Haziq
Aku melihat jam di tangan.
"Wei.. dah pukul 1.30 pagi ni. Jom lah balik.. dari tadi senyap je baik aku tidur dekat rumah lagi bagus." Bebel Sarah pada aku yang sedang baring pada bonet keretanya.
"Duduklah. Asyik berdiri je kau ni." Kata aku. Sarah mengetap gigi.
Kawasan ini walaupun sudah larut malam tetapi masih ramai lagi pengunjung.
Sarah duduk di hujung bonet. Aku bangun dan duduk di sebelah dia.
"Sorry. Aku tak tahu tentang tu. Aku tak ingat apa apa kejadian masa malam tu. Aku mabuk teruk. Banyak sangat aku minum malam tu. Aku minta maaf Sarah.." kata aku ikhlas. Sarah hanya mendiamkan diri.
"Sarah please... jangan diam lagi macam ni. Aku minta maaf. Aku stress. Parent aku macam biasa abaikan aku. Aku cuma nak kan perhatian mereka..." rayu aku lagi.
"Sarah.. please.." aku menyentuh lembut bahu dia.
Sarah hanya memandang permandangan Klcc di hadapan.
"Sarah..." tiba tiba Sarah bersuara.
"Jangan minum lagi." Kata Sarah tegas.
"Okay... aku janji.." kata aku ceria.
Sarah menjeling aku.
"Jangan minum lagi, jangan pergi club, jangan hisap ganja. Rokok pun kau tak boleh sentuh! Faham?" Bebel Sarah tegas. Aku terdiam apabila dia marah.
"Dengar tak ni?!" Tanya Sarah bengang. Aku tersenyum.
"Okay... aku janji..." kata aku. Lalu kami berlaga penumbuk. Aku hampir terpeluk Sarah sebelum dia menampar pipi aku perlahan.
"Behave kalau tak nak kena tangkap dengan Jais." Kata Sarah dingin. Aku ketawa.
"Dah, jom aku hantar kau balik." Kata aku. Sarah berjalan ke tempat duduk pemandu. Aku memandang dia lama.
"Pahal kau?" Tanya dia kasar. Ish macam jantan betul perangai..
"Nak drive tak?" Tanya aku. Dia menjeling aku.
"Abang aku tak bagi aku drive..." Sarah memberi alasan.
"Asal pula. Kau ada lesenkan?" Tanya aku pelik. Sarah menongkat dagu pada bumbung kereta.
"Abang aku kata aku drive macam orang gila."
"Ah acah je tu. Dia orang tak nak kau drive tu.. cepat lah kau drive.." Sarah menjeling.
"Okay.." kami bertukar tempat duduk. Sarah mula menghidupkan enjin. Lalu dia menukar gear.
"Baca doa banyak banyak ye..." kata Sarah sinis. Aku mengerutkan dahi. Lalu dia terus menekan minyak laju.
"Sarah woi!!!! Drive perlahan lahan wei!!" Jerit aku. Allahuakhbar... betullah abang dia kata dia drive macam orang gila. Namun Sarah hanya ketawa.
****
Sarah POV
"Pagi geng!!!" Aku menegur kawan kawan aku yang baru tiba di KLIA. Sepatutnya aku bergerak sendiri tetapi aku menukar semula rancangan aku. Maklumlah dah kene pujuk.. hahahah!
"Chott!! Kata kau gerak dulu! Sedih kitaorang!" Kata Beena. Aku dan Beena berpelukkan. Ijatt dan danish menegur aku tetapi Haziq hanya diam sahaja.
Aku memandang Haziq. Wajahnya kelihatan penat. Aku ketawa. Dia hanya menjeling aku.
"Jomlah kita check in." Ajak aku. Kami berjalan ke kaunter tiket. Ketika Beena dan Danish sedang menguruskan tiket, Ijatt pergi ke tandas manakala aku dan Haziq pula duduk di lantai berdekatan kaunter tiket.
"Macam mana pengalaman naik F1?" Tanya aku sinis. Haziq memandang aku geram.
"Setan tak guna! Pandu macam orang gila!" Kata Haziq lalu membaling jaketnya pada aku. Aku ketawa kuat.
"Aku dah kata... jangan bagi aku drive. Kau degil. Hahahah!" Ketawa aku lagi. Haziq berpeluk tubuh. Seronok aku mengetawakan dia. Masam sahaja wajah mamat ni.
"Chott! Kau nak letak bag ke dekat dalam kargo?" Tanya Danish.
"Tak tak takde. Aku bawa beg sandang je.." kata aku pada Danish yang masih berdiri di kaunter.
Setelah selesai check in Danish dan Beena datang menghampiri kami.
"Pelik lah kau Chott. Selalu perempuan bawa bag besar kau pula beg sandang je. Pelik pelik." Kata Danish. Aku tersengih.
"Come onlahh... kita nak pergi holiday bukannya kita nak pergi fesyen show." Kata aku lalu aku bangun.
"Pukul berapa gate buka?"
"40 minit lagi buka. Kita gate B19" kata Beena.
"Kalau macam tu kita lepak food courtlah. Aku tak breakfast lagilah." Ajak aku.
"Tunggu Ijatt kejap." Kata Haziq.
****
Sedang kami leka berbual seseorang datang menghampiri kami lalu terus duduk di sebelah Ijatt.
"Hai.. Ijatt kan?" Tanya Naz selamba. Terkejut aku. Bukan aku je yang terkejut kami semua terkejut.
"Kau nak apa?" Tanya Ijatt bengang. Naz tersenyum pada Ijatt. Beberapa keping gambar di lemparkan ke atas meja.
Gambar aku dan Haziq semalam. Kelihatan Haziq cuba memeluk aku.
"Apa ni?" Tanya aku marah. Beena dan Danish cuba menenangkan aku. Ijatt memandang Naz dingin.
"Macam yang kau nampak dalam gambar tu. Awek kau, Sarah. Curang dengan member kau.." kata Naz sinis. Aku ketawa sinis. Marah dan geli hati. Ijatt ketawa, Haziq juga begitu. Danish dan Beena tersenyum sinis.
"Kau gelak apa? Awek kau curang ni." Kata Naz mula marah.
Aku ketawa semakin kuat.
"Geng.. gate dah buka. Jom gerak... hahha!" Aku masih lagi ketawa geli hati. Kami semua bangun mencapai beg sandang kami kecuali Beena hanya mencapai beg silangnya yang mengandungi duitnya.
"Kapal pukul berapa?" Tanya Ijatt.
"8 lah..." kata aku lalu tersenyum. Ijatt membalas senyuman aku lalu kami semua berjalan pergi meninggalkan Naz yang sedang marah dengan kelakuan kami..
****
"Bodoh.. hahahha!" Kata Ijatt lalu kami semua ketawa dengan kuat. Penumpang kapal melihat kami semua. Nasib baik tak ramai dapatlah kami duduk sesuka hati kami.
"Hai... lawak of the day..." kata Beena.
Tiba tiba Danish menyampuk.
"Tak yang tentang Naz tu memang lawak. Tapi tentang Chott dengan Haziq tu.. aku nak tanya, tu gambar bila tu?" Tanya Danish.
"Haah.. bila tu wei?" Tanya Beena gak. Mereka semua memandang aku dan Haziq.
"Ehemm.. dah lama tu..." aku memberikan alasan.
"Semalam.." kata Haziq selamba. Aku lantas menarik rambutnya dan menutup mulutnya.
"Haa... Dating..." kata mereka serentak. Aku menggelengkan kepala. Malu.
Share this novel