tak tahu dia pernah sentuh ke tidak. Aku cuma boleh bersangka baik je dengan dia. Walaupun macam tu dia seorang yang baik, pemurah, selalu senyum and... dia pun handsome juga. Kulit dia putih. Walaupun dia agak kurus tetapi badan dia tuff. Aku tahu pun tak sengaja tengok beberapa bulan yang lepas. Dah dia tayang aku tengoklah. Bukan salah aku pun, siapa suruh buka baju depan aku.

Yang buat aku suka dengan dia adalah sebab dia pernah tolong aku masa rumah aku terbakar tahun lepas. Kami semua memang sudah berjanji untuk datang ke rumah aku memandangkan ketika itu seluruh ahli keluarga aku tiada jadi mereka ingin menemani aku sehingga ahli keluarga aku pulang.

Malang tidak berbau apabila bilik Amall terbakar akibat ubat nyamuk bakarnya yang terkena bajunya di sidai tidak jauh dari tempat ubat nyamuk tersebut. Sedikit demi sedikit api mula marak dan aku yang ketika itu sedang mandi berasa pelik apabila terbau asap secara tiba tiba. Cepat cepat aku pakai bath rope dan aku keluar mencari punya bau asap itu. Terkejut aku apabila aku lihat laluan tangga ke tingkat bawah sudah ditutup oleh api dan aku terperangkap di tingkat atas seorang diri.

Aku ingin mencari jalan keluar tetapi akibat terlalu takut aku terduduk berhampiran api yang sedang marak itu sebelum akhirnya aku terdengar bunyi kaca dipecahkan dari bilik Radzi.

"Chott!" Jerit Radzi sambil berlari ke arah aku.

"Kau okay tak ni?" Dia memeriksa jika jika aku tercedera.

"Aku akan bawa kau keluar dari sini okay?" Kata Haziq lalu dia mendokong aku. Tubuh aku dibawa rapat ke dadanya.

"Kita turun dari tingkat atas ya." Kata Haziq. Aku hanya mendiamkan diri. Sebaik sahaja Haziq tiba di tingkap yang dia masuk tadi kami lihat Pihak bomba sudah tiba.

Pihak bomba menghulurkan tangga kepada kami untuk kami turun. Api berjaya dipadamkan sebelum membakar seluruh tingkat atas. Tingkat bawah tiada apa apa kerosakkan yang berlaku.

Semenjak daripada itu lah aku mula suka pada dia. Walaupun perangai dia seperti itu. Aku tahu dia cuma memberontak kerana apabila di hadapan keluarganya dia mampu mengawal dirinya dari menyentuh ganja dan sebagainya. Salah satu percutian dia bersama keluarganya ini adalah kerana keluarganya mula sedar bahawa mereka sudah tersilap dengan mengabaikan anak mereka.

Sedang leka aku berangan tiba tiba aku terasa ada air mengenai wajah aku. Aku memandang Beena. Di bibirnya ada straw yang dihala tepat ke wajah aku. Shit, perempuan ni... kacau aku je.

"Kau berangan apa Chott... ingat Haziq lah tu..." gurau Beena. Aku cepat cepat menggelengkan kepala.

"Tak ada maknanya aku nak ingat dekat dia pun!" Aku cuba memberikan alasan. Namun mereka semua mengetawakan aku.

"Ingatkan perangai macam lelaki ni hati keras. Tapi rupa rupanya ada taman!" Gelak Danish. Aku mencebik ke arah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience